Mesyuarat Agung PERKIM Kebangsaan

Premier Sarawak Tekad PERKIM Terus Diperkasa, Dakwah Inklusif dan Kebajikan Mualaf Jadi Keutamaan

๐’๐’๐’†๐’‰: ๐‘ด๐‘ถ๐‘ฏ๐‘ซ. ๐‘บ๐’€๐‘จ๐‘ฏ๐‘น๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘น๐‘ถ๐‘บ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ ๐’๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ซ๐‘ฐ

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— ), ๐—ฌ๐—”๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ (๐——๐—ฟ.) ๐—”๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ญ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—”๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด, menegaskan komitmen untuk terus memperkasa peranan PERKIM sebagai wadah dakwah, kebajikan dan pembangunan ummah yang inklusif, dinamik serta relevan dengan tuntutan semasa.


Beliau berkata, transformasi pendekatan dakwah, pemerkasaan kebajikan saudara baharu atau mualaf serta penglibatan generasi muda perlu diberikan perhatian berterusan bagi memastikan PERKIM kekal berdaya saing dalam mendepani cabaran era digitalisasi dan ekonomi baharu.

Menurutnya, pengalaman selama 65 tahun membuktikan PERKIM berperanan penting dalam menyantuni kebajikan saudara baharu, memperluas syiar Islam dan membina hubungan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

โ€œDalam mendepani era digitalisasi dan ekonomi baharu, agenda kebajikan dan dakwah PERKIM juga harus melalui fasa transformasi. Kita perlu menyantuni masyarakat, terutamanya golongan mualaf dan belia, dengan strategi yang lebih moden, pintar dan relevan dengan acuan semasa tanpa sesekali mengetepikan prinsip asas Islam,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERKIM Kebangsaan Kali Ke-65 di Hotel Pullman Kuching, Sarawak, malam ini.

Majlis yang berlangsung pada pukul 8 malam itu menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi PERKIM, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara serta wakil kerajaan, pertubuhan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam suasana penuh ukhuwah dan mahabbah.

Abang Johari berkata, semangat keharmonian dan keterangkuman yang menjadi antara kekuatan Sarawak perlu terus disemarakkan dalam PERKIM bagi membina sebuah organisasi yang bukan sahaja memperjuangkan kebajikan ummah, malah menjadi jambatan kasih sayang yang menghubungkan masyarakat berbilang kaum dan latar belakang.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh kepimpinan, ahli, sukarelawan dan perwakilan supaya terus memperkukuh kesatuan serta memperbaharui iltizam dalam memastikan agenda dakwah dan kebajikan organisasi dilaksanakan secara berkesan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang selama ini menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan kelangsungan gerak kerja PERKIM di peringkat kebangsaan dan negeri.

Dalam ucapan sama, Abang Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada Penasihat Khas PERKIM, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada keluarga dan negara, khususnya atas sumbangan beliau dalam bidang perubatan, kebajikan sosial serta peranannya sebagai tokoh wanita yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

Beliau turut mengajak seluruh keluarga besar PERKIM mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Pada majlis sama, Abang Johari turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada urus setia PERKIM Kebangsaan serta seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa.

Menurutnya, penganjuran konvensyen itu memperlihatkan usaha PERKIM mengintegrasikan instrumen ekonomi Islam dengan gerakan dakwah kontemporari, sekali gus membuka ruang untuk memperkukuh kelestarian kewangan dan pembangunan ummah.

Beliau menegaskan bahawa wakaf bukan sekadar instrumen ibadah, malah berpotensi menjadi pemacu pembangunan dan kelestarian institusi Islam sekiranya diuruskan secara strategik, telus dan berkesan.

Abang Johari turut berharap Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-65 menjadi medan terbaik untuk menilai pencapaian, memperbaiki kelemahan serta merangka hala tuju baharu bagi membawa organisasi itu ke tahap lebih cemerlang.

Sebelum itu, majlis makan malam itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan PERKIM Pacu Kemajuan sebelum diteruskan dengan bacaan doa oleh Sahibus Fadilah Datoโ€™ Haji Mustapha Kamal Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Sarawak.

Majlis makan malam itu menjadi pembuka tirai kepada perhimpunan tahunan yang menghimpunkan kepimpinan dan perwakilan PERKIM bagi memperkukuh kesatuan organisasi, menyemarakkan agenda dakwah serta memperteguh komitmen terhadap kebajikan ummah.


Sementara itu, ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—”๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‡๐˜‚๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ข๐—บ๐—ฎ๐—ฟ, berkata mesyuarat agung tahunan bukan sekadar memenuhi keperluan perlembagaan pertubuhan, sebaliknya menjadi platform penting untuk menilai keberkesanan gerak kerja serta merangka strategi masa depan.

Beliau berkata, sepanjang lebih enam dekad penubuhannya, PERKIM terus memainkan peranan sebagai wadah dakwah, kebajikan dan pendidikan, khususnya dalam menyantuni serta memperkasa kebajikan saudara baharu.

Katanya, pelbagai usaha penstrukturan dan penyelarasan di peringkat nasional, termasuk pelaksanaan program Town Hall PERKIM serta siri program dakwah, membantu memperkukuh komunikasi dua hala antara kepimpinan pusat dengan kepimpinan negeri.

โ€œMesyuarat Agung Tahunan ini bukan sekadar memenuhi syarat perlembagaan perundangan pertubuhan, sebaliknya ia merupakan ruang muhasabah terbaik untuk kita menilai pencapaian, meneliti kekurangan dan merencana strategi masa hadapan,โ€ katanya ketika menyampaikan ucapan aluan.

