Aktiviti Dakwah

PERKIM, NGO Islam Berbuka Puasa Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

𝗼𝗹𝗲𝗵: 𝗦𝗥𝗭

𝗕𝗔𝗡𝗚𝗜, 𝟭𝟰 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟱 – “Saya berasa syukur kerana dapat berkumpul dalam majlis iftar dalam keadaan aman dan cukup makanan.”

“Namun, banyak negara Islam lain, umat Islam menghadapi tekanan sehingga sukar mendapatkan makanan dan bekalan asas akibat serangan musuh,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dr Mahathir berkata ketika menyampaikan ucapan khasnya di Majlis Iftar Bersama Yang Dipertua PERKIM anjuran PERKIM Kebangsaan bertempat di Hotel Tenera, dekat sini pada petang Jumaat.

Lebih 230 tetamu menghadiri majlis tersebut terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, PERKIM Bahagian Negeri-negeri, Wanita PERKIM Kebangsaan; TASPUTRA PERKIM; Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF); Belia PERKIM; Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA); Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP); Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN); Petubuhan Penerbit dan Pengedar Dakwah Islamiah Malaysia (PEDIM); Global Unity; Yayasan Mualaf Malaysia; Yayasan Taqwa MAIWP; Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH); Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan lain-lain.

Majlis membuka tirai dengan penyampaian aluanan bacaan al-Quran disampaikan oleh Imam dari Negara Mesir, Al-Qari Amro Gomaa Abdo Sayed Ahmed.

Dr Mahathir dalam ucapannya menegaskan bahawa umat Islam wajib menjaga keselamatan diri, sebagaimana yang dituntut dalam al-Quran.

Namun, kelemahan umat Islam menyebabkan mereka gagal melindungi diri sendiri, sehingga saudara seagama di Gaza dan wilayah lain terus dibunuh dan diseksa.

Di Malaysia, walaupun hidup dalam keadaan aman, masyarakat Islam kurang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan mereka.

Katanya, salah satu bentuk kelalaian adalah kegagalan keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang mampu melindungi kepentingan umat Islam.

Ujar Dr Mahathir lagi, sikap sambil lewa ini boleh mengancam kestabilan negara dan menyebabkan sejarah penjajahan berulang.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan tidak datang dengan sendirinya, tetapi perlu diusahakan, termasuk melalui kesedaran politik dan tindakan yang proaktif.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Islam bukan sekadar mengamalkan fardu ain seperti solat, puasa, dan zakat, tetapi juga memahami serta melaksanakan ajaran al-Quran, termasuk menjaga keselamatan ummah.

Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi jika umat Islam lalai, kemungkinan negara ini akan hilang identitinya. Beliau mengingatkan bahawa sejarah penjajahan dahulu membuktikan bahawa kehilangan kuasa boleh berlaku jika umat Islam tidak bertindak.

Oleh itu, dalam menikmati nikmat keamanan, umat Islam perlu bersyukur dan berusaha mengekalkannya. Doa dan ibadah semata-mata tidak mencukupi tanpa usaha yang nyata.

Di akhir ucapan, Tun Yang Dipertua PERKIM turut mengucapkan selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Turut diadakan penyampaian plak Penghargaan Khas PERKIM Kebangsaan disampaikan oleh Dr Mahathir kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mejar (Kehormat) Mohd Fauzi Abidin.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata bahawa perjumpaan hari ini merupakan majlis iftar khas kerana dihadiri oleh rakan strategik yang banyak membantu PERKIM, termasuk individu dan organisasi Islam serta bukan Islam.


Ucap Dr Yusof Noor, kehadiran tetamu bukan Islam dalam majlis ini bukan perkara baharu, tetapi ia terhenti seketika disebabkan keadaan tertentu.

Katanya, kini PERKIM meneruskan misinya untuk menyebarkan kefahaman Islam kepada semua pihak.

Beliau berkata, majlis ini turut memberi penghargaan khas kepada MAIWP yang telah menyumbang besar kepada PERKIM, termasuk melalui penyewaan bangunan yang memberikan banyak manfaat.

