Program Mahabbah Perkukuh Perpaduan Komuniti Masyarakat Majmuk India Kampung Sungai Puntar
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜, 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmonian antara kaum terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk India Kampung Sungai Puntar, Bedong yang menghimpunkan lebih 120 penduduk setempat dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Program anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu dilaksanakan dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kedah, PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda serta Persatuan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah) Kedah.

Menurut 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗮𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗽𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, program yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk gotong-royong, ziarah kebajikan dari rumah ke rumah, sukaneka, dialog harmoni, penyampaian sumbangan serta majlis ramah mesra bersama penduduk kampung.
Jelasnya, ia membuktikan bahawa pendekatan dakwah berteraskan kebajikan, kemanusiaan dan kasih sayang mampu menjadi medium berkesan dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum sekali gus memperkukuhkan keharmonian serta perpaduan negara.

Antara pengisian utama ialah Dialog Harmoni yang disampaikan oleh 𝗣𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗔𝗹-𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱. 𝗡𝗮𝗶𝗺 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 yang berjaya menarik perhatian para peserta melalui perkongsian menyentuh aspek sejarah, kemanusiaan, pendidikan dan pembentukan jati diri masyarakat.
Dalam ceramahnya, beliau mengimbau keadaan masyarakat Arab pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam yang menyaksikan berlakunya pelbagai bentuk penindasan termasuk amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup akibat kejahilan dan salah faham terhadap nilai kemanusiaan.
Ustaz Naim Islam turut berkongsi kisah menyentuh hati mengenai seorang bayi yang terselamat daripada cubaan dibunuh sebelum dibesarkan oleh individu lain sehingga berjaya menjadi seorang doktor.
Lebih mengharukan apabila individu tersebut akhirnya mengetahui bahawa orang yang pernah cuba meragut nyawanya merupakan bapa kandungnya sendiri.
Menurut beliau, kisah tersebut membuktikan setiap manusia mempunyai nilai dan potensi yang besar di sisi Allah SWT tanpa mengira latar belakang serta keadaan kelahirannya.
Ustaz Naim Islam kemudiannya berkongsi latar belakang kehidupannya sebagai anak estet yang dibesarkan di kawasan ladang getah serta berasal daripada keluarga berketurunan India yang mempunyai susur galur masyarakat Tamil dan Telugu.
Beliau menceritakan bagaimana kehidupan sederhana di estet telah membentuk nilai ketabahan, semangat kekeluargaan dan kecintaan terhadap ilmu dalam dirinya.
Katanya, ibu bapa generasi terdahulu sentiasa menanam harapan agar anak-anak memperoleh pendidikan tinggi bagi mengubah taraf hidup keluarga dan tidak terus bergantung kepada pekerjaan buruh ladang.
“Pendidikan merupakan kunci utama yang membuka peluang kepada generasi muda untuk membina kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Beliau turut mengajak para peserta berkongsi kenangan membesar di kawasan estet sebelum sesi soal jawab dan kuiz interaktif yang dimoderatorkan oleh Bendahari Al-Hidayah Kedah, Ustazah Nurasiqin Abdullah.
Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat menerima saguhati yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Al-Hidayah Pusat, Ustaz Haji Muhammad Rafee Rahman.
Majlis penutup program pula diacarakan oleh urus setia PERKIM Kebangsaan, Fatin Akmal Aksah, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku yang dipimpin oleh kanak-kanak kampung sebelum diteruskan dengan bacaan ikrar anak-anak Kampung Sungai Puntar.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱. 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 dalam ucapan perasmiannya berkata program berkenaan merupakan manifestasi pendekatan dakwah bil hikmah yang sentiasa dibawa oleh PERKIM dalam mendekati masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang.
Menurut beliau, Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat secara berhemah, penuh hormat dan berakhlak mulia.
“Program Mahabbah ini bukan sekadar medan pertemuan dan ramah mesra, sebaliknya menjadi jambatan persefahaman yang mengeratkan hubungan sesama manusia serta menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat hidup bermasyarakat,” katanya.
Dato’ Abd. Rahman turut menzahirkan kegembiraan terhadap penyertaan aktif komuniti India yang disifatkan sebagai bukti bahawa nilai perpaduan dan persaudaraan masih kukuh dalam kalangan rakyat negara ini.

Sementara itu, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗗𝗿. 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮 @ 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 yang mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM merakamkan penghargaan kepada seluruh penduduk Kampung Sungai Puntar atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Beliau menjelaskan bahawa konsep mahabbah yang dibawa oleh PERKIM menekankan nilai kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati antara semua kaum sebagai asas pembinaan sebuah negara yang aman dan bersatu padu.

