Pengumuman

Selamat Hari Pekerja

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei 2026.

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga PERKIM Kebangsaan serta semua tenaga kerja yang telah mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, komitmen dan keikhlasan dalam menjayakan agenda dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baharu serta ummah.

Sesungguhnya, setiap usaha yang dilaksanakan sama ada di barisan hadapan mahupun di belakang tabir adalah amat bermakna dalam memperkukuh peranan PERKIM sebagai sebuah organisasi yang terus istiqamah membela saudara baharu, memperkasa kefahaman Islam serta menyantuni masyarakat dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Tema pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan dalam bekerja bukan sahaja mencerminkan profesionalisme, bahkan merupakan satu bentuk ibadah yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, saya menyeru agar seluruh warga PERKIM terus memperkukuh semangat ukhuwah, meningkatkan integriti serta mengekalkan budaya kerja cemerlang demi memastikan setiap amanah yang digalas dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperbaharui tekad untuk terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, memperkukuh perpaduan serta menyumbang ke arah pembinaan ummah yang lebih sejahtera dan berdaya saing.

โ€œ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜๐˜ต๐˜ถ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏโ€

Sekian, terima kasih.

๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‡๐˜‚๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ข๐—บ๐—ฎ๐—ฟ
๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button