Selain itu, majlis ini menjadi peluang bagi rakan strategik, termasuk badan dakwah dan persatuan, untuk mendengar amanat khas daripada Tun.

Ujar Dr Yusof Noor lagi, majlis ini istimewa kerana ia menghimpunkan pelbagai pihak yang bekerjasama dalam usaha dakwah PERKIM dan memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan mesej secara langsung daripada Tun Yang Dipertua.

Majlis diserikan lagi dengan acara memotong pulut kuning oleh Dr Mahathir bersama isterinya, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersempena menyambut Ramadan diiringi Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM.

Majlis berakhir dengan jamuan berbuka puasa dan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, YBhg Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan YBhg Prof Dr Ramle Abdullah.


Ketibaan Tun Yang Dipertua PERKIM disambut oleh Dr Yusof Noor dan Ahli Majlis Kebangsaan.


Turut hadir, Isteri Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Hasmah Mohd Ali ke majlis iftar anjuran PERKIM.

Dr Mahathir diiringi Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM berjalan menuju ke dewan majlis.


Dr Mahathir bersama Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM di majlis iftar.


Ketibaan Dr Hasmah disambut Wanita PERKIM dan isteri-isteri Naib Yang Dipertua.


Abdul Qawi Navine selaku pengacara majlis membuka tirai dengan beberapa rangkap pantun.


Al-Qari Amro Gomaa Abdo Sayed Ahmed, Imam dari Negara Mesir mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di pembukaan majlis iftar.


Antara tetamu yang hadir, Setiausaha PERKIM Bahagian Negeri-negeri dan NGO Islam.


Dr Yusof Noor menyampaikan ucapan aluannya di majlis tersebut.


Dr Mahathir dalam ucapannya rasa bersyukur kerana dapat berkumpul dalam keadaan aman dan cukup makanan.


Dr Mahathir menegaskan bahawa umat Islam wajib menjaga keselamatan diri, sebagaimana yang dituntut dalam al-Quran.


Dr Mahathir mengingatkan bahawa sejarah penjajahan dahulu membuktikan bahawa kehilangan kuasa boleh berlaku jika umat Islam tidak bertindak.


Tun Yang Dipertua menegaskan bahawa Islam bukan sekadar mengamalkan fardu ain tetapi juga melaksanakan ajaran al-Quran termasuk menjaga keselamatan ummah.


Dr Mahathir menyampaikan plak Penghargaan Khas PERKIM Kebangsaan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mejar (Kehormat) Mohd Fauzi Abidin sambil diiringi Dr Yusof Noor.


Dr Mahathir dan isteri, Dr Hasmah berkesempatan memotong pulut kuning sambil diraikan oleh Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM.


Tetamu mengambil juadah yang disediakan.

Tetamu kehormat PERKIM menadah tangan ketika doa berbuka puasa dibaca.

Dr Hasmah bersama Ahli Majlis Kebangsaan dan isteri Naib-Naib Yang Dipertua mengaminkan doa yang dibaca.

Amro Gomaa Abdo Sayed Ahmed melaungkan azan fardu Maghrib tanda waktu berbuka puasa.

Tetamu menikmati hidangan makanan iftar yang disediakan.

Tetamu kehormat bersama-sama menjamu selera juadah iftar.

Pelbagai juadah makanan yang dinikmati oleh tetamu yang hadir.

Ahli Majlis Kebangsaan bersama Tun Yang Dipertua menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah.

Pelajar Asrama Darul Falah (ASDAF) PERKIM berkesempatan bergambar bersama Tun Yang Dipertua.

Sebahagian pegawai dan kakitangan PERKIM mengambil peluang bergambar bersama Dr Mahathir.

Warga PERKIM menemani Dr Mahathir dan Dr Hasmah ketika kepulangan mereka.

Antara momen yang tidak dilupakan ketika Dr Hasmah melambai-lambaikan patung anak rusa kepada warga PERKIM sebelum meninggalkan majlis.

Warga PERKIM Bahagian Negeri Sembilan turut merakamkan gambar bersama-sama di akhir majlis.

Related Articles

Back to top button