Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru 2025
Pada hari yang mulia ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat para guru:
لَوْ لاَ اْلمُرَبِّيْ مَا عَرَفْتُ رَبِّيْ
“Jika bukan kerana guruku, mana mungkin aku dapat mengenal akan Tuhanku.”
Terima kasih kerana menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi insan lain.
Jasa kalian mendidik dengan sabar, membimbing dengan kasih, dan menegur dengan hikmah amat kami hargai.
Semoga Allah SWT membalas segala amal kalian dengan pahala yang tidak putus, sepertimana sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” (HR Ahmad)
Moga setiap huruf yang diajar, menjadi cahaya yang memandu ke syurga.
Moga setiap peluh dan air mata menjadi saksi di hadapan Allah kelak.
Moga redha Allah sentiasa bersama kalian, wahai para murabbi ummah.
Selamat Hari Guru!
Jazakumullahu khairan katsiran atas segala jasa dan pengorbanan.
Ikhlas daripada: Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM