PERKIM Semai Mahabbah, Gotong-Royong Bersama Komuniti Cina Pulau Ketam
š¤š”šš: ššššæ. ššš¼šššš ššššæš š¼ššš¼šæ šš¼šššæš
šššš”š, š° š¦šš£š§šš ššš„ š®š¬š®š² ā Program gotong-royong yang dianjurkan bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berlangsung dalam suasana penuh kemesraan bersama penduduk setempat.
Lebih 20 urus setia PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Bahagian Negeri Selangor menyertai program berkenaan yang turut mengetengahkan pendekatan dakwah melalui kebajikan, khidmat masyarakat dan hubungan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.
Antara yang menyertai program tersebut ialah dari PERKIM Kebangsaan iaitu ššš£ššš§šš ššš£š©ššššš§šš£, šæš§. ššŖšš§ššÆš @ ššššš®šš ššŖššš¢š¢šš; šš¤šš š¼ššÆšš© šš¤šØš”š; ššØš©ššÆ ššŖš”ššš¢šš£ šæšš£š ššŖ ššš¤š£š; šššØššš¢šš šššØššš¢; š¼šÆšŖš§š š¼šššŖš” šššš¢šš£; šš¤š§š”ššš”ššš”š„šš£ ššŖš§šš©š¢šš£; šš¤ššššÆš šš¤šš ššš£, ššš©šš£ š¼š š¢šš” š¼š šØšš; ššŖ’šš”ššØš šššš šš¤šš š¼š£šŖšš§; ššØš šš©šš¢šš£; ššŖššš¢š¢šš š¼šššš” š¼š¦šš” šš¤šš ššŖšØš¤šš ššš£ ššŖššš¢š¢šš ššššÆ šššØš£ššš£ šš¤š š¢šš£.
PERKIM Bahagian Negeri Selangor pula diwakili ššØš©ššÆ šš¤šš ššŖšØš¤šš šššš š¼šš¢šš, ššŖššš¢š¢šš šššÆšš¢ š¼šššŖš” ššššš¢, šššš šš¤šš ššŖšš š š¼šššŖš” šššš¢šš£, ššššš šš¢šššÆšš š¼šššŖš”š”šš serta beberapa orang sukarelawan.
Rombongan bertolak dari jeti menuju Pulau Ketam pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan menaiki feri yang mengambil masa kira-kira 45 minit bagi perjalanan sejauh 27 kilometer.
Setibanya di Pulau Ketam, ššš§š²šš„šš«šš¬ šš«šØš š«šš¦, šš¬ššš³ šš®š”šš¦š¦šš ššš¢š¬ ššš«š¢šš©š©šš§ šššš®š„š„šš” turut diundang menyampaikan Khutbah Jumaat di Balai Islam Pulau Ketam bertajuk āš“ššššš”ššØššØšš šš£ ššš šš šš© ššš¢šš§š ššššš£ā terbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dihadiri lebih daripada 50 jemaah lelaki.
Dalam khutbahnya, beliau menyeru umat Islam supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Ustaz Jais Mariappan berkata, kemerdekaan yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini tidak seharusnya hanya difahami sebagai pembebasan daripada penjajahan kuasa asing, sebaliknya perlu dihayati sebagai kebebasan insan daripada segala bentuk belenggu yang menjauhkan manusia daripada Allah SWT.
āSesungguhnya kemerdekaan hakiki bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi bebas daripada segala bentuk belenggu yang menjerut diri insan.
āBagi seorang Muslim, kemerdekaan ialah merdeka daripada pengabdian kepada manusia, merdeka menegakkan keadilan dan merdeka membina kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat,ā katanya.
Mengambil iktibar daripada ungkapan sahabat Rasulullah SAW, Ribāi bin āAmir RA ketika berhadapan panglima Parsi, Rustum, beliau berkata kemerdekaan dalam Islam membawa manusia daripada pengabdian kepada makhluk kepada pengabdian hanya kepada Tuhan Yang Esa.
Menurut Ustaz Jais Mariappan , kemerdekaan sebenar turut menuntut manusia membebaskan diri daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu, wang, jawatan, populariti dan kepentingan dunia sehingga menggadaikan prinsip, amanah serta maruah diri.
Beliau turut mengingatkan bahawa Islam mengajar umatnya membebaskan manusia daripada kezaliman kepada keadilan, selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 8 yang menegaskan bahawa berlaku adil lebih hampir kepada takwa.
āNegara yang benar-benar merdeka bukan hanya bebas daripada belenggu penjajahan, tetapi didukung oleh rakyat yang menghormati hak, menunaikan tanggungjawab dan menjauhi kezaliman,ā katanya.
Ustaz Jais Mariappan berkata, nikmat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui pembinaan masyarakat yang kukuh, generasi berilmu dan berakhlak serta penggunaan teknologi dan media sosial untuk menyebarkan manfaat, bukannya permusuhan.
Selesai solat Jumaat, rombongan PERKIM bersama penduduk setempat meneruskan agenda mahabbah dengan membeli pelbagai peralatan gotong-royong di kedai perkakasan bagi menjayakan aktiviti khidmat masyarakat pada sebelah petang.
Antara peralatan yang digunakan termasuk penyapu, penyodok sampah, mop, baldi, berus lantai, berus dinding, kain lap, span, cecair pencuci, pencuci kaca, sarung tangan, beg sampah, penyapu sawang, waterjet serta kelengkapan asas lain.

