Wanita PERKIM Perkasa Agenda Dakwah dan Kebajikan, Pilih Kepimpinan Baharu Sesi 2026-2029
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝗔𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚, 𝟮𝟲 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kali Ke-46 yang berlangsung di Palmyra Ballroom, Aras 1, De Palma Hotel hari ini menjadi medan penting memperkukuh gerak kerja dakwah dan kebajikan, selain menyaksikan pemilihan kepimpinan baharu bagi sesi 2026 hingga 2029.
Persidangan yang bermula seawal pukul 8 pagi itu menghimpunkan seramai 141 perwakilan dan pemerhati Wanita PERKIM dari seluruh negara, mencerminkan komitmen tinggi ahli dalam meneruskan agenda organisasi secara tersusun dan berwibawa.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Wanita PERKIM diikuti bacaan ayat suci al-Quran Surah Ali Imran ayat 102 hingga 110 disampaikan oleh 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗞𝗣𝗜𝗣𝗞), 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗗𝗿. 𝗔𝗶𝘀𝘆𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗺𝗶’𝗮𝗻 sebelum disusuli bacaan doa dipimpin oleh 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗡𝘂𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗠𝘂𝘀𝗮.
Mesyuarat kemudian dipengerusikan dengan penuh tertib dan profesional, diacarakan oleh 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.

𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗧𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 dalam ucapan dasarnya menegaskan bahawa mesyuarat agung bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan, sebaliknya menjadi platform strategik untuk menilai pencapaian, memperbaiki kelemahan dan merangka hala tuju masa depan yang lebih mampan.
Beliau turut mengajak seluruh ahli untuk terus memperkukuh ukhuwah serta mengikhlaskan niat dalam melaksanakan amanah, di samping menekankan kepentingan ketelusan, keterbukaan dan keadilan dalam pentadbiran organisasi.
“Wanita PERKIM bukanlah medan untuk mencari siapa yang betul atau salah, apatah lagi melahirkan ‘jaguh’. Sebaliknya, ia adalah wadah kebajikan dan dakwah yang menuntut keikhlasan serta kesatuan hati demi kepentingan ummah,” tegas Tunku Noor Hayati.
Dalam nada penuh keprihatinan, beliau juga menyeru agar umat Islam tidak melupakan penderitaan saudara seagama di Palestin, Syria, Lebanon dan Iran, sambil mengajak seluruh hadirin mendoakan kesejahteraan dan kemenangan buat mereka.
Selain itu, Tunku Noor Hayati merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada Wanita PERKIM Kebangsaan, termasuk barisan Ahli Majlis yang telah berkhidmat lebih 25 tahun merentasi beberapa era kepimpinan terdahulu.
Menurutnya, kesinambungan kepimpinan memerlukan suntikan tenaga baharu yang lebih proaktif dan matang, sejajar dengan cabaran semasa yang semakin kompleks.
Mesyuarat turut meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 serta Laporan Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan, seperti yang dibentangkan oleh 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘇𝗻𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘀𝗺𝗶.
Sementara itu, 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗡𝘂𝗿’𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗳 membentangkan akaun berakhir 31 Disember 2025 yang turut diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Kemuncak persidangan menyaksikan pembubaran Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan bagi sesi 2023-2025 sebelum pemilihan kepimpinan baharu bagi sesi 2026-2029 dijalankan dengan lancar.
Keputusan pemilihan menyaksikan 𝙔𝙏𝙈 𝙏𝙪𝙣𝙠𝙪 𝙋𝙪𝙖𝙣 𝙎𝙧𝙞 𝘿𝙖𝙩𝙤’ 𝙃𝙖𝙟𝙟𝙖𝙝 𝙉𝙤𝙤𝙧 𝙃𝙖𝙮𝙖𝙩𝙞 𝙏𝙪𝙣𝙠𝙪 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙡 𝙍𝙖𝙝𝙢𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙟 terus diberi kepercayaan untuk menerajui Wanita PERKIM Kebangsaan sebagai Ketua Wanita.
Beliau dibantu oleh Naib Ketua Wanita 1, 𝙔𝑩 𝑫𝙖𝒕𝙤’ 𝑯𝙖𝒋𝙟𝒂𝙝 𝙃𝒂𝙣𝒊𝙛𝒂𝙝 𝙃. 𝑻𝙖𝒊𝙗-𝘼𝒍𝙨𝒓𝙚𝒆 dan Naib Ketua Wanita 2, 𝙔𝑩𝙝𝒈. 𝘿𝒂𝙩𝒊𝙣 𝙎𝒆𝙧𝒊 𝑫𝙖𝒕𝙤’ 𝑯𝙖𝒋𝙖𝒉 𝑺𝙝𝒂𝙢𝒔𝙞𝒂𝙝 𝙃𝒂𝙟𝒊 𝑴𝙙. 𝒀𝙖𝒔𝙨𝒊𝙣.
Jawatan Pengerusi Tetap pula disandang oleh 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙃𝒂𝙨𝒏𝙖𝒉 𝑴𝙤𝒉𝙖𝒎𝙚𝒅 dengan 𝙔𝑩𝙝𝒈. 𝘿𝒂𝙩𝒊𝙣 𝙈𝒂𝙯𝒍𝙞𝒏 𝑫𝙖𝒓𝙪𝒔 sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
Barisan Ahli Majlis yang dipilih ialah:
- 𝙔𝑩𝙝𝒈. 𝘿𝒂𝙩𝒊𝙣 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙈𝒂𝙬𝒂𝙣𝒄𝙝𝒊𝙠 𝘾𝒉𝙚 𝙅𝒂𝙞𝒔 (𝙒𝒊𝙡𝒂𝙮𝒂𝙝 𝙋𝒆𝙧𝒔𝙚𝒌𝙪𝒕𝙪𝒂𝙣)
