IDIP

Institut Dakwah Islamiah PERKIM

RM7 Juta Diperlukan Untuk Membina Bangunan Asrama Lelaki, Surau dan Dewan Serbaguna

Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) telah diasaskan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia pada tahun 1961. Institusi tersebut telah melahirkan ribuan pendakwah di kalangan mualaf antaranya ikon mualaf iaitu Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), YBhg Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.

Memandangkan bangunan Asrama Muslimin IDIP yang berusia hampir 50 tahun digunakan telah usang dan tidak selamat diduduki, PERKIM Kebangsaan mengambil inisiatif untuk membina semula Asrama Muslimin IDIP termasuk surau dan dewan serbaguna yang baharu.

Bertepatan dengan itu, PERKIM mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung kos pembinaan satu blok asrama mualaf lelaki menggantikan asrama sedia ada yang telah uzur dan tidak sesuai diduduki.

Kini, kerja-kerja merobohkan dan membangun semula asrama sedang giat dijalankan.

Kami masih perlukan rakyat Malaysia untuk terus membantu demi membangunkan asrama mualaf lelaki yang akan melahirkan ramai agamawan dan pendakwah di kalangan mualaf di tanah air kita.

Kos pembinaan asrama mualaf lelaki menelan belanja sebanyak RM7 juta dan boleh memuatkan seramai 200 pelajar dalam satu-satu masa. Para dermawan yang ingin menyumbang bolehlah mengimbas kod QR seperti di bawah atau memindahkan sumbangan ke akaun: Affin Bank (PERKIM: TABUNG KEBAJIKAN AMANAH TUNKU) bernombor : 105020002268

*Warta kerajaan no.167 bertarikh 20/1/72. Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. No Rujukan 1609. Bagi sesiapa yang ingin mendapat pengecualian cukai (tax exemption) LHDN, sila kemukakan resit pembayaran dan butir-butir peribadi kepada PERKIM ke alamat email : info@perkim.net.my



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Berikut di bawah merupakan cadangan membina dan menyiapkan 1 Blok Asrama Saudara Baharu Lelaki dan Dewan Serbaguna serta Surau Institut Dakwah Islamiah PERKIM di Kota Bharu, Kelantan.

 

No products were found matching your selection.
Back to top button