Rehlah Praktikal Ilmiah Mualaf KPIPK di Masjid Al-Busyra dan MADAD
π¨π₯ππ‘: πππ
πππππ, ππ ππππππππ ππππ β Program Motivasi Saudara Baharu Rehlah Praktikal Ilmiah anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan diteruskan pada hari kedua dengan membawa 102 Pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) ke Masjid Al-Busyra di Merbok dan Masjid Murtadha Dakwah Centre (MADAD) di Sungai Petani.
Penyelaras program, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah berkata, program pada hari ini membawa peserta di kalangan mualaf ke pusat komuniti Islam supaya mereka dapat melihat sendiri sejarah, latar belakang dan suasana kehidupan Islam serta mengenali dengan lebih dekat masyarakat setempat.
Katanya, pada semalam, PERKIM Kebangsaan telah membawa peserta mencari pengalaman praktikal dan pembelajaran secara langsung ketika penjelajahan di Masjid Kapitan Keling dan Kompleks Darul Hidayah di Pulau Pinang.
βMelihat pengunjung atau rombongan yang hadir, saya melihat satu keunikan rombongan kita iaitu peserta kita terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa tetapi mempunyai pegangan dengan akidah yang sama iaitu Islam.
Meskipun peserta terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa seperti Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Iban serta warganegara dari Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar tetapi kita dapat mewujudkan ukhuwah Islamiah dan kasih sayang di antara mereka.
βMereka juga mengamalkan sikap saling hormat menghormati meskipun terdiri daripada pelbagai peringkat umur sama ada remaja, dewasa atau warga emas,β jelas Ustaz Jais.
Setelah peserta selesai menunaikan Solat Subuh berjemaah dan sarapan pagi, peserta dibawa ke pusat sehenti yang menjadi persinggahan dan pertemuan iaitu Masjid Al-Busyra, Merbok.
Peserta berkesempatan menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Dhuha di masjid tersebut sambil diberi penerangan oleh pemudah cara PERKIM.
Keunikan Masjid Al-Busyro daripada masjid yang kebiasaan dilihat ialah ia dilengkapi dewan serba guna, kedai cetak, medan selera, tempat cuci kereta, rumah inap desa siap dengan kemudahan internet dan kolam renang, kedai runcit serta studio gambar.
Masjid tersebut juga menempatkan kedai gunting rambut untuk lelaki, spa dan salon untuk muslimah, dobi serta kedai aksesori telefon.
Ia secara tidak langsung, menarik lebih ramai berkunjung ke masjid, dalam masa sama dapat melaksanakan tuntutan utama beribadat serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Menurut Imam Masjid Al-Busyra, Ustaz Firdaus Farabib ketika berpeluang bertemu seketika berkata, masjid tersebut menjadi tular kerana pada asalnya ia merupakan sebuah masjid usang yang berada di kawasan luar bandar dan telah ditransformasikan menjadi sebuah masjid mesra musafir berkonsepkan kawasan Rehat & Rawat (R&R) iaitu lebih moden dan komprehensif.
Peserta mualaf KPIPK kemudiannya dibawa sejauh 15 kilometer ke sebuah lagi pusat sehenti iaitu Masjid MADAD yang bukan sahaja menampilkan konsep moden, malah mempunyai fasiliti lengkap dan sesuai untuk setiap peringkat umur.
Masjid berasaskan ilmu falak itu sangat mesra kanak-kanak dan dilengkapi taman mainan dua tingkat yang tertutup dan tidak mengganggu jemaah beribadat.
Selain itu, MADAD turut mempunyai hotel kapsul dan juga Taman Kucing MADAD terbesar di Malaysia.
Menurut Ketua Khidmat Pelanggan MADAD, Ammar Shahru, MADAD ditubuhkan pada Januari 2018 di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah pada awalnya dikenali sebagai Pusat Dakwah Darul Murtadha.
