Agihan Dapur Asnaf PERKIM Terengganu
oleh: MUHAMMAD AMER IMRAN
KUALA TERENGGANU, 13 NOVEMBER 2022 – Bagi meringankan beban dan berkongsi rezeki bersama, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu mengambil inisiatif mengedarkan set makanan siap bermasak kepada asnaf di sekitar Kuala Terengganu.
Sebanyak 15 buah rumah dikunjungi dan diagihkan set makanan kepada mualaf, ibu tunggal, fakir miskin, dan juga warga emas.
Urus setia PERKIM Terengganu bergotong-royong membuat persiapan dengan memasak nasi, sup daging dan sayur goreng serta membungkus sebanyak 15 set.
Mereka kemudiannya mengagihkan dari rumah ke rumah bermula di sekitar Serada, Hiliran, Kampung Cina, Flat Seri Kolam, Jalan Pusara, Panji Alam, Bukit Bayas, Kuala Ibai serta Padang Midin.
Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, YBhg Tuan Haji Subri Jaafar mengetuai agihan set makanan kepada asnaf.
Turut serta ialah kakitangan PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah, Aishah Abd Wahab dan Nurfadhilah Alias.
Semoga dengan agihan ini, dapat meringankan beban hidup asnaf dan mengurangkan perbelanjaan harian mereka. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati usaha kita.
Kepada yang berminat untuk berinfaq bagi membantu golongan asnaf, pihak PERKIM amat alukan. Sila hubungi kami di talian: http://www.wasap.my/601129251923/berinfaqbersamaPerkimTrg
Sup daging yang telah dimasak.
Urus setia PERKIM Terengganu membungkus makanan yang telah dimasak sebelum diagihkan.
Nurfadhilah Alias menyampaikan set makanan kepada asnaf.
Rosnaliza menyampaikan set makanan kepada asnaf.
Haji Subri berkesempatan menyampaikan set makanan kepada asnaf.
Saudari kita menerima set makanan daripada kakitangan PERKIM Terengganu.
Rosnaliza mengagihkan set makanan kepada saudari kita.
Pengawal keselamatan MAIDAM turut menerima set bungkusan makanan daripada staf PERKIM Terengganu.
Haji Subri menyampaikan set agihan dapur kepada asnaf.
Peniaga runcit tidak melepaskan peluang menerima set agihan dapur daripada staf PERKIM Terengganu.
Haji Subri menyampaikan bungkusan set makanan seperti nasi putih, sup daging dan sayur goreng kepada asnaf.
Rosnaliza menyerahkan set makanan kepada asnaf.
Peniaga buah turut menerima set agihan dapur PERKIM Terengganu.