Ketua Pengarah JAWHAR Puji Peranan PERKIM Selangor Perkasa Dakwah Islamiah
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠, 𝟵 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Semangat perpaduan ummah, dakwah berhikmah dan pengukuhan akhlak terus menjadi asas perjuangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Selangor apabila lebih 200 perwakilan dan pemerhati menghadiri Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Negeri Selangor Kali Ke-37 di Kompleks PERKIM Negeri Selangor, Seksyen 8, di sini pada tengah hari Sabtu.
Majlis berprestij itu menghimpunkan wakil cawangan-cawangan PERKIM seluruh Selangor selain pemimpin pertubuhan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa bekerjasama dalam memperkukuhkan agenda dakwah, kebajikan dan pembangunan mualaf di negeri tersebut.
Perasmian mesyuarat agung disempurnakan oleh 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶, 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗭𝗮𝗶𝗱𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 yang menyampaikan ucapan penuh inspirasi berkaitan kepentingan perpaduan, pendekatan dakwah berhikmah dan pembentukan akhlak mulia dalam masyarakat Islam berbilang kaum di negara ini.

Dato’ Zaidi dalam ucapannya berkata, perkembangan Islam di Malaysia membuktikan agama itu berjaya menyatukan masyarakat daripada pelbagai bangsa, budaya dan latar belakang di bawah satu akidah yang sama.
“Islam bukan agama untuk sesuatu bangsa tertentu sahaja, tetapi agama rahmat yang membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan keturunan. Kita dapat hidup bersama, beribadah bersama dan saling menghormati antara satu sama lain.
“Inilah bukti bahawa Islam mampu menyatukan hati manusia dan membentuk masyarakat yang aman serta harmoni,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut.
Beliau turut memuji peranan PERKIM Selangor yang disifatkan konsisten melaksanakan pelbagai program dakwah, kebajikan dan pembangunan saudara baharu sejak sekian lama.
Menurut beliau, usaha membantu mualaf memerlukan pendekatan penuh hikmah, sabar dan kasih sayang agar mereka dapat memahami Islam secara berperingkat tanpa merasa terbeban.
Dalam ucapan itu, beliau berkongsi pengalaman ketika terlibat dalam usaha dakwah kepada masyarakat Orang Asli yang menurutnya perlu dilaksanakan secara lembut dan berhati-hati.
Katanya, dakwah yang terlalu keras atau rumit boleh menyebabkan seseorang menjauh daripada Islam, justeru umat Islam perlu menampilkan akhlak yang baik serta sentiasa memudahkan urusan orang lain.
“Apabila kita menunjukkan akhlak yang baik, masyarakat akan lebih mudah mendekati Islam dan merasa selesa dengan ajaran agama ini,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan dalam organisasi Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas dan hati yang bersih.
Menurut Dato’ Zaidi, setiap ahli organisasi perlu menjaga hubungan sesama manusia serta mengelakkan perkara yang boleh merosakkan perpaduan kerana keberkatan Allah SWT akan hadir apabila sesuatu perjuangan dipimpin dengan keikhlasan dan semangat persaudaraan.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan memanfaatkan waktu pagi yang penuh keberkatan sebagaimana doa Rasulullah SAW yang memohon keberkatan kepada umatnya pada waktu pagi.
Katanya, budaya memulakan pekerjaan dan aktiviti lebih awal mampu meningkatkan produktiviti serta membawa keberkatan dalam kehidupan.