Pusat Dakwah Darul Murtadha diasaskan oleh Almarhum Ustaz Murtadha Yusof. Beliau telah terlibat dalam kemalangan tragis semasa pulang dari Riau Indonesia yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Januari 2018.
Jelas Ammar lagi, pusat dakwah tersebut telah disambung oleh adik Ustaz Murtadha iaitu Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang mengambil alih pengurusan operasi pembangunan dan pendidikan yang kini dikenali sebagai Murtadha Dakwah Centre (MADAD).
Selain pembinaan masjid, kawasan seluas 13 ekar merangkumi sebuah kompleks yang dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk diwakafkan kepada masyarakat setempat.
Katanya, tidak jauh dari situ juga terdapat sebuah pusat maahad tahfiz dan pembelajaran agama MADAD dengan jumlah kira-kira 80 pelajar.
Fokus MADAD adalah dakwah dan pendidikan, selain itu diadakan juga kelas pengajian warga emas, kanak-kanak, kelas remaja dan klinik al-Fatihah.
Ujar Ammar, kini MADAD mempunyai 100 kakitangan sepenuh masa bagi menguruskan masjid yang beroperasi 24 jam dan pusat komuniti Islam.
Stadium E-Sport MADAD turut dilengkapi dengan tempat permainan game, hub sukan sunah (memanah, berenang, berkuda), bola sepak, gelanggang badminton, gymnasium, paintball, dan lain-lain lagi yang masih lagi di dalam proses pembinaan bersebelahan masjid diikuti rumah warga emas.
Pengarah Pendidikan dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad diiringi Ustaz Jais dan Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah berkesempatan menyampaikan plak cenderahati PERKIM dan Buku Warisan dan Wawasan 60 Tahun PERKIM kepada Ammar.
Peserta bersama jemaah masjid berkesempatan menunaikan solat fardu Zohor dipimpin oleh Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra.
Pada sebelah malam pula, program diisi dengan slot motivasi perkongsian daripada pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Shah Shanmugam.
Ustaz Shah dalam ceramahnya berkata, hidayah itu adalah milik Allah SWT kerana ada di kalangan kita memeluk Islam kerana berkahwin, mimpi, kajian, pencarian ilmu, melihat akhlak, keindahan Islam, kebesaran Allah SWT dan lain-lain.
Bersandarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anβam, ayat 125 bermaksud: “Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan diberi-Nya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam.”
Menceritakan pengalaman awalnya memeluk Islam, Shah Shanmugam berkata beliau tertarik dengan Islam kerana dalam Islam ada peraturan yang dapat membentuk manusia menjadi insan sempurna dan bertakwa kepada Allah SWT.
βIslam menyuruh umatnya berbuat baik dan ada garis panduan diberikan yang serasi dengan naluri fitrah manusia,β kata beliau.
Ustaz Shah turut menggesa peserta untuk menjaga solat untuk mencapai kejayaan manakala puasa untuk meningkatkan rasa takwa kepada Allah dan ibadat yang lain juga mempunyai mesej tertentu bagi memartabatkan manusia sebagai insan yang sempurna.
Ujarnya, ajaran Islam adalah ajaran paling sesuai dengan kehendak fitrah manusia.
Semua agama mengajak penganutnya untuk berbuat baik, tetapi tidak ada panduan dan peraturan yang jelas, kecuali agama Islam.
Beliau pernah menganut agama Buddha, Bahai dan Kristian sebelum kembali kepada Islam.
Ustaz Shah turut memetik Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud, daripada Nuβman bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: βBerwaspadalah! Sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah (yang dimaksudkan) itu adalah hatiβ.
Beliau mengajak peserta mengikhlaskan diri dengan melakukan sesuatu semata-mata untuk meraih keredaan Allah SWT tanpa mengharapkan pujian, ganjaran dunia, atau penghargaan daripada manusia.
Katanya, untuk mendapatkan cinta Allah SWT, kita hendaklah melaksanakan segala titah perintahnya dan menjauhkan segala tegahannya manakala untuk menzahirkan cinta kepada Rasulullah ialah dengan mengamalkan segala sunnahnya di dalam kehidupan seharian.
