Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Prosedur Pengislaman

PROSEDUR PENGISLAMAN

Pemohon yang berminat untuk memeluk Islam perlulah mengenal pasti kedudukan alamat rumah yang didiami. Ini adalah penting bagi memastikan pihak kami mengislamkan pemohon dan didaftarkan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Negeri. Pihak kami akan mengislamkan pemohon dengan menjelaskan beberapa perkara seperti berikut :

a) Rukun Islam

b) Rukun Iman

c) Fiqh Islam

d) Mengucap Kalimah Syahadah

 

Prosedur pengislaman di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 

1. Pemohon perlu menyediakan dokumen dan perkara berikut :

a) Kad pengenalan (warganegara tempatan)

b) Pasport dan visa (warganegara asing) perlulah melebihi tempoh sebulan dari tarikh luput

c) 2 keping gambar (saiz pasport)

d) 2 orang saksi lelaki islam warganegara Malaysia

e) Pemohon perlu menghantar sendiri borang pengislaman ke JAWI setelah selesai pengislaman di PERKIM. Manakala 2 orang saksi dikehendaki mengikut pemohon ke JAWI untuk melakukan urusan pendaftaran berikutnya.

 

Prosedur pengislaman di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 

1. Pemohon perlu menyediakan dokumen dan perkara berikut :

a) Kad pengenalan (warganegara tempatan)

b) Pasport dan visa (warganegara asing)

c) 4 keping gambar (saiz pasport)

d) 2 orang saksi lelaki islam warganegara Malaysia

Back to top button