PERKIM Kebangsaan, PERKIM Selangor Santuni Warga Emas Destini Klang
๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ: ๐๐๐๐. ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Keprihatinan terhadap kebajikan golongan warga emas terus diterjemahkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menerusi program Ziarah Kebajikan ke Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Destini Klang, di sini, hari ini.
Program anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berlangsung pada pukul 9 pagi, membabitkan lebih 17 anggota rombongan yang diketuai ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ, ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข๐๐ฉ๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก.
Kunjungan yang mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Selangor itu bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah menjadi wadah menyantuni serta mendengar sendiri kisah kehidupan penghuni yang sebahagian besarnya tidak lagi mempunyai keluarga untuk bergantung harap.
Seramai 25 penghuni pusat berkenaan yang terdiri daripada kaum Cina dan India disantuni dalam kunjungan tersebut, termasuk penghuni yang memerlukan penjagaan serta pemantauan rapi.
Majlis turut dipengerusikan pengacara, Muhammad Aidil Aqel Mohd Yusoff, pelajar latihan industri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ustaz Jais Mariappan dalam ucapannya berkata, kunjungan itu turut membawa amanah daripada MAIWP untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuni pusat berkenaan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.
โWalaupun sumbangan ini tidak seberapa, kami berharap ia dapat memberikan sedikit kegembiraan dan mengeratkan kasih sayang antara kami dengan penghuni di sini.
โApabila kita melihat keadaan mereka, hati kita tersentuh kerana jasa seorang ibu sangat besar. Tanpa mereka, kita juga tidak akan berada di dunia ini,โ kata Ustaz Jais Mariappan yang juga Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan ketika berucap pada program tersebut.
Beliau berkata, keadaan yang disaksikan sepanjang kunjungan itu sewajarnya menjadi peringatan kepada masyarakat supaya tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, khususnya mereka yang telah lanjut usia.
โMelihat keadaan mereka sedikit sebanyak memberikan semangat kepada kita untuk menjadi anak yang lebih bertanggungjawab serta menghargai ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita.
โJangan fikir anda dipinggirkan. Mungkin ada keluarga yang tidak mampu menjaga, namun di sinilah mereka mendapat ruang untuk hidup bersama, bergembira dan saling memberikan kasih sayang,โ katanya.
Ustaz Jais Mariappan turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan dan petugas pusat berkenaan yang menurutnya memperlihatkan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan penghuni tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.
Beliau berkata, tugas penjagaan warga emas, khususnya mereka yang terlantar atau mempunyai keperluan khas, memerlukan kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi.
โBagaimana seseorang mampu menjaga mereka 24 jam sehari? Sebab itu saya berdoa agar petugas di sini terus diberikan kekuatan.
โJika seseorang terus konsisten dan Allah memberikan hidayah kepadanya untuk ikhlas berkhidmat serta berbakti kepada golongan ibu ini, insya-Allah kebaikan itu akan mendapat kasih sayang Allah,โ katanya.