Menurut Ustaz Jais Mariappan, program berkenaan merupakan manifestasi pendekatan PERKIM dalam membina jambatan persaudaraan dan persefahaman menerusi khidmat kebajikan yang dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.
āProgram yang mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Selangor, PERKIM Cawangan Klang dan Balai Islam ini bukan sekadar gotong-royong membersihkan kawasan, tetapi kita mahu mengenali kehidupan mereka, mendengar keperluan mereka dan berkongsi tenaga dalam menyelesaikan perkara yang boleh kita bantu.
āIni juga kesinambungan program Mahabbah PERKIM bersama masyarakat majmuk sebelum ini, termasuk komuniti Orang Asli di Perak, masyarakat India di Kedah dan komuniti Portugis di Melaka. Kali ini kita bersama komuniti Cina di Pulau Ketam,ā katanya.
Menurut beliau, kesinambungan program tersebut membuktikan komitmen PERKIM untuk memperluas jaringan kebajikan kepada seluruh lapisan masyarakat menerusi pendekatan yang sederhana, inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.
āInsya-Allah, apabila masyarakat saling mengenali dan membantu antara satu sama lain, akan lahir rasa hormat, persefahaman dan kasih sayang. Inilah semangat Malaysia yang perlu kita terus suburkan,ā katanya.
Aktiviti gotong-royong bermula selepas solat Asar apabila urus setia PERKIM bersama sukarelawan serta penduduk kampung dibahagikan kepada empat kumpulan bagi melaksanakan kerja pembersihan di beberapa lokasi yang dikenal pasti.
Kumpulan pertama ditugaskan membersihkan dewan komuniti, manakala kumpulan kedua memberi tumpuan kepada Balai Islam Pulau Ketam.
Kumpulan ketiga pula membersihkan rumah asnaf, sementara kumpulan keempat menjalankan kerja pembersihan di rumah golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menyapu sampah, membuang sawang, mengelap cermin, membasuh dan mengemop lantai, membersihkan kipas serta pagar, mengelap dinding, memasang langsir, memvakum karpet, mengemas ruang dalaman dan menyusun kerusi serta meja.
Kesungguhan urus setia dan sukarelawan berganding bahu bersama penduduk tempatan menjadikan program berkenaan berlangsung dalam suasana cukup meriah, selain membuka ruang interaksi lebih dekat antara PERKIM dengan komuniti setempat.
Lebih daripada kerja-kerja pembersihan, program berkenaan turut menjadi medan menyemai nilai kebersamaan apabila masyarakat tempatan dan rombongan PERKIM saling membantu, berkomunikasi serta berkongsi pengalaman dalam suasana penuh muhibah.
Program berakhir dengan jamuan makan malam bersama penduduk dan sukarelawan, diikuti solat fardu Maghrib secara berjemaah.
Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Cina Pulau Ketam yang diadakan selama tiga hari itu sekali gus memperlihatkan bahawa agenda kebajikan dan kerjasama PERKIM terus berkembang menerusi pendekatan yang mendekati masyarakat, menyantuni golongan memerlukan dan membina hubungan rentas kaum serta agama.
Dalam suasana negara terus menikmati nikmat kemerdekaan, usaha sedemikian menjadi manifestasi bahawa kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi perlu diisi dengan amal kebajikan, perpaduan, keadilan dan sikap saling menghormati demi membina sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.
Bagi PERKIM, mahabbah adalah jambatan yang menghubungkan hati dengan hati dan Pulau Ketam menjadi satu lagi saksi bahawa kasih sayang, kebajikan dan kemanusiaan mampu menyatukan masyarakat walaupun berbeza latar belakang.

Urus setia PERKIM Kebangsaan tiba di Terminal Penumpang South Port untuk menaiki feri ke Pulau Ketam.

Rombongan menaiki feri yang mengambil masa selama 45 minit sejauh 25 kilometer.

Setibanya di Pulau Ketam yang dipenuhi dengan bot nelayan.

Papan tanda yang mengalu-alukan Selamat Datang Ke Pulau Ketam.

Lokasi tertera bongkah perkataan KETAM yang menjadi satu tarikan kepada pelancong.

Balai Islam Pulau Ketam yang dijadikan tempat solat termasuk solat Jumaat, pusat syiar dan aktiviti keagamaan Islam.

Ustaz Jais Mariappan diberi mandat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Balai Islam Pulau Ketam.

Ustaz Jais Mariappan menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Merealisasikan Hakikat Kemerdekaan’ keluaran Jabatan Agama Islam Selangor.

Lebih 50 jemaah lelaki mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan.

Urus setia PERKIM memasang banner program di perkarangan Dewan Komuniti Pulau Ketam.

Urus setia mengambil peralatan gotong-royong untuk membersihkan empat kawasan yang ditetapkan.

Urus setia bersama sukarelawan dan penduduk kampung bergambar sebelum bergotong-royong.

Jais Mariappan membersihkan sawang-sawang yang berada di penjuru atas dewan.

Aizat Rosli juga membersihkan sawang yang melekat pada tiang dewan.

Urus setia PERKIM menyapu dan membersihkan seluruh rumah termasuk ruang tamu di rumah penduduk kampung pertama.

Sukarelawan mengemop dan mengemas seluruh rumah penduduk kampung.

Rumah penduduk kampung kedua juga disapu dan dimop agar kelihatan bersih.

Sukarelawan mengelap pagar yang telah lama berhabuk dan kotor.

Azura mengelap seluruh dinding Balai Islam Pulau Ketam selepas memvakum karpet.

Fatin Akmal memasang semula langsir selepas membersihkan kipas di Balai Islam Pulau Ketam.

Kamal yang juga bertugas di Balai Islam Pulau Ketam turut bersama-sama membersihkan tempat wuduk dan lantai balai tersebut.