- 𝙔𝑩𝙝𝒈. 𝘿𝒂𝙩𝒊𝙣 𝙋𝒂𝙙𝒖𝙠𝒂 𝑯𝙖𝒋𝙖𝒉 𝑵𝙤𝒓𝙨𝒊𝙖𝒉 𝑯𝙖𝒓𝙤𝒏 (𝙅𝒐𝙝𝒐𝙧)
- 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙎𝒉𝙖𝒓𝙞𝒇𝙖𝒉 𝒁𝙪𝒃𝙖𝒊𝙙𝒂𝙝 𝙎𝒚𝙚𝒅 𝑴𝙖𝒉𝙙𝒛𝙖𝒓 (𝙎𝒆𝙡𝒂𝙣𝒈𝙤𝒓)
- 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙉𝒐𝙧𝒊𝙯𝒂𝙣 𝙄𝒔𝙢𝒂𝙞𝒍 (𝙆𝒆𝙡𝒂𝙣𝒕𝙖𝒏)
- 𝙔𝑩𝙝𝒈. 𝘿𝒂𝙩𝒐’ 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙉𝒖𝙧𝒛𝙖𝒓𝙞𝒏𝙖 𝙎𝒆𝙥𝒓𝙖𝒏 (𝙎𝒆𝙡𝒂𝙣𝒈𝙤𝒓)
- 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙁𝒂𝙞𝒛𝙖 𝘽𝒂𝙬𝒖𝙢𝒊 𝑺𝙖𝒚𝙚𝒅 𝑨𝙝𝒎𝙖𝒅 (𝙅𝒐𝙝𝒐𝙧)
- 𝙔𝑩𝙝𝒈. 𝘿𝒂𝙩𝒊𝙣 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙉𝒐𝙧𝒎𝙖𝒍𝙖 𝙈𝒐𝙝𝒎𝙖𝒅 𝒁𝙞𝒏 (𝙋𝒆𝙧𝒂𝙠)
- 𝘼𝒛𝙡𝒊𝙛𝒂 𝑴𝙙. 𝑰𝙙𝒓𝙞𝒔 (𝙈𝒆𝙡𝒂𝙠𝒂)
- 𝙉𝒐𝙧𝒍𝙞𝒛𝙖 𝙃𝒂𝙟𝒊 𝑴𝙙. 𝒀𝙖𝒎𝙞𝒏 (𝙈𝒆𝙡𝒂𝙠𝒂)
- 𝒀𝘽𝒉𝙜. 𝑫𝙖𝒕𝙞𝒏 𝑯𝙖𝒋𝙖𝒉 𝑴𝙖𝒓𝙞𝒂𝙝 𝙃𝒂𝙟𝒊 𝑯𝙞𝒕𝙖𝒎 (𝙆𝒆𝙙𝒂𝙝)
- 𝒀𝘽𝒉𝙜. 𝑫𝙖𝒕𝙞𝒏 𝑯𝙖𝒋𝙖𝒉 𝑾𝙖𝒏 𝑵𝙤𝒓𝙖𝒔𝙝𝒊𝙠𝒊𝙣 𝘽𝒊𝙣𝒕𝙞 𝙒𝒂𝙣 𝘾𝒉𝙞𝒌 (𝙋𝒖𝙡𝒂𝙪 𝙋𝒊𝙣𝒂𝙣𝒈)
- 𝙃𝒂𝙟𝒂𝙝 𝙍𝒐𝙠𝒊𝙖𝒉 𝑺𝙖𝒂𝙙 (𝑲𝙚𝒅𝙖𝒉)
- 𝑮𝙝𝒂𝙧𝒊𝙯𝒂𝙝 𝙃𝒂𝙨𝒉𝙞𝒎 (𝙉𝒆𝙜𝒆𝙧𝒊 𝑺𝙚𝒎𝙗𝒊𝙡𝒂𝙣)
- 𝙔𝘽𝙝𝙜. 𝘿𝙖𝙩𝙤’ 𝘿𝙧. 𝙃𝙖𝙟𝙖𝙝 𝙈𝙪𝙣𝙞𝙧𝙖𝙝 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙃𝙖𝙨𝙨𝙖𝙣 (𝙎𝙖𝙧𝙖𝙬𝙖𝙠) [𝘿𝙞𝙡𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠]
Sementara itu, Dr. Nur’azah turut bertindak sebagai Pengerusi Pemilihan memberikan penerangan terperinci mengenai keputusan pemilihan, sebelum Ketua Wanita memperkenalkan barisan kepimpinan baharu yang kemudiannya menyampaikan ucapan ringkas serta manifesto masing-masing.
Mesyuarat turut membincangkan dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2027, selain memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan ke-65.
Persidangan diteruskan dengan sesi ucapan penangguhan oleh wakil negeri-negeri sebelum diakhiri dengan ucapan penggulungan oleh Ketua Wanita yang menekankan pentingnya kesinambungan perjuangan berteraskan keikhlasan dan kesatuan.
Majlis berakhir dalam suasana penuh harmoni dengan sesi fotografi serta jamuan makan tengah hari. Turut memeriahkan acara ialah gerai jualan yang menawarkan pelbagai produk seperti kain batik PERKIM, keropok Terengganu, kerepek desa, muruku mualaf serta barangan pakaian dan kosmetik.
Turut hadir ialah barisan urus setia Wanita PERKIM Kebangsaan termasuk 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗶𝘇𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗮𝘀𝗮𝗶𝗱𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗱, 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗶𝘇𝗮𝘁 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶, 𝗡𝗼𝗿𝗹𝗮𝗶𝗹𝗶𝗮𝗹𝗽𝗶𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘁𝗺𝗮𝗻, 𝗨𝗺𝗶 𝗠𝘂𝘀𝗳𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗚𝗵𝗮𝗻𝗶, 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗹𝗶𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗿𝗶𝗳𝗳𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗱𝗹𝘆 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻, serta pelajar latihan industri dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 ‘𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺𝗶 dan 𝗨𝗺𝗺𝘂𝗹 𝗠𝘂𝗿𝘀𝗵𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘁 𝗦𝗵𝘂𝗾𝗶.
Mesyuarat Agung Tahunan kali ini jelas membuktikan komitmen berterusan Wanita PERKIM dalam memperkasakan agenda dakwah dan kebajikan secara inklusif, progresif dan berteraskan nilai-nilai Islam yang syumul.

