Aktiviti Kebajikan

Gotong-Royong PERKIM Eratkan Semangat Mahabbah Bersama Komuniti Masyarakat Majmuk Siam Kampung Behor Gelam

๐™ค๐™ก๐™š๐™: ๐™ˆ๐™Š๐™ƒ๐˜ฟ. ๐™Ž๐™”๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™„๐™‡ ๐™๐™Š๐™Ž๐˜ฟ๐™„ ๐˜ผ๐™ƒ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ ๐™•๐˜ผ๐™ƒ๐™๐˜ฟ๐™„

๐—”๐—ฅ๐—”๐—จ, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat majmuk terus disemarakkan menerusi Program Gotong-Royong Mahabbah Bersama Komuniti Masyarakat Majmuk Siam Kampung Behor Gelam, di sini, yang menghimpunkan lebih 50 penduduk kampung bersama sukarelawan dan urus setia Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Program anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berlangsung di persekitaran Dewan Serbaguna Kampung Behor Gelam, bermula jam 4 petang.

Program yang mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Perlis itu bukan sahaja menjadi wadah memperkasa budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat, malah mencerminkan komitmen PERKIM dalam menyantuni komuniti tanpa mengira latar belakang agama dan kaum menerusi pendekatan dakwah bil-hal yang berteraskan nilai mahabbah, kebersamaan dan kemanusiaan.


๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฟ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—บ berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kampung Behor Gelam yang bersama-sama turun padang membersihkan kawasan dewan yang sekian lama terbiar.

โ€œAlhamdulillah, hari ini PERKIM mengadakan gotong-royong di Kampung Behor Gelam bersama masyarakat Siam. Penyertaan orang kampung amat menggalakkan dan mereka bersama-sama membersihkan kawasan ini.

โ€œKawasan dewan ini asalnya sebuah sekolah yang sudah lama terbiar.

Sebelum ini memang ada usaha untuk memperbaiki tempat ini, namun apabila berlaku perubahan kerajaan, terdapat sedikit masalah.

โ€œBagaimanapun, kerajaan sekarang sudah memasukkan tempat ini dalam senarai untuk dibina semula dan diperbaiki,โ€ kata Shahidan Kassim.

Menurut beliau, keadaan dewan tersebut sebelum ini amat memprihatinkan apabila terdapat tumbuhan yang sudah mula tumbuh sehingga ke dalam bangunan, sekali gus menjejaskan fungsi kemudahan berkenaan sebagai tempat masyarakat setempat berhimpun dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, masyarakat Siam di kawasan berkenaan memerlukan sebuah lokasi yang sesuai untuk menjalankan pelbagai kegiatan, termasuk mesyuarat dan program komuniti.

โ€œSaya lihat sendiri, sehingga ke dalam dewan pun sudah tumbuh pokok. Ini sesuatu yang tidak wajar berlaku kerana masyarakat di sini tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk berkumpul.

โ€œDahulu, tempat ini menjadi lokasi untuk pelbagai mesyuarat dan aktiviti masyarakat, tetapi apabila tidak dijaga dengan baik, akhirnya keadaan menjadi seperti sekarang.

โ€œHari ini PERKIM hadir untuk bergotong-royong dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang bersama-sama menjayakan usaha ini. Insya-Allah, kita akan pastikan kawasan ini sentiasa bersih dan PERKIM turut menyediakan peralatan gotong-royong untuk membantu masyarakat menjaga kawasan ini,โ€ katanya.

Turut hadir, ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐—ฟ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฑ ๐——๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ.


Sementara itu, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—๐—ฎ๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต berkata, aktiviti gotong-royong itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara PERKIM Kebangsaan, PERKIM Perlis dan masyarakat setempat.

Menurutnya, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk membersihkan dan mencuci dewan, mengemas kawasan sekitar, memotong rumput, menyapu sampah serta mengalihkan longgokan sampah yang telah lama terbiar.

