Aktiviti Pendidikan

PERKIM Anjur Bengkel Perkukuh Institusi Keluarga Mualaf, Tekankan Peranan Suami Isteri

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟳 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Seramai 25 pasangan mualaf daripada pelbagai latar belakang etnik dan negara menyertai Bengkel Memperkasakan Keluarga Bahagia Mualaf yang dianjurkan bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Hotel Grand Continental di sini hari ini.


𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗠𝘂𝗻𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗮𝘆𝗲𝗱 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗱𝗮𝗻 berkata, peserta yang hadir terdiri daripada kaum Cina, India, Murut, Kadazan, Iban dan Bidayuh selain warga Indonesia, Filipina serta Afrika.

Menurut beliau, bengkel tersebut bertujuan memperkukuh institusi keluarga dalam kalangan mualaf melalui penghayatan nilai-nilai Islam, selain membimbing pasangan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membina rumah tangga yang harmoni, sakinah serta diberkati Allah.

Program sehari itu menampilkan 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗵𝗶𝗺 𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗮𝗻𝗱 𝗖𝗼𝘂𝗻𝘀𝗲𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝗰𝘆, 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝘂𝘀𝗵𝗶𝗺 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 sebagai penceramah utama.


Pada slot pertama, beliau menyampaikan ceramah bertajuk Konsep Rumah Tangga Dalam Islam yang menekankan bahawa rumah tangga bukan sekadar ikatan antara suami dan isteri, sebaliknya merupakan asas kepada kestabilan individu, masyarakat dan negara.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor berkata bahawa pembentukan keluarga Islam perlu berteraskan kasih sayang, tanggungjawab serta rahmat bagi melahirkan generasi beriman dan berakhlak mulia.

Menurut Haji Hushim, keluarga mualaf sering berdepan pelbagai cabaran termasuk proses penyesuaian budaya, tekanan daripada keluarga asal, kekurangan sokongan, konflik pasangan serta cabaran dalam pendidikan anak-anak.

Justeru, pasangan mualaf perlu sentiasa memperkukuh ilmu agama dan amalan kerohanian bagi memastikan keharmonian rumah tangga dapat dipelihara.

Dalam slot kedua bertajuk Tanggungjawab Suami dan Isteri, Hushim menegaskan bahawa kebahagiaan rumah tangga hanya dapat dicapai apabila kedua-dua pihak memahami hak dan amanah masing-masing.

Katanya, suami berperanan sebagai pemimpin, pelindung, penyara dan pembimbing keluarga yang wajib menyediakan nafkah zahir dan batin, selain memimpin keluarga dengan kasih sayang dan hikmah.

Pada masa sama, isteri pula berperanan sebagai penenang hati suami, penjaga maruah keluarga serta pendidik anak-anak yang berteraskan nilai iman dan ihsan.

Haji Hushim turut mengingatkan peserta bahawa komunikasi yang berkesan merupakan tunjang utama dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Pasangan suami isteri disaran mengamalkan budaya berbincang, saling menghormati, mengelakkan sindiran serta menggunakan bahasa yang lembut dalam setiap urusan kehidupan berkeluarga.

Mengulas mengenai pengalaman dakwah dan kebajikan yang dijalankan, Haji Hushim yang juga Pengerusi PERKIM Cawangan Klang berkata, PERKIM Cawangan Klang yang dipimpinnya baru-baru ini menerima Anugerah Cawangan PERKIM Paling Aktif sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Negeri Selangor Kali Ke-37 pada 9 Mei lalu.

Beliau berkata, cawangan itu juga aktif membantu golongan mualaf melalui pelbagai inisiatif termasuk menyediakan peluang pekerjaan di Restoran PERKIM Klang serta menawarkan makanan percuma kepada orang ramai pada setiap hari Jumaat.

“Pembangunan keluarga tidak boleh dipisahkan daripada usaha membina generasi yang beriman dan berakhlak. Anak-anak perlu dididik sejak kecil dengan ilmu agama, kasih sayang dan contoh teladan yang baik daripada ibu bapa,” katanya.

