Video
Dari Pedalaman Chiang Rai, Syiar Aidiladha Terus Mekar
Program Jaulah, Dakwah dan Korban 2026 anjuran PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama RISEAP dan Jom Buat Baik membuktikan bahawa dakwah tidak mengenal sempadan.
Bersempena Hari Raya Aidiladha, misi kemanusiaan dan dakwah ini berjaya menyantuni masyarakat pedalaman Mae Pao, Phaya Mengrai, Chiang Rai melalui pendekatan kebajikan, ukhuwah dan pengorbanan.
Inilah makna sebenar Aidiladha, ia bukan sekadar ibadah korban, tetapi menyebarkan kasih sayang, mengukuhkan ukhuwah dan memperkenalkan Islam sebagai agama rahmah kepada seluruh masyarakat.



