
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
- Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tanggungjawab sebagai Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan yang baharu.
- Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan terdahulu atas sumbangan besar mereka dalam memimpin PERKIM selama ini dengan penuh hikmah, iltizam dan keteguhan prinsip.
- Kepimpinan lalu bukan sahaja membawa PERKIM ke tahap yang membanggakan, malah menjadi teladan kepada kita semua dalam erti sebenar perjuangan dakwah dan kebajikan.
- Meneruskan legasi yang ditinggalkan ini bukan satu tugas yang ringan. Namun, dengan sokongan padu daripada semua peringkat, saya yakin kita mampu memperkasa lagi peranan PERKIM dalam landskap dakwah moden.
- Kita sedang berdepan dengan cabaran global yang kompleks, termasuk penindasan berterusan terhadap umat Islam seperti yang sedang berlaku di bumi Gaza.
- PERKIM harus kekal vokal dan aktif dalam menyatakan pendirian serta membela nasib saudara seagama melalui pendekatan berkesan dan berhemah.
- Dalam konteks tempatan pula, kita perlu mendekati masyarakat dengan pendekatan yang lebih inklusif, berasaskan kasih sayang, pendidikan dan kesedaran yang berterusan.
- Kerjasama antara negeri-negeri, termasuk dari Sabah dan Sarawak, perlu diperkukuhkan agar dakwah dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak tertumpu di satu-satu kawasan sahaja.
- Saya juga menekankan pentingnya kita memperkukuh pentadbiran, merancang keperluan kewangan dan menstruktur program agar lebih lestari, berimpak dan memenuhi keperluan zaman.
- Saya menyeru semua ahli PERKIM untuk terus berganding bahu, menyumbang tenaga dan kepakaran demi menjayakan misi organisasi ini ke arah memartabatkan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YANG DIPERTUA PERKIM
YAB DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN DATUK ABANG HAJI OPENG