Aktiviti Wanita PERKIM

Lebih 166 Perwakilan, Pemerhati Seluruh Malaysia Hadir Sesi Pendaftaran Mesyurat Agung Tahunan Wanita PERKIM Ke-46

𝗔𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚, 𝟮𝟰 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Sesi pendaftaran Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 yang berlangsung di Hotel De Palma, hari ini berjalan lancar dengan lebih 166 mendaftar kehadiran terdiri daripada ahli majlis, perwakilan dan pemerhati Wanita PERKIM dari seluruh negara.

Bermula petang tadi, para delegasi Wanita PERKIM mendaftar diri di aras satu hotel tersebut, disambut mesra oleh urus setia Wanita PERKIM Kebangsaan.

Proses pendaftaran dilaksanakan secara sistematik dan tandatangan kehadiran setiap peserta, selaras dengan usaha memperkasakan pengurusan dalam organisasi.

Setiap perwakilan dan pemerhati turut menerima beg cenderahati Wanita PERKIM Bahagian Negeri yang mengandungi buku atur cara rasmi, kertas pencalonan, tag perwakilan serta perencah makanan tajaan Faiza dan Sudee.

Delegasi juga dihidangkan dengan jamuan petang istimewa sebagai menyambut ketibaan dan mempererat ukhuwah antara ahli dari pelbagai negeri.

Turut terlibat dalam sesi pendaftaran ialah Bendahari Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf dan Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Datin Hajah Mawanchik Che Jais.

Sesi pendaftaran ini menjadi pembuka tirai kepada pelaksanaan Mesyuarat Agung Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 yang dijangka membincangkan pelbagai agenda penting dalam memperkasa peranan wanita Islam di Malaysia.

Mesyuarat tersebut dijadualkan berlangsung bermula 24 hingga 26 April 2026 dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh, lawatan ke Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam, lawatan ke Jakel Mall, Majlis Santapan Malam dan diakhiri dengan persidangan mesyuarat agung.

Turut hadir ialah urus setia Wanita PERKIM Kebangsaan iaitu Fatin Hamizah Ismail, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah, Mohd Aizat Rosli, Nur Syahirah Musa, Norlailialpin Suratman, Umi Musfirah Abdul Ghani, Siti Masliana Mohd Ariffin, Muhamad Fardly Johan, Ummul Murshidah Md Shuqi dan Nur Izzah.

 


Perwakilan memeriksa nama di kaunter pendaftaran dan menandatangani borang sambil dibantu oleh Dr Nur’azah dan Datin Mawanchik.

 


Delegasi Wanita PERKIM menyemak nama sebelum menandatangani borang pendaftaran sambil dibantu oleh urus setia.

 


Delegasi Wanita PERKIM menerima beg cenderahati dan tag perwakilan daripada urus setia.

 


Baju batik rasmi Wanita PERKIM turut menjadi tarikan dan pilihan delegasi yang berkunjung.

 


Urus setia membantu delegasi Wanita PERKIM menyemak nama pada borang pendaftaran.

 


Suasana sesi pendaftaran Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan ke-46 di Ampang.

 


Fesyen baju Wanita PERKIM yang ditunjuk oleh Ustaz Farhan turut menjadi tarikan delegasi yang melihatnya.

 


Hasaidi Said membantu membungkus baju yang dibeli oleh Wanita PERKIM.

 


Wanita PERKIM turut berkunjung ke gerai PERKIM Terengganu yang menjual keropok dan batik Terengganu.

 


Pengerusi Tetap, Hajah Hasnah Mohamed turut membeli baju batik rasmi Wanita PERKIM.

Related Articles

Back to top button