Premier Sarawak Gariskan Tiga Teras Utama PERKIM, Perkasa Dakwah Digital, Wakaf dan Kebajikan Mualaf
𝙤𝙡𝙚𝙝: 𝙈𝙊𝙃𝘿. 𝙎𝙔𝘼𝙃𝙍𝙄𝙇 𝙍𝙊𝙎𝘿𝙄 𝘼𝙃𝙈𝘼𝘿 𝙕𝘼𝙃𝙐𝘿𝙄
𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚, 𝟮𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Pemerkasaan dakwah digital, kelestarian ekonomi menerusi pembiayaan wakaf kontemporari serta pengukuhan kebajikan saudara baharu menjadi tiga teras utama yang digariskan 𝑷𝒓𝒆𝒎𝒊𝒆𝒓 𝑺𝒂𝒓𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒆𝒓𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒖𝒃𝒖𝒉𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒋𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 (𝑷𝑬𝑹𝑲𝑰𝑴), 𝒀𝑨𝑩 𝑫𝒂𝒕𝒖𝒌 𝑷𝒂𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝑻𝒂𝒏 𝑺𝒓𝒊 (𝑫𝒓.) 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑯𝒂𝒋𝒊 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍 𝑹𝒂𝒉𝒎𝒂𝒏 𝒁𝒐𝒉𝒂𝒓𝒊 𝑻𝒖𝒏 𝑫𝒂𝒕𝒖𝒌 𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑯𝒂𝒋𝒊 𝑶𝒑𝒆𝒏𝒈 bagi memastikan organisasi itu terus relevan dan berdaya maju mendepani cabaran masa hadapan.

Beliau menegaskan, PERKIM perlu melaksanakan transformasi pendekatan dakwah secara lebih strategik, dinamik dan berpaksikan hikmah selaras perkembangan teknologi, perubahan landskap komunikasi serta keperluan masyarakat majmuk di negara ini.
Menurutnya, pengalaman selama 65 tahun dalam bidang dakwah, kebajikan dan pembelaan saudara baharu perlu dijadikan asas kukuh untuk membina masa hadapan organisasi yang lebih mampan, berintegriti dan berimpak tinggi.
“Dakwah hari ini bukan lagi bersifat sehala. Kita berhadapan dengan generasi muda dan masyarakat majmuk yang memerlukan naratif Islam yang syumul, inklusif, toleran dan harmoni,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil. 1/65 di Hotel Pullman Kuching, Sarawak, pagi ini.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi PERKIM, Ahli Majlis Kebangsaan serta pengerusi-pengerusi PERKIM Bahagian Negeri bagi membincangkan hala tuju, pencapaian dan pengurusan organisasi.
Mengulas teras pertama, Abang Johari berkata, perkembangan teknologi disruptif, media sosial dan kecerdasan buatan (AI) menuntut PERKIM memperkukuh keupayaan komunikasi digital bagi menyampaikan kefahaman Islam yang tepat, sahih dan mudah difahami masyarakat.
Katanya, pendekatan dakwah tidak boleh lagi terbatas kepada kaedah konvensional, sebaliknya perlu diperluas menerusi platform digital yang mampu menjangkau khalayak lebih luas, khususnya golongan belia.
Justeru, PERKIM perlu melahirkan pendakwah yang celik teknologi, berupaya berinteraksi secara berkesan dalam persekitaran digital serta menangani salah faham terhadap Islam dengan hujah berfakta, tenang dan berhikmah.
Pendekatan itu penting bagi memastikan mesej Islam yang membawa nilai rahmah, keharmonian dan kesejahteraan dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada masyarakat berbilang kaum dan latar belakang.
Bagi teras kedua, beliau menekankan keperluan memperkukuh kedudukan ekonomi PERKIM melalui model pembiayaan wakaf kontemporari serta pengoptimuman aset sedia ada milik pertubuhan di seluruh negara.
Menurutnya, kelestarian kewangan merupakan antara faktor penting bagi memastikan program dakwah dan kebajikan dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa terlalu bergantung kepada sumber dana yang tidak menentu.
“Pemerkasaan ekonomi yang mandiri akan memberi kekuatan kepada PERKIM untuk melancarkan lebih banyak program impak tinggi tanpa kekangan kewangan,” katanya.
Beliau berkata, potensi wakaf perlu diteroka secara strategik supaya instrumen ekonomi Islam itu bukan sahaja menyokong keperluan semasa, malah mampu menjadi sumber pembiayaan jangka panjang bagi memperluas manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Usaha tersebut juga selari dengan keperluan memperkukuh tadbir urus aset dan sumber kewangan agar pengurusan organisasi dapat dilaksanakan secara lebih mampan, telus dan bertanggungjawab.
Menyentuh teras ketiga, Abang Johari menegaskan bahawa kebajikan saudara baharu perlu terus menjadi keutamaan kerana golongan itu merupakan antara teras utama penubuhan dan perjuangan PERKIM sejak awal.
Katanya, tanggungjawab organisasi tidak seharusnya terhenti selepas seseorang memeluk Islam, sebaliknya perlu diteruskan melalui sistem sokongan menyeluruh yang merangkumi pendidikan rohani, bimbingan emosi dan bantuan sosioekonomi.
Matlamatnya adalah untuk memastikan saudara baharu bukan sahaja memiliki pegangan akidah yang kukuh, malah berupaya membina kehidupan berdikari, mencapai kecemerlangan dan akhirnya menyumbang semula kepada gerakan dakwah.
Pendekatan kebajikan yang menyeluruh itu, katanya, perlu dilaksanakan secara terancang supaya setiap saudara baharu mendapat bimbingan bersesuaian dengan keperluan serta cabaran kehidupan masing-masing.
Dalam pada itu, Abang Johari mengingatkan seluruh kepimpinan PERKIM di peringkat kebangsaan, bahagian dan cawangan supaya memperkukuh kesatuan, memelihara ukhuwah serta mengetepikan perbezaan demi kepentingan organisasi.
Beliau berkata, segala perancangan strategik tidak akan mencapai hasil yang diharapkan sekiranya kesepaduan dalaman tidak dipelihara.
Sehubungan itu, seluruh warga PERKIM diseru memberikan tumpuan kepada gerak kerja dakwah dan pengurusan kebajikan yang mengutamakan ketelusan, akauntabiliti serta integriti, selain menyuburkan budaya kerja berpasukan pada setiap peringkat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa pengelola dan urus setia atas komitmen dalam memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat serta berharap perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat membawa PERKIM ke tahap lebih cemerlang.
Turut hadir ialah 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 (𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺), 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗝𝘂𝗻𝗮𝗶𝗱𝗶; 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗿. 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺; 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵; 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵; 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗮𝗸𝗵𝗮𝗶𝗲 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 serta 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 merangkap 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸, 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗷𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗧𝗮𝗶𝗯.
Hadir sama ialah 𝗔𝗵𝗹𝗶-𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, antaranya 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗥𝗮𝘃𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗗𝗿. 𝗔𝗻𝗻 𝗪𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗴, 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗵𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗥𝗼𝗵𝗮𝗻𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺, 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝗮𝘀𝗯𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗟. 𝗜𝘀𝗮, 𝗗𝗿. 𝗡𝘂𝗿’𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗳, 𝗗𝗿. 𝗔𝗺𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗷𝗶𝗱, 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗿𝘀𝗶𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗼𝗻, 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗛𝗮𝘀𝗮𝗻, 𝗦𝗮𝗵𝗶𝗯𝘂𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗵𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗧𝗮𝘄𝗶𝗹 dan 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗧𝘂𝗿𝗲𝗱𝘆 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.
Sementara itu, 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿, membentangkan minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil. 1/64 yang berlangsung pada 14 Julai 2025 di Bilik Mesyuarat, Tingkat 22, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur, untuk pertimbangan dan kelulusan ahli majlis.
Mesyuarat turut meneliti laporan perkara-perkara berbangkit serta pembentangan Laporan Tahunan 2025 untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-65.
𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶, pula membentangkan laporan kewangan semasa bagi tempoh sehingga 30 September 2026, selain akaun-akaun PERKIM Kebangsaan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Mesyuarat turut membincangkan anggaran belanjawan PERKIM Kebangsaan bagi tahun 2027 untuk pertimbangan dan kelulusan, selain perkara-perkara lain berkaitan pentadbiran serta pengurusan organisasi.
Pembentangan tersebut merupakan antara agenda penting bagi memastikan pengurusan kewangan, pelaksanaan program dan perancangan tahunan PERKIM dapat diselaraskan dengan keutamaan dakwah serta kebajikan yang ditetapkan oleh kepimpinan organisasi.
Mesyuarat turut disertai pengerusi-pengerusi PERKIM Bahagian Negeri yang mewakili kepimpinan di peringkat negeri masing-masing.
Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil. 1/65 itu menjadi platform penting untuk memperkukuh penyelarasan organisasi, menilai pengurusan dan pencapaian semasa serta menetapkan keutamaan strategik bagi memastikan PERKIM terus memainkan peranan berkesan dalam memperjuangkan dakwah, kebajikan saudara baharu dan kesejahteraan ummah.

Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM diiringi Naib-Naib Yang Dipertua dan tetamu kehormat ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan.

Ahli Majlis menandatangani borang pendaftaran sebelum masuk ke dewan mesyuarat.

Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM mengambil potret rasmi bersama Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Kehormat.

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg selaku Yang Dipertua PERKIM mempengerusikan dan menyampaikan ucapan dasar pada mesyuarat majlis.

Abang Johari menegaskan bahawa, PERKIM perlu melaksanakan transformasi pendekatan dakwah secara lebih strategik, dinamik dan berpaksikan hikmah selaras perkembangan teknologi, perubahan landskap komunikasi.

Seramai lebih 50 Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM hadir pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan yang diadakan di Kuching.

Mesyuarat itu menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi PERKIM, Ahli Majlis Kebangsaan serta pengerusi-pengerusi PERKIM Bahagian Negeri bagi membincangkan hala tuju, pencapaian dan pengurusan organisasi.

Abang Johari berkata, perkembangan teknologi disruptif, media sosial dan AI menuntut PERKIM memperkukuh keupayaan komunikasi digital bagi menyampaikan kefahaman Islam yang tepat, sahih dan mudah difahami masyarakat.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Marzuki membentangkan minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan lalu untuk pertimbangan dan kelulusan ahli majlis.

Bendahari Kehormat PERKIM, Datu Mersal pula membentangkan laporan kewangan semasa bagi tempoh sehingga 30 September 2026.

Abang Johari menegaskan bahawa kebajikan saudara baharu perlu terus menjadi keutamaan kerana golongan itu merupakan antara teras utama penubuhan dan perjuangan PERKIM sejak awal.

Yang Dipertua PERKIM juga mengingatkan seluruh kepimpinannya di peringkat kebangsaan, bahagian dan cawangan supaya memperkukuh kesatuan, memelihara ukhuwah serta mengetepikan perbezaan demi kepentingan organisasi.