Sebelum itu, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dalam ucapan aluannya menzahirkan rasa syukur atas kelancaran penganjuran mesyuarat agung tersebut serta kehadiran para perwakilan dan tetamu jemputan dari seluruh daerah Selangor.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dato’ Zaidi yang sudi memenuhi jemputan pada saat akhir bagi merasmikan majlis berkenaan selepas berlaku perubahan jadual melibatkan tetamu asal atas urusan rasmi lain.
Menurut beliau, kesediaan Ketua Pengarah JAWHAR itu membuktikan hubungan erat antara PERKIM Selangor dengan pelbagai institusi yang sentiasa menyokong agenda dakwah dan kebajikan Islam.
“Hubungan baik dengan pelbagai agensi dan pertubuhan amat penting bagi memastikan gerakan dakwah dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.
Ustaz Fitri Abdullah turut menyifatkan ahli-ahli PERKIM sebagai tulang belakang utama organisasi yang sentiasa istiqamah melaksanakan kerja kebajikan, pendidikan dan kemanusiaan tanpa mengira penat lelah.
Beliau berkata, pengorbanan ahli-ahli PERKIM dalam membantu mualaf, fakir miskin dan masyarakat memerlukan merupakan amal besar yang memberi manfaat bukan sahaja kepada umat Islam, malah kepada masyarakat secara keseluruhan.
Dalam ucapan itu juga, beliau melancarkan kempen “Sayangilah Raja Kita” sebagai tanda sokongan dan taat setia kepada institusi diraja Selangor yang menjadi lambang perpaduan rakyat negeri tersebut.
Katanya, kempen itu bertujuan menyemai rasa cinta kepada institusi diraja serta memperkukuhkan nilai hormat terhadap pemimpin dan negeri dalam kalangan masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian pelbagai anugerah sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Negeri Selangor 2026.
Antaranya termasuk penyampaian Sijil Penghargaan Wakaf PERKIM Selangor bernilai RM1,000 kepada waris Allahyarham Tuan Haji Ismail Husin dari PERKIM Cawangan Selayang Baru disampaikan oleh Ustaz Fitri.
Dato’ Zaidi berkesempatan menyampaikan cek cura Anugerah Pengislaman Paling Ramai 2025 kepada PERKIM Cawangan Masjid Universiti Islam Malaysia muncul penerima utama selepas berjaya mengislamkan 78 individu sepanjang tahun lalu, diikuti PERKIM Cawangan Klang dengan 66 orang dan PERKIM Cawangan Serendah seramai 22 orang.
Secara keseluruhan, PERKIM Bahagian dan cawangan seluruh Selangor berjaya merekodkan 499 pengislaman sepanjang tahun 2025.
Anugerah Cawangan Paling Aktif 2025 pula dimenangi oleh PERKIM Cawangan Klang, diikuti Kuala Langat dan Ampang.
Sementara itu, Anugerah Tokoh Khidmat Setia 2026 diberikan kepada Ustaz Haji Mohd Zainuddin Abdullah bagi kategori lelaki dan Ustazah Hajah Aminah Abdullah @ Chong Ah Gek bagi kategori wanita.
Anugerah Tokoh Belia PERKIM Selangor 2026 pula disampaikan kepada Ustaz Muhammad Sharif Mohd Arshad.
𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗱𝗶𝗮𝗻𝗮 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱, 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 (𝗣𝗘𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡𝗜𝗦) turut berkesempatan menyampaikan Anugerah Tokoh Muallaf PERKIM Selangor 2026 kategori lelaki kepada Ustaz Haji Mohd Firdaus Tamil Maran Abdullah dan kategori wanita kepada Mitchelle Nur Alya Abdullah.
Turut hadir Ahli Jawatankuasa PERKIM Selangor iaitu Naib Pengerusi I, Tuan Haji Hushim Haji Salleh; Naib Pengerusi II, YBhg. Dato’ Shamsuddin Hayroni; Setiausaha Kehormat, Tuan Haji Mohamed Ibrahim Nar Hussain serta Bendahari Kehormat, YM Tengku Ahmad Tengku Kasim dan barisan ahli jawatankuasa yang lain.
PERKIM Selangor turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai organisasi Islam dan NGO yang hadir iaitu Pusat Perlindungan Mualaf Baitus Salam Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Selangor, Pertubuhan IKRAM Selangor, Pertubuhan IKRAM Shah Alam, Pertubuhan IKRAM Muda, Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Persatuan Cina Muslim He Ping, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor, Persatuan Ehsan Saudara Baru (India Muslim) Selangor, Persatuan Mubhalligat Negeri Selangor, Pertubuhan Al-Khadeem, Pertubuhan Kebajikan Assolahiyyah Malaysia, Pertubuhan Al-Mubasyarah, Kelas Usahawan Haraki Malaysia, Gabungan Dakwah Malaysia, Yayasan Restu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Ustaz Fitri (kiri) dan Haji Hushim (kanan) mengiringi Dato’ Zaidi ketika ketibaannya di Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Negeri Selangor Kali Ke-37.