Haji Hushim turut menganjurkan satu aktiviti melibatkan pasangan suami isteri mualaf, di mana mereka diminta berdiri berhadapan antara satu sama lain dalam suasana yang digambarkan sebagai romantis.

Dalam aktiviti tersebut, setiap pasangan diminta melafazkan ungkapan seperti “aku menyayangi kamu” atau “aku mencintai kamu” sambil memegang erat tangan sambil memeluk antara satu sama lain dengan penuh penghayatan dan perasaan kasih sayang.

Aktiviti itu kemudiannya diakhiri dengan simbolik pemberian sekuntum bunga mawar merah daripada suami kepada isteri.

Komunikasi yang berteraskan adab, hikmah dan kejujuran merupakan kunci utama dalam membina rumah tangga yang bahagia serta berkekalan, khususnya dalam kalangan pasangan mualaf yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga menurut syariat Islam.


Perkara itu ditegaskan oleh 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗗𝗿. 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮 @ 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Komunikasi Dalam Perkahwinan” pada slot ketiga.

Beliau berkata, dalam Islam, komunikasi bukan sekadar medium menyampaikan maklumat, malah merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berlandaskan akhlak mulia serta nilai kejujuran.

Menurut Dr. Suariza, al-Quran telah menggariskan beberapa prinsip komunikasi yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berumah tangga bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa harmoni dan saling memahami.

Katanya, prinsip Qaulan Sadida menuntut setiap individu bercakap benar, tidak memutarbelitkan fakta serta menyampaikan maklumat dengan tepat, manakala Qaulan Baligha pula menekankan penggunaan kata-kata yang berkesan dan mampu menyentuh hati pasangan.

Beliau turut menjelaskan bahawa prinsip Qaulan Ma’rufa mengajar umat Islam agar sentiasa menggunakan bahasa yang baik dan sopan, sementara Qaulan Karima pula menuntut komunikasi yang penuh penghormatan, khususnya dalam hubungan kekeluargaan.

“Komunikasi yang lembut dan berhemah lebih mudah diterima serta mampu mengelakkan konflik dalam rumah tangga. Justeru, pasangan suami isteri perlu mengamalkan prinsip Qaulan Layyina, iaitu berbicara dengan lemah lembut walaupun ketika berhadapan dengan perbezaan pandangan atau perselisihan,” katanya.

Beliau menambah, Islam juga mengajar umatnya supaya menolak sesuatu permintaan dengan cara yang baik melalui konsep Qaulan Maysura, selain mengutamakan pendekatan berhikmah dalam setiap bentuk komunikasi.

Dalam era digital yang serba pantas, Dr. Suariza turut mengingatkan peserta mengenai kepentingan amalan tabayyun, iaitu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarkan bagi mengelakkan fitnah, salah faham dan penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga.

Beliau berkata, kegagalan berkomunikasi secara berkesan sering menjadi antara punca utama konflik rumah tangga, manakala komunikasi yang baik mampu memperkukuhkan kasih sayang, meningkatkan kepercayaan dan membentuk suasana keluarga yang lebih sejahtera.

“Komunikasi menurut Islam bukan sahaja menitikberatkan apa yang ingin disampaikan, tetapi juga bagaimana sesuatu mesej itu disampaikan. Apabila prinsip-prinsip ini diamalkan, ia mampu membina ukhuwah, menyampaikan kebenaran dan membawa manusia ke arah kebaikan,” katanya.

Sesi berkenaan mendapat perhatian peserta yang terdiri daripada pasangan mualaf pelbagai bangsa dan negara, sekali gus memberi pendedahan praktikal mengenai kaedah komunikasi yang berkesan dalam mengurus cabaran kehidupan berumah tangga serta membina keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sementara itu, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗧𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 turut hadir menyantuni peserta serta menyertai aktiviti motivasi dan permainan minda yang diadakan sepanjang program.


