Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Aktiviti Dakwah

Persidangan Media Peranan PERKIM Ke Peringkat Antarabangsa Bersama Duta Keamanan Dunia

 Oleh: UMI MUSFIRAH ABDUL GHANI

KUALA LUMPUR – 22 DISEMBER 2020. Sidang media diadakan untuk memperkenalkan sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Saudara Muhd Rizq Abdul Aziz yang telah mewakili Malaysia di Persidangan Global Peace Summit di Istanbul, Turki pada 15 hingga 18 Oktober 2020 lalu.

Menurut Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, kalau tidak kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara, pasti kita boleh mengadakan sesi yang lebih besar kerana apa yang telah dibuat oleh PERKIM mengenai dengan usaha menyebarkan Islam melalui sukarelawan, Muhd Rizq.

PERKIM telah dimaklumkan bahawa terdapat satu persidangan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan di bawah naungan United Nation yang terlibat dengan kegiatan keamanan dunia.

Pihak berkenaan telah memilih seorang daripada Malaysia untuk menghadiri persidangan dunia itu yang disertai bukan sahaja orang Islam kerana ia merupakan satu usaha yang bertaraf antarabangsa dari semua negara tanpa mengira kaum atau agama.

Kata Dr Yusof Noor, Global Peace Chain Foundation telah memilih seorang dari Malaysia iaitu seorang anak muda yang mempunyai kebolehanan berkomunikasi, bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia malah Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin selain boleh melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Saya tidak tahu mengapa badan dunia memilih beliau tetapi mungkin setelah badan itu menapis senarai calon-calon dari badan-badan di dunia didapati peranan yang dimainkan oleh saudara Muhammad Rizq itu berkesan,” ujar beliau.

Tambahnya, PERKIM melantik beliau sebagai salah seorang sukarelawan kerana beliau berkebolehan dalam pelbagai bahasa dengan membantu PERKIM mengorak langkah dengan lebih baik dalam usaha memahamkan Islam bukan sahaja kepada orang Islam bahkan kepada mereka yang belum Islam.

Sukarelawan PERKIM, Muhd Rizq berkata, beliau berasa amat bertuah dan berbangga kerana bukan sahaja dapat mewakili Malaysia malah mewakili PERKIM kerana nama PERKIM sendiri iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia di mana terdapat perkataan Islam serta kebajikan yang menjurus kepada kerja-kerja amal dan keamanan.

Katanya, beliau dipilih sebagai Duta Keamanan Dunia di bawah Global Peace Chain Foundation yang merupakan organisasi pembangunan damai di seluruh dunia yang ditubuhkan pada Februari 2018 Julai dan mempunyai Ibu Pejabat di Amerika Syarikat dan Pejabat Wilayah di Pakistan, Nepal, Burundi dan Mauritius untuk memperkuat kepemimpinan dan pembangunan pemuda.

Katanya sewaktu beliau menghadiri persidangan di Turki pada Oktober 2020 lalu, beliau turut memperkenalkan YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menerajui kepimpinan utama PERKIM sebagai Yang Dipertua PERKIM.

Persidangan tersebut dihadiri seramai lebih 150 Duta Keamanan Dunia dan delegasi dari seluruh negara.

Jelas Muhd Rizq lagi, sebab itu apabila saya membawa nama Malaysia atau nama PERKIM ke sana, para delegasi berasa sangat teruja kerana mereka sangat menghormati kepada pertubuhan agama yang selalu dipandang serong oleh pelbagai pihak.

Tambahnya, pertubuhan agama selalu akan dikaitkan dengan ibadah, tetapi jika kita hendak meneliti maksud Islam dengan lebih mendalam dan tepat adalah bermaksud selamat dan aman.

Keamanan ini adalah sinonim dengan persidangan Global Peace Summit dan amat bertuahlah dan tepat sekali kita menggunakan platform PERKIM ini untuk hadir ke persidangan ini di Turki.

Menurut Muhd Rizq, berkenaan beliau antara satu-satunya individu yang dipilih mewakili Malaysia oleh Global Peace Chain adalah berkemungkinan disebabkan pihak media yang pernah menyiarkan berkenaan sajak untuk Permaisuri Agong yang mana bertujuan kepada keamanan.

Jelas beliau, sumbangannya kepada keamanan adalah dari segi bahasa yang dapat menyatu padukan kaum, masyarakat yang pelbagai agama dan berkemungkinan delegasi lain dipilih dengan usaha yang berbeza.

Muhd Rizq Aziz berkesempatan menyampaikan dua plak cenderamata eksklusif PERKIM kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Chain Foundation, Kamran Zafar di Turki tempoh hari.

Tambah Muhd Rizq, menerusi videonya di YouTube iaitu Rizq Aziz Official, beliau mengajar dan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Bahasa Arab serta Bahasa Mandarin.

Antara perbualan dan perbincangan di antara delegasi pada persidangan tersebut ialah peranan mereka dalam mewujudkan keamanan terhadap perkara seperti Islamophobia adalah dengan memberikan kesedaran atau mengadakan aktiviti kemasyarakatan dalam memberikan penerangan yang betul kepada orang ramai apakah itu Islam yang sebenarnya.

Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa; Pengarah Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM, YBhg Datuk Haji Abdul Hanif Harun; Pengarah Unit Pembangunan dan Aset PERKIM, YBhg Dato’ Ahmad bin Mustafa dan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik.

 

 

 

Related Articles

Back to top button