Delegasi Wanita PERKIM menyemak nama di kaunter pendaftaran sebelum masuk ke Palmyra Ballroom Hotel De Palma.

Ketua Wanita bersama Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan berdiri tegak bagi menyanyikan Lagu Wanita PERKIM dengan penuh bersemangat.

Wanita PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menyanyikan lagu Wanita PERKIM dengan penuh hormat.

Penuh bersemangat kewanitaan..Wanita PERKIM Bahagian Negeri Sarawak menyanyikan Lagu Wanita PERKIM.

Ustaz Farhan Tee Abdullah membuka tirai Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 selaku pengacara majlis.

Nur Syahirah Musa memimpin doa pembuka Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46.

Wanita PERKIM menadah tangan ketika doa dibacakan.

Pemerhati turut hadir mengaminkan doa yang dibacakan.

Dr Aishah Jam’ian mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran Surah Ali Imran bermula dari ayat 102 hingga 110.

Hajah Hasnah memulakan persidangan mesyuarat agung selaku pengerusi tetap.

Tunku Noor Hayati dalam ucapan dasarnya berkata bahawa mesyuarat agung bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan, sebaliknya menjadi platform strategik untuk menilai pencapaian, memperbaiki kelemahan dan merangka hala tuju masa depan yang lebih mampan.

Tunku Noor Hayati mengajak seluruh ahli untuk terus memperkukuh ukhuwah serta mengikhlaskan niat dalam melaksanakan amanah di samping menekankan kepentingan ketelusan dalam pentadbiran organisasi.

Jelas Ketua Wanita PERKIM, Wanita PERKIM bukanlah medan untuk mencari siapa yang betul atau salah, apatah lagi melahirkan ‘jaguh’ tetapi sebaliknya, ia adalah wadah kebajikan dan dakwah yang menuntut keikhlasan serta kesatuan hati demi kepentingan ummah.

Dato’ Maznah membentang minit Minit Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kali Ke-45 untuk mendapat kelulusan ahli mesyuarat.

Wanita PERKIM Bahagian Negeri Selangor menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Dr Nur’azah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan menyampaikan keputusan mengenai Pemilihan Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan sesi 2026-2029.

Tunku Noor Hayati mengumumkan barisan kepimpinan yang telah berjaya untuk berada di pentas.

YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib Alsree menyampaikan manifestonya selaku Naib Ketua Wanita 1.

Naib Ketua Wanita 2, YBhg. Datin Seri Dato’ Hajah Shamsiah Haji Md. Yassin membentangkan manifesto beliau kepada sidang mesyuarat.

Barisan kepimpinan baharu Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan sesi 2026-2029.

Dr. Nur’azah membincangkan dan meminta sidang mesyuarat meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Wanita PERKIM bagi tahun 2027.

Perwakilan Wanita PERKIM Johor menyampaikan ucapan penangguhan pada mesyuarat tersebut.

Ucapan penangguhan dari Wanita PERKIM Melaka.

Dato’ Nur Zarina Sepran daripada Wanita PERKIM Selangor menyampaikan ucapan penangguhan selaku tuan rumah tahun ini.

Tunku Noor Hayati menyampaikan ucapan penggulungan di akhir persidangan mesyuarat.

Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan Sesi 2026-2029 merakamkan gambar ketika sesi fotografi di akhir mesyuarat.



