Wilayah Persekutuan
PERKIM BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
SUITE E&F, TINGKAT 16, BANGUNAN PERKIM,
150, JALAN SULTAN AZLAN SHAH,
51200 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tel/Fax : 03-40434801
perkim_wilayah@yahoo.com
[button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/cawangan-wilayah” text=”Cawangan”] [button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/organisasi-wilayah” text=”Organisasi”]
PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan merupakan pertubuhan sukarela yang diasaskan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan perkhidmatan pembangunan masyarakat serta menyediakan perlindungan dan bantuan kepada anak-anak yatim, golongan miskin yang tidak berupaya dan memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan ajaran Islam.
Selain daripada itu, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan juga berkerjasama dengan badan-badan kebajikan dan dakwah lain seperti JAKIM, YADIM, JAWI, ABIM dan badan-badan lain.
Sejarah Organisasi
Selepas Malaya memcapai kemerdekaan dalam tahun 1957, timbul ura-ura di kalangan tokoh-tokoh ‘saudara baru’ Islam tentang perlunya diwujudkan suatu pertubuhan yang dapat menampung, menyelaras dan mengembeling usaha dan tenaga penganut-penganut baru Islam dan dengan tujuan meningkatkan kefahaman dan amalan mereka yang baru ini agar dapat sama-sama menggalang pertubuhan atau kesatuan pada keseluruhannya.
Ura-ura ini telah disampaikan Tuan Haji Mubin Sheppard, bekas Residen Inggeris di Negeri Sembilan yang telah mengambil keputusan untuk menetap di negeri ini dan telah memeluk agama Islam dalam tahun 1957, kepada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Difahamkan,YTM Tunku amat tertarik dengan cadangan yang baik ini dan meminta Tuan Haji Mubin Sheppard merundingkan hal ini dengan pemuka-pemuka Islam dan tokoh-tokoh dari masyarakat Islam lain untuk mencari sokongan yang lebih luas dan lebih kukuh.Tuan Haji Mubin Sheppard talah melawat ke beberapa negeri di Malaya ketika itu dan menemui serta membincangkan rancangan untuk menubuhkan suatu pertubuhan Islam dengan tujuan agar secara teratur dan sistematik dapatlah disenggarakan berbagai program untuk mempertingkatkan ajaran dan amalan Islam serta membantu di mana perlu orang-orang baru memeluk agama Islam agar mereka benar-benar menikmati persaudaraan Islam tulen.
Sebelum ini, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan terletak di Tingkat M, Balai Islam, No. 250-D, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, dan kini ianya terletak di Tingkat 16, Suite E & F, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Kuala Lumpur.
Misi
PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan :
* Menjalankan segala usaha untuk membina para pendakwah yang mampu menjalankan tanggungjawab dakwah dengan cekap, gigih dan berktrampilan menerusi pendekatan kebajikan, keintelektualan, dan ramah dengan menampilkan Islam sebagai agama adil yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
* Membawa misi keamanan dan keharmonian dalam kehidupan harian masyarakat majmuk di negara ini, dengan beriltizam sepenuhnya kepada kaedah berdakwah secara bijaksana dan menghormati prinsip kebebasan beragama.
* Menjadi contoh kepada seluruh Bahagian PERKIM di seluruh negara dari segi ketrampilan pengurusan dan kejayaan operasinya.
Visi
PERKIM Bahagian Wilayah akan menjana kekuatan dan keupayaan menjadikan lapangan dakwah sebagai wahana fundamental dalam usaha menjadikan Islam sebagai cara hidup yang bersifat sejagat bagi menegakkan tamadun altanatif yang memartabatkan kemuliaan insan sebagai hamba dan khalifah di bumi.