Sarawak

PERKIM BAHAGIAN NEGERI SARAWAK
RUMAH PERKIM SRI BELIAN
JALAN RODWAY
93000 KUCHING SARAWAK
Tel : 082-253211 Fax : 082-235825
perkimsarawak@yahoo.com
[button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.org.my/sarawak/index.html” text=”Web”] [button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/cawangan-sarawak” text=”Cawangan”] [button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/organisasi-sarawak” text=”Organisasi”]
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak telah wujud selama lebih kurang 10 tahun yang lepas. Tarikh keramat 18 Februari 1989 menyaksikan penubuhan rasmi PERKIM di Sarawak. Ianya telah dilancarkan secara rasmi oleh Y.A.Bhg. Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib di kediaman beliau, Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching.
Sejak tarikh itu, PERKIM Sarawak tidak menoleh ke belakang. Di bawah kepimpinan dinamik dan wawasan berwibawa, ia terus mengorak langkah. Dari permulaan yang serba kekurangan, kini pertubuhan ini semakin hari semakin memperlihatkan keupayaannya menangani cabaran dan masalah dalam rangka memenuhi objektif penubuhannya.
PERKIM Negeri Sarawak telah mengambil langkah untuk membuat satu perubahan fundamental dalam pentadbirannya. Fungsi EXCO Bahagian kini telah dibezakan, di mana EXCO Bahagian berperanan sebagai perancang yang mengolah dasar, prosedur dan garis panduan. Manakala cawangan berfungsi untuk menjalankan, mengimplementasi serta melaksanakan program-program yang telah ditetapkan oleh Bahagian.
SUMBER KEWANGAN
Aktiviti-aktiviti PERKIM Sarawak dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan-sumbangan ikhlas orang ramai, penderma-penderma dari kalangan sektor korporat dan juga agensi-agensi kerajaan. Di samping itu ianya akan mengadakan projek-projek kutipan derma bagi menjalankan aktiviti-aktivitinya.
IBU PEJABAT
Salah satu daripada peristiwa berejarah dalam perkembangan PERKIM di Sarawak ialah perasmian Ibu Pejabat PERKIM, di “Sri Belian”, Jalan Rodway, Kuching pada 23 Februari 1992. Peristiwa tersebut amat signifikan kerana dengan adanya ibu pejabat ini jawatankuasa dan ahli PERKIM dapat bergerak dengan lebih teratur dan berkesan.