Video

Sukaneka Bersama Anak-Anak Madrasah Yayasan As-Siddiqin, Chiang Rai

🎉🏆 GELAK TAWA, SEMANGAT BERPASUKAN & KENANGAN TERINDAH DI CHIANG RAI! 🇹🇭

❤️ Suasana Madrasah Yayasan As-Siddiqin bertukar meriah apabila anak-anak madrasah menyertai pelbagai acara sukaneka yang penuh keceriaan dan gelak tawa.

🤩✨ Daripada permainan pindah getah menggunakan straw, mengimbang cawan, membawa belon dengan pinggan hinggalah cabaran berkumpulan yang menguji kerjasama, setiap aktiviti berjaya mencipta senyuman dan memupuk semangat ukhwah dalam kalangan para pelajar. 🏃‍♂️

🎈🏅 Lebih bermakna, semua peserta diraikan dengan hadiah dan cenderahati sebagai penghargaan atas semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang program.

🎁💖 Terima kasih kepada warga Madrasah Yayasan As-Siddiqin atas layanan yang penuh mesra dan kepada semua sukarelawan yang menjayakan misi dakwah serta kebajikan ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan merentasi sempadan.

🤝🌏 📍 Chiang Rai, Thailand
🤲 Anjuran PERKIM Kebangsaan, RISEAP & Kumpulan Jom Buat Baik

Related Articles

Back to top button