Melaka
PERKIM BAHAGIAN NEGERI MELAKA
158/3 Kompleks Perniagaan
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: +06-2400579 | Faks: 06-2837650
Emel: perkim_melaka@yahoo.com
PERKIM Bahagian Negeri Melaka telah ditubuhkan dalam tahun 1970. Antara individu yang menjadi perintis tertubuhnya PERKIM di negeri Melaka ialah Datuk Haji Ahmad Manap yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada ketika itu dan Haji Mohd Yunus Yatim bekas mufti negeri Melaka sekarang.
Pendaftaran PERKIM Melaka telah didaftarkan di Jabatan Pertubuhan dan telah diluluskan pada 23 Disember 1972 dengan nombor pendaftaran PPP/Mel/1/61 C3.
Pada mulanya PERKIM Bahagian Negeri Melaka beroperasi di Pejabat Majlis Ugama Islam Melaka di Bangunan Merah Jalan Kota, Bandar Hilir Melaka kemudiannya telah berpindah beberapa kali dengan menyewa di bangunan MARA Jalan Hang Tuah, kemudian di Flat 9 Tingkat di Jalan Bendahara berkongsi dengan Klinik Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) dan terkahir sekali menyewa di bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang terletak di Jalan Kee Ann sehinggalah mempunyai bangunan sendiri yang terletak lot 36 di Jalan Munshi Abdullah Melaka.
Selari dengan tujuan PERKIM ditubuhkan yang bertujuan untuk menyalur dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan Saudara Muslim, maka PERKIM Bahagian Negeri telah menggunakan motto “Berkhidmat Kepada Masyarakat Menuju Keredhaan Allah S.W.T”.