Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Pahang

PERKIM LOGOPERKIM BAHAGIAN NEGERI PAHANG
TINGKAT 3, BANGUNAN PERKIM,
JALAN GAMBUT, 25000, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel: 09-5142555/Fax : 09-5179248

[button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/cawangan-pahang” text=”Cawangan”]   [button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/organisasi-pahang” text=”Organisasi”]

pahang

Pertubuhan Kebajikan Islam Se-Malaya atau kini dinamakan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia telah ditubuhkan pada 19hb Ogos 1960 oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Idea menubuhkan PERKIM tercetus sewaktu YTM Almarhum Tunku sedang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah tidak lama selepas negara kita mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama. Saudara baru yang berjaya dibimbing akan mencurahkan bakti meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat. PERKIM yang ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 bertujuan membantu orang ramai yang hendak memeluk Agama Islam.

PERKIM mempunyai 13 bahagian iaitu di setiap negeri untuk menyampaikan syiar Islam. PERKIM Pahang juga turut memberi khidmat nasihat dan membuat sesi kaunseling untuk muallaf yang menghadapi masalah. PERKIM Pahang juga melakukan ziarah dan memberi bantuan kebajikan kepada muallaf yang susah dan miskin. Seterusnya PERKIM Pahang turut menguruskan hal-hal pengIslaman, perkahwinan dan penceraian muallaf.

Selain itu, PERKIM turut mengadakan program-program yang melibatkan golongan bukan Islam untuk memperkenalkan kepada mereka dengan Agama Islam yang suci ini. PERKIM Bahagian Negeri Pahang juga turut menganjurkan majlis berbuka puasa dan majlis penyerahan sumbangan bagi meraikan saudara baru yang memeluk Islam di sekitar Negeri Pahang.

Kakitangan

PERKIM Bahagian Negeri Pahang mempunyai seramai 5 orang kakitangan yang membantu menggerakkan pengurusan dan pentadbiran PERKIM Bahagian Negeri dan bagi seluruh cawangan di dalam Negeri Pahang sahaja. Kakitangan ini diketuai oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Abu Bakar selaku Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Pahang.

Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Pahang

Pengerusi
Dato’ Haji Hasan bin Arifin

Naib Pengerusi I
Tuan Haji Zainal Abidin Bin Abu Bakar

Naib Pengerusi II
YH Dato’  Haji Ahmad Munawar bin Abdul Jalil

Setiausaha Kehormat
En Mahadi bin Deraman

Penolong Pegawai Kerja & Dakwah
Sh Muhammad Amiruddin Sh Sulaiman

Pembantu Dakwah


Pembantu Tadbir
En. Ahmadi bin Abdullah

 BIDANG TUGAS

1)         DAKWAH

  • Membantu pegawai atasan menguruskan dakwah khusus kepada Orang Asli.
  • Membantu pegawai atasan menguruskan dakwah khusus kepada saudara kita.
  • Membantu pegawai kerja/dakwah dalam melaksanakan tugas dakwah.
  • Membantu pegawai kerja/ dakwah menguruskan kursus, latihan, seminar dan lain-lain.

2)         KEBAJIKAN

  • Membantu pegawai atasan dalam merancang lawatan ziarah dan menyelesaikan masalah yang berlaku kepada saudara kita.
  • Menguruskan perkahwinan berkaitan dengan saudara kita.
  • Menguruskan kebajikan/bantuan khusus kepada saudara kita.
  • Menguruskan surat-menyurat dan rekod-rekod saudara kita berkaitan perkahwinan.
  • Menguruskan kebajikan/ bantuan khusus kepada Orang Asli.

 

3)         PENDIDIKAN

  • Memberi pembelajaran kepada saudara kita dari kalangan muallaf Cina, India dan Orang Asli  tentang kefahaman al-Quran dan Fardu Ain.
  • Memberi bimbingan kepada saudara kita tentang pengIslaman.

4)         PENTADBIRAN

  • Menguruskan fail-fail, rekod aset-aset pejabat, merekodkan dokumen masuk / keluar serta memantau pembangunan PERKIM.
  • Menjadi urusetia mesyuarat PERKIM Bahagian Negeri Pahang.
  • Menguruskan pendaftaran dan perakuan memeluk Agama Islam kepada saudara kita.
  • Menguruskan urusan surat-menyurat dan rekod-rekod saudara kita.
  • Membantu pegawai atasan menguruskan urusan kewangan.

 5)         LAIN-LAIN

  • Membantu pegawai atasan menguruskan Khidmat Nasihat / Kaunseling, dimana PERKIM Bahagian Negeri Pahang memberi bantuan dan khidmat nasihat secara sukarela terhadap saudara baru yang mempunyai masalah peribadi mahupun kewangan.
  • Membantu pegawai atasan menguruskan program keusahawanan saudara yang diadakan.

Back to top button