PERKIM Melaka Agih Bakul Makanan Kepada 95 Asnaf Mualaf, Fakir Miskin
MERLIMAU, 10 NOVEMBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Melaka telah menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan Kepada Mualaf dan Asnaf Fakir Miskin bertempat Pusat Dakwah Dan Tahfiz PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Jalan Muar, dekat sini.
Seramai 95 penerima terdiri daripada mualaf dan fakir miskin dari 19 Cawangan PERKIM seluruh Negeri Melaka telah menerima sumbangan bakul makanan tajaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) daripada peruntukan Program Pemerkasaan Komuniti Malaysia (MyIce).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah.
Fitri dalam ucapannya berkata sumbangan diberikan kepada asnaf dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada ROS kerana telah menaja 95 bakul makanan untuk PERKIM Melaka agihkan kepada golongan asnaf.
Program inisiatif itu memberi gambaran bahawa PERKIM Melaka sangat cakna kepada mualaf dan fakir miskin.
95 asnaf telah menerima makanan asas seperti beras, minyak, biskut, sardin, gula dan lain-lain.
Sebelum itu, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka, YBhg Datuk Haji Abu Pit telah menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.
Turut hadir ialah pimpinan PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Naib Pengerusi 1, YBhg Tuan Haji Abd Rahim Ahmat; Naib Pengerusi 2, YBhg Tuan Haji Baharudin Haji Abduah, Setiausaha Kehormat, YBhg Dr Zainal Mohamed; Penolong Setiausaha Kehormat, Zolkiflee Md Salleh; Bendahari Kehormat, YBhg Tuan Haji Mohd Nor Haji Mansor dan Ahli Jawatan Kuasa, Nur Jannatul Masturah Abdullah, Hajah Mawa Baba, YBhg Mejar (B) Tuan Haji Md Yusof Haji Ismail, YBhg Datuk Wira Haji Othman Mohamad, YBhg Tuan Haji Abu Bakar Jamal, YBhg Tuan Haji Abd Rahim Tamby, Hajah Azizah Eliyas, Ghazali Idris, YBhg Tuan Haji Harun Haji Yahya, Mohd Jackie Abdullah; Tokoh Agama, YBrs Ustaz Tajuddin Osman serta Wakil Wanita, YBhg Hajah Sabariah Jamil Ahmad dan Norhayati Janudin.
Dato’ Abu Pit menyampaikan ucapan aluan.
Antara penerima yang hadir di program agihan.
Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Melaka bersama penerima agihan bakul makanan.
Fitri menyampaikan ucapan perasmian di program tersebut.
Fitri bersama Dato’ Abu Pit menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada asnaf.
Mualaf menerima sumbangan bakul makanan daripada Fitri dan Dato’ Abu Pit.
Penerima sumbangan menerima agihan bakul makanan tajaan ROS peruntukan daripada MyIce.
PERKIM Melaka menyampaikan agihan bakul makanan tajaan ROS kepada asnaf mualaf dan fakir miskin.
Dato’ Abu Pit menyampaikan cenderahati kepada Fitri.