Dalam pada itu, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 (𝗝𝗞𝗞𝗞) 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝘂𝗻𝘁𝗮𝗿, 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗹 menyifatkan program berkenaan sebagai platform terbaik dalam memperkukuhkan hubungan kejiranan dan semangat kebersamaan masyarakat.
Menurut beliau, aktiviti seperti gotong-royong, sukaneka serta ziarah kebajikan yang disertai pelbagai lapisan masyarakat telah berjaya mewujudkan suasana muhibah dan mempereratkan hubungan antara penduduk.
Pada penghujung majlis, Dr. Suariza menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Mohan Raja, Ustaz Naim Islam, Pengerusi PIBG SJK (T) Ladang Sungai Puntar, Sugumaran Samy serta Ketua Kampung Ladang Sungai Puntar, Anbalagan Virasamy sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan.
Datuk Abd. Rahman pula menyampaikan hamper kepada para pemenang pertandingan sukaneka yang melibatkan pelbagai acara tradisional dan santai seperti makan epal tanpa menggunakan tangan, ikat bunga melur, rebut kerusi, boling kelapa, mencari gula-gula dalam tepung, dekorasi kolam serta pukul belanga.
Sebagai simbol penghormatan dan penghargaan kepada tetamu, penduduk kampung turut mengalungkan bunga malai kepada Dr. Suariza, Dato’ Abd. Rahman dan Ustaz Naim Islam sebelum majlis diakhiri dengan sesi fotografi serta jamuan makan tengah hari yang menyajikan nasi biryani, ayam kari, kari kambing, kubis goreng dan dadih.
Program tersebut turut disertai oleh 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗔𝘇𝘂𝗿𝗮 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻; 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝟭, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗺𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗯𝗮𝗿𝗮𝘀𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵; 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝟮, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗟𝗮𝗱𝗱𝗮 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dan 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗱𝗹𝘆 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻.
Hadir sama 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, 𝗛𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗔𝘇𝗺𝗶; 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗔𝘇𝗿𝗮𝗺 𝗔𝗯𝘂 𝗭𝗮𝗿𝗶𝗺; 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗼𝗵𝗱. 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵; 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗠𝘂𝗱𝗮, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗜𝗺𝗿𝗼𝗻 𝗞𝗼𝗰𝗵𝗲𝗺 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱; 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗝𝘂𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶, barisan Ahli Jawatankuasa serta pelajar latihan industri cawangan berkenaan.

Penduduk Kampung Sungai Puntar mengisi borang dalam sesi pendaftaran.

Ustaz Naim Islam berkongsi latar belakang kehidupannya sebagai anak estet yang dibesarkan di kawasan ladang getah serta berasal daripada keluarga berketurunan India yang mempunyai susur galur masyarakat Tamil dan Telugu.

Lebih 100 orang penduduk kampung hadir mendengar dialog harmoni yang disampaikan oleh Ustaz Naim Islam.

Ustaz Naim Islam berjaya menarik perhatian kanak-kanak kampung melalui perkongsian cita-cita.

Penduduk kampung khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

“Pendidikan merupakan kunci utama yang membuka peluang kepada generasi muda untuk membina kehidupan yang lebih baik,” jelas Ustaz Naim Islam.

Ustaz Naim Islam menceritakan bagaimana kehidupan sederhana di estet telah membentuk nilai ketabahan, semangat kekeluargaan dan kecintaan terhadap ilmu dalam dirinya.

Sesi soal jawab dan kuiz interaktif dimoderatorkan oleh Bendahari Al-Hidayah Kedah, Ustazah Nurasiqin Abdullah.

Peserta mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Salah seorang penduduk kampung menjawab soalan dalam sesi kuiz interaktif.

Ustaz Naim Islam menghulurkan mikrofon kepada salah seorang penduduk kampung untuk mendengar jawapan.

Fatin Akmal selaku pengacara majlis mengacarakan majlis perasmian penutup.

Tetamu kehormat di Majlis Perasmian Penutup Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk India Kampung Sungai Puntar.

Kanak-kanak Kampung Sungai Puntar mempersembahkan bacaan ikrar kepada hadirin.

Mohan Raja menyifatkan program tersebut sebagai platform terbaik dalam memperkukuhkan hubungan kejiranan dan semangat kebersamaan masyarakat.

Dr. Suariza menjelaskan bahawa konsep mahabbah yang dibawa oleh PERKIM menekankan nilai kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati antara semua kaum.

“Program Mahabbah ini bukan sekadar medan pertemuan dan ramah mesra, sebaliknya menjadi jambatan persefahaman yang mengeratkan hubungan sesama manusia,” kata Dato’ Haji Abd. Rahman dalam ucapan perasmiannya.

Dr. Suariza menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Mohan Raja.

Pengerusi PIBG SJK (T) Ladang Sungai Puntar, Sugumaran Samy menerima plak cenderamata PERKIM daripada Dr. Suariza.

Dr. Suariza menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Ketua Kampung Ladang Sungai Puntar, Anbalagan Virasamy sebagai tanda penghargaan.

Dato’ Abd. Rahman menyampaikan hamper kepada pemenang sukaneka acara ‘makan epal tanpa guna tangan’.

Pemenang acara ‘ikat bunga melur’ menerima hadiah hamper daripada Dato’ Abd. Rahman.

Remaja kampung menerima hadiah hamper kerana memenangi acara ‘rebut kerusi’.

Kaum wanita yang memenangi acara ‘rebut kerusi’.

Juara boling kelapa menerima hadiah hamper daripada Dato’ Pengerusi PERKIM Kedah.

Kanak-kanak yang memenangi acara ‘cari gula-gula dalam tepung’.

Kanak-kanak menerima hadiah daripada Dato’ Abd. Rahman kerana memenangi acara ‘belon beracun’.

Kumpulan wanita yang menjuarai acara ‘dekorasi kolam’.

Atas penghargaan, penduduk kampung mengalungkan sari dan bunga malai kepada Dr. Suariza.

Mohan Raja menyarungkan kalungan bunga malai kepada Dato’ Abd. Rahman sebagai simbol penghormatan.

Ustaz Naim Islam disarungkan sari dan kalung bunga malai oleh Mohan Raja sebagai penghargaan.

Tetamu kehormat bersama penduduk kampung bergambar kenang-kenangan bersama-sama di akhir program.

Penduduk kampung menikmati juadah makan tengah hari yang disediakan.

Penduduk kampung menikmati makanan nasi beriyani, kari ayam dan kari kambing yang disediakan.

Ustaz Naim Islam, Ustaz Amran, Ustaz Imron Kochem, Ustaz Jais Mariappan menikmati makanan nasi beriyani bersama-sama Mohan Raja, Anbalagan bersama penduduk kampung.