Ustaz Shah turut berkongsi kisah Rasulullah SAW memaafkan musuh-musuhnya semasa peristiwa Fathul Makkah yang menjadi contoh terbaik tentang sifat pemaafan dan belas kasihan dalam Islam.
Ujarnya, tanamkanlah diri kita dengan ilmu Islam untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan perkemaskan diri kita dengan Islam dengan beramal hingga ke liang lahad.
Beliau berharap peserta yang merupakan di antara penerima zakat akan menjadi pengeluar zakat pada suatu hari nanti.
Kembara mimpi menutup tirai rehlah praktikal ilmiah pada hari kedua di negeri Kedah dan akan menyambung penjelajahan terakhir pada hari esok.
Turut hadir ialah Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan dan Pegawai Kewangan PERKIM Kebangsaan, Hamidah Ismail.
Β
Β
Peserta mualaf Rehlah Praktikal Ilmiah menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau Kompleks Darul Hidayah, Penaga Pulau Pinang.
Β
Selepas bersarapan, peserta dibawa ke Masjid Al-Busyra, Merbok yang mesra musafir berkonsepkan kawasan Rehat & Rawat (R&R) iaitu lebih moden dan komprehensif.
Β
Ustaz Sulaiman Ding memberi penerangan berkenaan solat sunat Dhuha kepada peserta.
Peserta diberi penerangan oleh Ustaz Farhan Tee berkenaan solat Solat Dhuha.
Β
Peserta berkesempatan menunaikan solat sunat Dhuha di Masjid Al-Busyra, Merbok.
Β
Ustaz Jais memberi penerangan berkenaan keunikan dan keistimewaan Masjid Al-Busyra kepada peserta mualaf.
Β
Masjid Al-Busyra yang dilengkapi dengan dobi, spa salon, kedai gunting rambut dan lain-lain.
Β
Perkhidmatan membasuh kereta yang disediakan di Masjid Al-Busyra.
Β
Al-Busyra Bistro dilengkapi dengan kedai makanan Melayu, Arab dan Inggeris.
Β
Peserta Rehlah Praktikal Ilmiah KPIPK bergambar kenang-kenangan di hadapan Masjid Al-Busyra.
Β
Peserta tiba di Masjid MADAD, Sungai Petani.
Β
Peserta mualaf bersama-sama jemaah masjid menunaikan solat fardu Zohor berjemaah.
Β
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Yusof selaku Pengarah Urusan MADAD memimpin solat Zohor diikuti bacaan doa selepas solat.
Β
Peserta diberi taklimat dan penerangan mengenai sejarah dan latar belakang MADAD.
Β
Ketua Khidmat Pelanggan MADAD, Ammar ShahruΒ berkata, selain pembinaan masjid, kawasan seluas 13 ekar merangkumi pelbagai kemudahan yang dibangunkan.
Β
Menurut Ammar, fokus MADAD adalah dakwah dan pendidikan seperti mana juga PERKIM.
Β
Dr Suariza diiringi Ustaz Jais dan Ustaz Farhan Tee menyampaikan cenderamata kepada Ammar.
Β
Ammar diringi Haji Othman Ramli mewakili MADAD menyampaikan cenderamata berupa jam kepada pihak PERKIM.
Β
102 peserta Rehlah Praktikal Ilmiah KPIPK bergambar kenang-kenangan di dalam masjid bersama warga MADAD.
Β
Β
Ustaz Muhammad Shah Shanmugam menyampaikan perkongsian dalam sesi ceramahnya kepada mualaf.
Β
Mualaf Muslimat KPIPK menghayati dan mendengar dengan tekun ceramah yang disampaikan.
Β
Ustaz Shah berpesan kepada mualaf supaya menjadi Muslim yang lebih baik dan perkemaskan diri dengan Islam dengan mengamalkannya hingga ke liang lahad.
Β