Beliau turut menekankan kepentingan memperluas penggunaan media sosial sebagai medium dakwah, selain memperkukuh kerjasama dengan sektor korporat bagi menyokong pembiayaan program kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Menurutnya, tanggungjawab membimbing mualaf, memperkasa masyarakat Orang Asli serta mendekati pelbagai lapisan etnik menuntut PERKIM untuk terus bergerak secara strategik, inklusif dan responsif terhadap perubahan semasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa kerja, kakitangan ibu pejabat PERKIM dan semua pihak yang menjayakan persiapan AGM Kebangsaan Kali Ke-65.

Majlis turut menyaksikan ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ, ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—›. ๐—ง๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ-๐—”๐—น๐˜€๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ, menyampaikan cenderamata khas berupa ukiran kayu Surah al-Fatihah kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan.

Kemuncak acara turut diserikan dengan persembahan beberapa lagu rakyat Sarawak oleh penyanyi lagenda Bintang RTM 1983, Safar Ghafar, serta persembahan lagu-lagu qasidah oleh Kumpulan Qasidah Sarawak.

Para tetamu turut menikmati jamuan makan malam yang disediakan pihak hotel dalam suasana mesra dan penuh kemesraan, sekali gus mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga besar PERKIM.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YABhg. Toh Puan Datin Patinggi Hajjah Hayati Haji Ahmat dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Datoโ€™ Seri Dr. Shahidan Kassim; Dr. Haji Mohd Ridhuan Tee Abdullah; Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah; Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad serta barisan Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.

Antara yang turut hadir ialah Prof. Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Dr. Ann Wan Seng, Tuan Haji Saiful Bahri Abdullah, Datoโ€™ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Datuk Haji Hasbullah L. Isa, Dr. Nurโ€™azah Datoโ€™ Abdul Manaf, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid, Datin Paduka Hajah Norsiah Haron, Datoโ€™ Haji Khairi Hasan, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan Haji Turedy Abdullah serta YB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob mewakili Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi PERKIM Bagian Negeri Kelantan.

Majlis turut dihadiri perwakilan dan pemerhati dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak, selain wakil Pejabat Premier Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Harakah Islamiah (HIKMAH), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), agensi kerajaan, NGO serta Kelab PERKIM Universiti (KPU).

 


Naib-Naib Yang Dipertua bersama Ahli Majlis Kebangsaan mengiringi Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM ke majlis makan malam.

 


Para perwakilan, pemerhati dan orang ramai memeriksa nama di meja pendaftaran.

 


Naib-Naib Yang Dipertua bersama Ahli Majlis Kebangsaan memasuki Dewan Colessium di Pullman.

 


Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari
Tun Datuk Abang Haji Openg berkesempatan bergambar rasmi bersama-sama Naib-Naib Yang Dipertua dan Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.

 


Premier Sarawak bersama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM mengambil gambar rasmi bersama tuan rumah, PERKIM Bahagian Negeri Sarawak.

 


Tetamu kehormat berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan PERKIM Pacu Kemajuan.

 


Para perwakilan dan pemerhati PERKIM seluruh Malaysia hadir di Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-65.

 


Dato Haji Mustapha Kamal, Imam Besar Sarawak memimpin bacaan doa pembuka majlis.

 


“Mesyuarat Agung Tahunan ini bukan sekadar memenuhi syarat perlembagaan perundangan pertubuhan, sebaliknya ia merupakan ruang muhasabah terbaik untuk kita menilai pencapaian,” jelas Dato’ Dr Marzuki dalam ucapan alu-aluannya.

 


Seluruh warga PERKIM menikmati hidangan menu juadah masakan Cina di majlis makan malam tersebut.

 


Tetamu kehormat menikmati hidangan makanan tajaan Premier Sarawak.

 


Abang Johari dalam ucapan perasmiannya, mengalu-alukan perwakilan dan pemerhati PERKIM dari seluruh negara ke negeri Bumi Kenyalang sambil merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Penasihat Khas PERKIM, Tun Dr Mahahtir Mohamad atas pemergian isterinya tercinta.

 


Yang Dipertua PERKIM, Abang Johari berkata, transformasi pendekatan dakwah, pemerkasaan kebajikan saudara baharu atau mualaf serta penglibatan generasi muda perlu diberikan perhatian berterusan bagi memastikan PERKIM kekal berdaya saing dalam mendepani cabaran era digitalisasi dan ekonomi baharu.

 


YB Hanifah Hajar (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata khas berupa ukiran kayu Surah al-Fatihah kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan.

 


Ahli Majlis Kebangsaan bersama Premier Sarawak berkesempatan merakamkan gambar dengan cenderamata eksklusif.

 


Penyanyi lagenda Bintang RTM 1983, Safar Ghafar mempersembahkan beberapa buah lagu rakyat Sarawak kepada hadirin.

 


Kumpulan Qasidah Sarawak menyampaikan beberapa buah lagu qasidah dan selawat sambil hadirin menikmati jamuan makan malam.

 


Ahli Majlis Kebangsaan, perwakilan PERKIM dan wakil Kerajaan Sarawak berkesempatan bergambar bersama SUA PERKIM, Dato’ Dr. Marzuki.

 


Para perwakilan dan pemerhati PERKIM berkesempatan bergambar bersama Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM.

 


Urus Setia PERKIM Kebangsaan tidak ketinggaan mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama bos mereka, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari
Tun Datuk Abang Haji Openg.

 


Premier Sarawak bersama Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM dan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Sarawak beredar meninggalkan majlis.

Related Articles

Back to top button