Perak

PERKIM BAHAGIAN NEGERI PERAK
No:53A, Wisma PERKIM
Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-5261720 Faks: 05-5287467
[button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/cawangan-perak” text=”Cawangan”] [button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/organisasi-perak” text=”Organisasi”]
PERKIM Bahagian Negeri Perak ditubuhkan secara rasminya pada 23hb Disember, 1972 bertempat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pada ketika itu kebanyakan Ahli Jawatankuasanya adalah terdiri dari pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan juga guru-guru ugama tempatan.
Sejak awal PERKIM ditubuhkan, beberapa kegiatan telah di adakan antaranya ialah dengan mengadakan kelas bimbingan ugama untuk Saudara Baru di Masjid Negeri Perak di bawah kelolaan Allahyarham Dato` Haji Ahmad Damanhuri bin Abd.Wahab. Selain itu pihak PERKIM juga telah menempatkan dua orang pegawai di Pusat Pertolongan Batu Gajah, Perak sebagai tenaga bimbingan ugama dan kerohanian
Kegiatan ini di perkembangkan lagi dengan mengadakan kelas ugama di Kg.Koh, Sitiawan, di Greentown,Ipoh dan seterusnya mengadakan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Kg.Koh, Sitiawan.
Oleh kerana ketika itu kegiatan PERKIM telah mendapat sambutan dari orang ramai dan penduduk tempatan, PERKIM Bahagian Negeri Perak telah menubuhkan cawangannya yang pertama yang di panggil pada ketika itu ” Ranting Batang Padang ” pada 8 Disember, 1973. Penubuhan seterusnya berkembang luas ke Daerah-Daerah lain yang meliputi Daerah Tapah pada April, 1977, Perak Tengah pada April, 1978, Sungai Siput pada Mei, 1978, Ipoh pada Oktober, 1978, Batu Gajah pada Disember, 1978. Seterusnya Kg Koh Sitiawan Mac 1983, Kuala Kangsar November 1983, Selama Ogos 1985, Lenggong pada April 1986, Slim River Oktober 1986, Teluk Intan Jun 1987, Tambun dan Batu Kurau pada Ogos 1998 dan Kg Kepayang pada Ogos 2004. Akhir sekali ialah PERKIM Cawangan Mukim Sg Raya pada tahun 2007. Manakala PERKIM Cawangan Tg Malim kini dalam proses kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia. PERKIM Bahagian negeri Perak kini akan menubuhkan lagi beberapa PERKIM Cawangan iaitu Kg Gajah, Tapah, Perak Tengah, Teluk Intan, Grik dan beberapa lagi.
Sejak penubuhan PERKIM, beberapa orang tokoh samaada politik, Pegawai Kerajaan mahupun Agama telah menerajui PERKIM Bahagian Negeri Perak.
Pengerusi :
1. Allahyarham Dato` Murad bin Ahmad – Pengasas
2. YB Dato`Ahmad Hisham bin Mat Piah – Dis 1972 hingga Mei 1981
3. YB Dato` Haji Saidin bin Mat Piah – Mei 1981 hingga Sep 1989
4. Allahyarham Haji Abd.Aziz bin Ahmad – Sep 1989 hingga Jul 1977
5. Dato` Haji Mohd.Yusop bin Yahya – Jul 1997 hingga Apr 2007
6. Dato’ Dr Haji Abu Bakar bin Shaari – Mei 2007 hingga sekarang
Sejak ditubuhkan Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Perak telah beroperasi dan berpindah ke beberapa tempat dan daerah seperti berikut :
1. Pejabat Hal Ehwal Ugama, Bangunan SUK ( lama ) , IPOH 1972 – 1980
2. Bangunan Seri Larut, TAIPING 1981 – 1986
3. Bangunan JKR, Jalan Simpang, TAIPING 1986 – 1987
4. Pejabat di Medan Gopeng 3 , IPOH 1988 – 1990
5. Kompleks Islam Darul Ridzuan, IPOH 1990 – 1996
6. Madrasah Sharifah Masjid Paloh, Jalan Datoh, IPOH 1996 – 2003
7. Wisma PERKIM, Taman Kledang Jaya, IPOH 2003 – 2007