Majlis Mahabbah PERKIM Kelantan Bersama Setiausaha Agung Kehormat PERKIM
KOTA BHARU 10 NOVEMBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kelantan mengadakan Majlis Mahabbah dan Hi Tea Bersama Setiausaha Agung Kehormat PERKIM bertempat di Dewan Tok Guru, PERKIM Kelantan, dekat sini.
Majlis tersebut dihadiri seramai 40 orang terdiri daripada kakitangan PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, kakitangan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pembantu Guru Al-Quran dan Pelajar PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.
Penolong Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, YBhg Tuan Haji Mohd Nasir Che Ali menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.
Tuan Haji Nasir dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran rombongan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor ke PERKIM Kelantan.
Beliau turut menjelaskan masalah yang dihadapi oleh mualaf iaitu tiada tempat tinggal apabila berlakunya kematian atau bercerai dengan suami, permohonan MyKad tidak diluluskan dan sebagainya.
Katanya, PERKIM Kelantan dan PERKIM Kebangsaan akan bekerjasama memikul tanggungjawab yang dihadapi oleh mualaf bagi meringankan beban mereka.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Dr Yusof Noor dalam ucapannya berkata, pada musim cuaca yang tidak menentu, PERKIM Bahagian dan cawangan-cawangan hendaklah melibatkan diri di dalam kerja-kerja kebajikan khususnya membantu mangsa- mangsa banjir.
Jelasnya, PERKIM Kebangsaan akan mencetak baju atau rompi Sukarelawan PERKIM untuk diberikan pada setiap PERKIM Bahagian.
Dr Yusof Noor berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada empat mualaf selaku pembantu Guru Al-Quran Kelas PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.
Selain itu, beliau turut memberi sumbangan kepada dua ahli keluarga mualaf yang telah meninggal dunia.
Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada YBhg Tan Sri Dr Yusof Noor.
Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan merangkap Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, YBhg Prof Dr Ramle Abdullah; Setiausaha Kerja Bahagian dan Cawangan PERKIM Kebangsaan, Encik Zulkefli Arifin; Pengarah Unit Pembangunan Dan Aset PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, YBhg Tuan Haji Mohd Nazir Che Ibrahim; Pengetua IDIP, Che Ahmed Che Mahmood.
Tan Sri SUA PERKIM bertemu dengan Pembantu Guru Al-Quran PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.
Haji Nasir menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.
Dr Yusof Noor meminta setiap Bahagian dan cawangan bersedia membantu mangsa banjir.
Dr Yusof Noor menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga mualaf yang meninggal dunia.
Antara yang hadir di majlis tersebut.
Dr Yusof Noor bertemu dengan ahli-ahli jawatankuasa cawangan.