Aktiviti Dakwah

Ahli Sunnah Wal-Jamaah Benteng Akidah Zaman Berzaman – Khatib Surau PERKIM

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ – Lebih 300 jemaah terdiri dari kalangan kakitangan agensi kerajaan, swasta, saudara baharu dan orang awam di sekitar Bangunan PERKIM hadir ke Surau PERKIM bagi menunaikan solat fardu Jumaat.

Ustaz Zulfadli selaku imam bertugas dari Masjid Amru Ibn Al-โ€˜As, Bandar Baru Sentul telah membicarakan khutbah yang bertajuk โ€œAhli Sunnah wal-Jamaah: Benteng Akidah Zaman Berzamanโ€ pada hari Jumaat yang penuh barakah.

Mohd Abu Bakar selaku Bilal Surau PERKIM mengumandangkan azan tatkala masuknya waktu zohor dan sebelum imam menyampaikan khutbah.

Ustaz Zulfadli selaku khatib berpesan ancaman akidah dalam pelbagai bentuk ajaran sesat, fahaman dan ideologi yang menyeleweng, ekstrem serta aliran-aliran pemikiran adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah; al-Asyaโ€™irah dan al-Maturidiyah.

Dalam konteks perundangan di Malaysia hari ini, terdapat beberapa negeri yang telah mewartakan bahawa tafsiran Ahli Sunnah wal-Jamaah di sisi mereka ialah golongan al-Asyaโ€™irah dan al-Maturidiyah, termasuklah Johor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah.

Manakala terdapat negeri-negeri lain yang mewartakan fatwa dengan bermazhab Shafiโ€™i dan menerima mazhab-mazhab lain untuk diamalkan.

Ustaz Zulfadli dalam khutbahnya berkata, pengukuhan terhadap ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah yang diwakili oleh al-Asyaโ€™irah dan al-Maturidiyah melalui undang-undang tidak lain tidak bukan hanyalah satu bentuk penginstitusian pegangan dan amalan yang telah pun menjadi darah daging dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Khatib mengajak para jemaah merenungkan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 103 bermaksud: โ€œDan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.โ€

Selepas membaca khutbah kedua, Ustaz Zulfadli memimpin solat Jumaat beserta dengan Qunut Nazilah bersama lebih 300 jemaah dan diakhiri dengan doa selepas solat.


Ustaz Zulfadli membicarakan khutbah bertajuk “Ahli Sunnah wal-Jamaah: Benteng Akidah Zaman Berzamanโ€


Para jemaah mendengar khutbah yang disampaikan.


Jemaah mengaminkan doa antara dua khutbah di antara doa yang mustajab.


Ustaz Zulfadli memimpin Solat Jumaat di Surau PERKIM.


Sekitar lebih 200 jemaah menunaikan solat Jumaat di dalam Surau PERKIM dan selebihnya di luar.


Imam turut memimpin doa Qunut Nazilah selepas iktidal rakaat kedua.


Jemaah mengaminkan doa selepas solat.

Related Articles

Back to top button