โ€œAlhamdulillah, kami bersyukur kerana kebanyakan penduduk kampung turut serta dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

โ€œKami bersama-sama membersihkan dewan, mengemas dan mencuci kawasan, memotong rumput serta mengangkat sampah yang telah lama dilonggokkan di sekitar kawasan dewan serbaguna ini.

โ€œProgram ini sangat meriah kerana mendapat kehadiran dan kerjasama yang baik daripada penduduk setempat,โ€ kata Jais Mariappan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MAIWP selaku penyumbang utama yang menyediakan dana bagi pembelian peralatan gotong-royong untuk kegunaan program berkenaan.

Katanya, usaha mendekati masyarakat di Kampung Behor Gelam akan diteruskan menerusi beberapa pengisian susulan, termasuk program sukaneka dan ziarah dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan berbentuk kit makanan yang ditaja sepenuhnya oleh MAIWP.

โ€œAlhamdulillah, hasil program hari ini amat memberangsangkan. Semangat sukarelawan yang ditunjukkan cukup tinggi apabila mereka sanggup hadir dan bekerjasama tanpa mengira kaum dan bangsa.

โ€œInilah semangat yang ingin kita pupuk melalui program seperti ini, iaitu kebersamaan, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain,โ€ katanya.

Dalam program tersebut, urus setia PERKIM bersama penduduk kampung berganding bahu membersihkan bahagian dalam dan persekitaran dewan, memungut sampah sarap, mencuci bangunan, memotong rumput serta membersihkan longgokan sampah yang terbiar.

Sampah yang dikumpulkan kemudiannya dimasukkan ke dalam tong Roll-On Roll-Off (RORO) yang disediakan bagi memastikan kawasan berkenaan kembali bersih, kemas dan selamat untuk digunakan oleh masyarakat.

Turut menyertai aktiviti gotong-royong itu ialah urus setia PERKIM iaitu ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ, ๐—”๐˜‡๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ป, ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—บ๐˜‚๐—ฏ๐—ฒ๐—ฒ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐—™๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—”๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ต dan ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐˜‡๐—ฟ๐—ถ ๐—ข๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ป.

Program kemudian disusuli sesi ramah mesra antara penduduk kampung dengan Datoโ€™ Seri Shahidan sebelum diakhiri dengan sesi fotografi bersama serta jamuan ringan.

Program berkenaan sekali gus memperlihatkan pendekatan PERKIM dalam memperkukuh jaringan kemasyarakatan melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, selain menyemai nilai persaudaraan, saling menghormati serta semangat hidup bersama dalam masyarakat berbilang kaum.

 


Penduduk Kampung Behor Gelam bekerjasama memasang bannerย gotong-royong di hadapan khemah.

 


Urus setia bersama penduduk kampung mengangkat sampah sarap, daun-daun dan rumput kering ke dalam plastik sampah.

 

 


Jais Mariappan membuang sampah yang disodok ke dalam roro manakala yang lain mencangkul timbunan sampah sebelum dibuang.

 


Penduduk kampung membersihkan dan mencuci ruang dalam dewan yang dipenuhi habuk dan sampah sarap.

 


Urus setia PERKIM mengutip daun-daun kering yang telah disapu ke dalam plastik sampah.

 


Timbunan sampah telah dibersihkan dengan kerjasama penduduk Kampung Behor Gelam.

 


Jais Mariappan menyambut Naib Yang Dipertua PERKIM, Dato’ Seri Shahidan Kassim ke tapak gotong-royong.

 


Dato’ Seri Shahidan Kassim meluangkan masa bertemu dan menyantuni penduduk kampung.

 


Selesai gotong-royong, Dato’ Seri Shahidan Kassim bergambar bersama-sama penduduk Kampung Behor Gelam.

 


Urus setia PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Perlis juga tidak ketinggalan bergambar bersama Dato’ Seri Shahidan Kassim sambil menunjukkan ‘mini love’.

 

Related Articles

Back to top button