Sementara itu, ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐ข ๐๐ฅ๐๐ง๐ , ๐๐จ๐๐ง๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐ฒ berkata, pusat berkenaan mengendalikan beberapa ruang kediaman bagi penghuni lelaki dan wanita, selain sebuah bilik untuk kanak-kanak.
Katanya, pusat berkenaan beroperasi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan banyak bergantung kepada sokongan pihak luar bagi menampung kos operasi, termasuk sewa premis, bil air dan elektrik serta keperluan penjagaan penghuni.
โKos operasi semakin meningkat. Ada kalanya bayaran daripada penghuni tidak mencukupi untuk menampung bil air dan elektrik, terutama kerana kami mempunyai beberapa lokasi.
โDengan izin Tuhan, pihak luar akan tampil memberikan sumbangan dan bantuan. Sokongan inilah yang membantu kami meneruskan operasi,โ katanya.
Menurut beliau, pusat berkenaan turut menerima penghuni yang mempunyai pelbagai latar belakang serta keperluan, termasuk mereka yang datang daripada situasi sukar dan tidak mempunyai tempat tinggal yang sesuai.
Katanya, kapasiti pusat berkenaan boleh mencecah 24 penghuni, manakala kadar bayaran pula bergantung kepada keadaan dan keperluan penjagaan seseorang penghuni.
Bagi penghuni yang terlantar, katanya, kos penjagaan adalah lebih tinggi berikutan keperluan menyediakan katil hospital, lampin pakai buang dan keperluan penjagaan khusus.
โKalau mereka terlantar, kami perlu menyediakan lebih banyak keperluan. Ada yang tidak mampu membayar, jadi kami cuba menyesuaikan kadar mengikut kemampuan mereka,โ katanya.
Joanna berkata, pusat itu turut berdepan cabaran kekurangan tenaga kerja kerana penjagaan penghuni memerlukan perhatian sepanjang masa.
โKadang-kadang seorang petugas perlu menjaga sehingga 20 orang selama 24 jam. Sebab itu kesabaran sangat penting.
โSaya belajar cara mereka bergerak, cara mereka berdepan dengan kehidupan dan gaya hidup mereka. Lama-kelamaan kita menjadi selesa bersama mereka,โ katanya.
Lebih menyentuh hati, Joanna turut berkongsi pengalaman hidupnya yang pernah melalui zaman kanak-kanak di rumah kebajikan selepas kehilangan ibunya akibat penyakit ketika berusia 14 tahun.
Katanya, pengalaman tersebut menjadi antara faktor yang mendorong dirinya memilih untuk terus berkhidmat menjaga golongan yang memerlukan.
โSaya percaya ada sebab Tuhan membawa saya ke sini. Kita tidak pernah tahu mengapa seseorang itu ditempatkan dalam sesuatu keadaan.
โPada mulanya saya datang sebagai sukarelawan. Apabila melihat sendiri cara pengurusan dan penjagaan penghuni, saya mencabar diri untuk melakukan apa yang dilakukan oleh pengasas pusat ini,โ katanya.
Menurutnya, pengalaman berkhidmat bersama penghuni turut mengajarnya supaya membina keupayaan mereka untuk berdikari mengikut kemampuan masing-masing.
โSaya mahu mereka melihat tempat ini sebagai rumah mereka sendiri. Kalau mereka boleh berdikari, mereka boleh menjaga kebersihan dan membantu menguruskan rumah ketika saya tiada.
โSaya hanya menyelaras. Mereka sendiri tahu bagaimana untuk menjalankan kehidupan di sini,โ katanya.
Dalam pada itu, Joanna menegaskan pusat berkenaan tidak memilih penghuni berdasarkan agama atau kaum kerana prinsip utama mereka adalah membantu manusia yang memerlukan tempat perlindungan dan penjagaan.
โKami tidak melihat agama apabila membantu seseorang. Kami membantu semua orang.
โKalau ada saudara baharu atau sesiapa yang memerlukan tempat tinggal sementara, kita boleh berbincang. Selagi mereka mampu memberikan sedikit bayaran mengikut kemampuan, ia dapat membantu kami menampung perbelanjaan,โ katanya.
Beliau berkata, sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi memastikan operasi pusat kebajikan itu dapat diteruskan, khususnya ketika kos barangan keperluan asas dan utiliti semakin meningkat.
Pada program berkenaan, Pengarah Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad turut menyampaikan 25 pek sumbangan makanan daripada MAIWP kepada pihak pusat berkenaan.
Sumbangan tersebut mengandungi keperluan seperti oat, susu omega, biskut dan tuala untuk kegunaan penghuni, termasuk mereka yang terlantar.
Sesi penyampaian sumbangan itu turut disulami dengan sesi ramah mesra apabila rombongan PERKIM bertanya khabar, berbual serta meluangkan masa bersama penghuni sebagai tanda kasih dan keprihatinan.
Kunjungan berkenaan sekali gus mencerminkan komitmen PERKIM untuk memperluas agenda dakwah melalui pendekatan kebajikan, kemanusiaan dan penyantunan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama serta kaum.
Turut hadir, ๐ช๐ง๐ช๐จ ๐จ๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ, ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐๐ฏ๐๐ฉ ๐๐ค๐จ๐ก๐, ๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ช๐ก๐๐๐ข๐๐ฃ ๐ฟ๐๐ฃ๐ ๐๐ช ๐๐๐ค๐ฃ๐, ๐๐๐จ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐จ๐๐๐ข, ๐ผ๐ฏ๐ช๐ง๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ข๐๐ฃ, ๐๐ค๐ง๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ช๐ง๐๐ฉ๐ข๐๐ฃ, ๐๐ค๐๐๐๐ฏ๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ, ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ผ๐ ๐ข๐๐ก ๐ผ๐ ๐จ๐๐, ๐๐ช’๐๐ก๐๐จ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐ฃ๐ช๐๐ง, ๐๐จ๐ ๐๐ฉ๐๐ข๐๐ฃ dan ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐๐ฏ ๐๐๐จ๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ค๐ ๐ข๐๐ฃ.
๐๐๐๐๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐๐ค๐ง pula diwakili ๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ฏ๐๐ข ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐๐ข, ๐๐๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐๐ ๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ข๐๐ฃ dan ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ฏ๐๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก๐ก๐๐.
Program tersebut membuktikan bahawa kebajikan bukan sekadar soal bantuan material, sebaliknya turut menuntut kehadiran, perhatian dan kesediaan untuk mendengar denyut kehidupan golongan yang sering terpinggir.
Bagi PERKIM, sentuhan kecil berupa kunjungan dan sumbangan mampu menjadi jambatan kasih yang menghubungkan masyarakat dengan golongan warga emas, sekali gus menyemarakkan nilai ihsan dan kemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ustaz Jais Mariappan bersama urus setia membawa dan menyusun pek sumbangan makanan untuk penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Destini Klang.

Aidil Aqel (dua dari kanan) menyampaikan kata-kata aluan ketika mengacarakan majlis ziarah kebajikan.

Menurut Joanna (kanan), pusat berkenaan turut menerima penghuni yang mempunyai pelbagai latar belakang serta keperluan, termasuk mereka yang datang daripada situasi sukar dan tidak mempunyai tempat tinggal yang sesuai.

Joanna turut berkongsi pengalaman hidupnya yang pernah melalui zaman kanak-kanak di rumah kebajikan selepas kehilangan ibunya akibat penyakit yang menjadikan pengalaman tersebut antara faktor yang mendorong dirinya memilih untuk terus berkhidmat menjaga golongan yang memerlukan.

Antara penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Destini Klang mendengar ucapan Joanna.

Ustaz Jais Mariappan dalam ucapannya pulaย berkata, kunjungan itu turut membawa amanah daripada MAIWP untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuni pusat berkenaan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.

โApabila kita melihat keadaan mereka, hati kita tersentuh kerana jasa seorang ibu sangat besar. Tanpa mereka, kita juga tidak akan berada di dunia ini,โ kata Ustaz Jais Mariappan.

Dr. Suariza menyerahkan pek sumbangan makanan daripada MAIWP kepada Joanna selaku penyelia pusat berkenaan untuk diagihkan kepada penghuni.

Sumbangan tersebut mengandungi keperluan seperti oat, susu omega, biskut dan tuala untuk kegunaan penghuni.

Penghuni berbangsa India menerima pek makanan daripada Dr. Suariza.

Dr. Suariza menyampaikan pek makanan kepada penghuni pusat berkenaan.

Sentuhan kecil berupa kunjungan dan sumbangan mampu menjadi jambatan kasih yang menghubungkan masyarakat dengan golongan warga emas,

Dr. Suariza dan Rohaiza menyantuni warga emas sambil menyampaikan pek makanan tajaan MAIWP.

Warga emas yang terlantar berterima kasih sambil mencium tangan ketika Dr. Suariza menghulurkan tangannya.

Aidil Aqel berkesempatan menyampaikan pek makanan kepada warga emas bersama Sulaiman Ding.

Dr. Suariza turut menyerahkan pek makanan kepada sukarelawan pusat berkenaan, Valerie Valli yang memantau serta memeriksa tekanan darah penghuni pusat berkenaan.

Urus setia dan sukarelawan PERKIM berkesempatan merakamkan gambar bersama penghuni-penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Destini Klang.

Urus setia dan sukarelawan PERKIM bergambar kenang-kenangan di hadapan premis Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Destini Klang.