Tetamu kehormat berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan PERKIM Pacu Kemajuan.

Para perwakilan berdiri dengan penuh rasa hormat ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

Setiausaha Kehormat, Tuan Haji Mohamed Ibrahim Nar Hussain membuka tirai majlis perasmian selaku pengerusi majlis.

Ustaz Fitri dalam ucapan aluannya berkata, pengorbanan ahli-ahli PERKIM dalam membantu mualaf, fakir miskin dan masyarakat memerlukan merupakan amal besar yang memberi manfaat bukan sahaja kepada umat Islam, malah kepada masyarakat secara keseluruhan.

Ustaz Fitri turut melancarkan kempen “Sayangilah Raja Kita” sebagai tanda sokongan dan taat setia kepada institusi diraja Selangor yang menjadi lambang perpaduan rakyat negeri tersebut.

Dato’ Zaidi menyempurnakan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Negeri Selangor Kali Ke-37.

Dato’ Zaidi turut memuji peranan PERKIM Selangor yang disifatkan konsisten melaksanakan pelbagai program dakwah, kebajikan dan pembangunan saudara baharu sejak sekian lama.

Menurut Dato’ Zaidi, setiap ahli organisasi perlu menjaga hubungan sesama manusia serta mengelakkan perkara yang boleh merosakkan perpaduan kerana keberkatan Allah SWT akan hadir apabila sesuatu perjuangan dipimpin dengan keikhlasan dan semangat persaudaraan.

Ustaz Fitri menyampaikan Sijil Penghargaan Wakaf PERKIM Selangor kepada waris Allahyarham Tuan Haji Ismail Husin dari PERKIM Cawangan Selayang Baru

Dato’ Zaidi berkesempatan menyampaikan cek cura Anugerah Pengislaman Paling Ramai 2025 kepada PERKIM Cawangan Masjid Universiti Islam Malaysia muncul penerima utama selepas berjaya mengislamkan 78 individu sepanjang tahun lalu.

Perwakilan PERKIM Cawangan Klang menerima plak dan sijil penghargaan Anugerah Cawangan Paling Aktif 2025 daripada Dato’ Zaidi.

Dato’ Zaidi menyampaikan plak dan sijil Anugerah Tokoh Belia PERKIM Selangor 2026 kepada Ustaz Muhammad Sharif Mohd Arshad.

Ustaz Haji Mohd Zainuddin Abdullah menerima plak dan sijil Anugerah Tokoh Khidmat Setia 2026 kategori lelaki daripada Dato’ Zaidi.

Dato’ Zaidi menyampaikan plak dan sijil Anugerah Tokoh Khidmat Setia 2026 kategori wanita kepada Ustazah Hajah Aminah Abdullah.

Datin Seri Masdiana Muhamad selaku Isteri Menteri Besar Selangor merangkap Yang Dipertua PEKAWANIS menyampaikan plak dan sijil Anugerah Tokoh Muallaf PERKIM Selangor 2026 kategori lelaki kepada Ustaz Haji Mohd Firdaus Tamil Maran Abdullah.

Mitchelle Nur Alya Abdullah menerima plak dan sijil Anugerah Tokoh Muallaf PERKIM Selangor 2026 kategori wanita daripada Datin Seri Masdiana Muhamad.

Ustaz Fitri menyampaikan buah tangan kepada Dato’ Zaidi selaku perasmi mesyuarat agung.

Ustaz Fitri menyampaikan plak cenderamata PERKIM Bahagian Negeri Selangor kepada Datin Seri Masdiana Muhamad.

Kepimpinan PERKIM Bahagian Negeri Selangor yang baharu bergambar kenangan bersama para perwakilan dan pemerhati selepas berakhirnya majlis.