Tunku Noor Hayati yang juga seorang kaunselor terlatih berkesempatan berinteraksi dengan pasangan mualaf dan berkongsi pandangan mengenai kepentingan persefahaman, kesabaran serta kasih sayang dalam membina rumah tangga yang sejahtera.

Bengkel tersebut memberi manfaat kepada peserta dalam memahami kepentingan komunikasi yang berkesan sebagai asas kepada pembentukan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah, sekali gus memperkukuh institusi keluarga mualaf di negara ini.

Bengkel tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman peserta yang menyifatkan program berkenaan sebagai platform penting untuk meningkatkan kefahaman mengenai kehidupan berkeluarga menurut perspektif Islam, khususnya bagi mereka yang baru memeluk agama itu.

Tunku Noor Hayati berkesempatan menyampaikan bakul makanan dan sagu hati kepada setiap pasangan dan berakhir dengan sesi fotografi serta minum petang.

 


Pasangan saudara baharu hadir mendaftarkan diri dalam Bengkel Memperkasakan Keluarga Bahagia Mualaf.

 


Farah Irisha mengacarakan bengkel anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan MAIWP.

 


Saudara Mohd Firdaus Pompeyos Abdullah memimpin doa pembuka majlis.

 


Peserta bengkel menadah tangan ketika doa dibacakan.


Haji Hushim dalam ceramahnya menekankan bahawa rumah tangga bukan sekadar ikatan antara suami dan isteri malah ia merupakan asas kepada kestabilan individu, masyarakat dan negara.

 


Menurut Haji Hushim, pembentukan keluarga Islam perlu berteraskan kasih sayang, tanggungjawab serta rahmat bagi melahirkan generasi beriman dan berakhlak mulia.

 


Haji Hushim menegaskan bahawa kebahagiaan rumah tangga hanya dapat dicapai apabila kedua-dua pihak memahami hak dan amanah masing-masing.

 


Haji Hushim turut menganjurkan satu aktiviti melibatkan pasangan suami isteri mualaf, di mana mereka diminta berdiri berhadapan antara satu sama lain dalam suasana yang digambarkan sebagai romantis.

 


Pasangan keluarga mualaf diminta memeluk pasangan masing-masing dalam slot romantis.

 


Aktiviti simbolik pemberian sekuntum bunga mawar merah daripada suami kepada isteri.

 


Antara pasangan peserta yang mengecapi kebahagiaan selepas suami memberikan pelukan dan sekuntum mawar merah.

 


Aktiviti yang meningkatkan lagi kebahagian pasangan suami isteri dengan pemberian sekuntum bunga mawar merah.

 


Haji Hushim, Siti Munirah dan Farah Irisha bergambar kenangan bersama peserta Bengkel Memperkasakan Keluarga Bahagia Mualaf.

 


Dr. Suariza menyampaikan “Komunikasi Dalam Perkahwinan” pada slot ketiga.

 


Dr. Suariza mendengar pendapat yang baik daripada salah seorang peserta berkenaan komunikasi dalam perkahwinan.

 


Menurut Dr. Suariza, komunikasi yang lembut dan berhemah lebih mudah diterima serta mampu mengelakkan konflik dalam rumah tangga.

 


Tunku Noor Hayati yang juga seorang kaunselor terlatih berkesempatan berinteraksi dengan pasangan mualaf.

 


Menurut Ketua Wanita PERKIM, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, memahami kepentingan komunikasi yang berkesan merupakan asas kepada pembentukan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

 


Tunku Noor Hayati mengadakan aktiviti motivasi dan permainan minda yang diadakan sepanjang program.

 


Tunku Noor Hayati berkesempatan menyampaikan sagu hati dan bakul makanan kepada pasangan mualaf berbangsa India.

 


Pasangan mualaf berbangsa Cina menerima wang sagu hati dan bakul makanan daripada Tunku Noor Hayati.

 


Ketua Wanita PERKIM bersama urus setia PERKIM Kebangsaan mengambil sesi fotografi dan kenangan bahagia bersama peserta.

Related Articles

Back to top button