Aktiviti DakwahPendidikan

Bicara Pendidikan Bersama Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Yang DiPertua PERKIM

Oleh: MARIATI HAJI MOHD. AMIN, SITI MUNIRAH SAYED MOHD. HAMDAN, WAN NUR SYAFINAS WAN BURHANUDDIN
Foto: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI
Ucapan Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor (Setiausaha Agung Kehormat PERKIM)

dr-yusof-noorAssalamualaikum w.b.t, Alhamdulillahirobbilalamin  wasssolatusalam saidina muhammadin waala alihi wassobihi  ajmain.

Y.A Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita semua segani dan kasihi, Y Bhg. Dato Mustafa Ma, Y Bhg Dato Nakhaie dan  Naib-naib Yang Dipertua PERKIM dan sahabat saya kawan lama saya Tan Sri Sabarudin Chik, yang sentiasa mengapit saya dalam karbinet dibawah Tun dalam zaman Black and White dahulu. tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Permulaan saya mengenali Y Bhg Tun Mahathir secara dekat walaupun mungkin beliau tidak ingat adalah pada tahun 1974, iaitu pada masa beliau menjadi menteri pendidikan. Tentu Tun tak ingat saya.Itu perkenalan dari dekat pada masa itu beliau menjadi menteri pendidikan yang memang sangat hebat kerana dua pen sentiasa berada dibahu sebelah kiri  atau kanan  ada satu poket kecil dilengan disebelah kiri yang hari ini pun saya fikir saya Nampak masih ada lagi. yang bermakna Y.A Bhg Tun  pemimpin Negara yang disegani ini memang sentiasa konsisten. Gambar yang Tun yang pakai dua jaket dengan dua pen masih ada pada saya. Sehingga suatu masa saya penah teringin nak pakai macam itu jugak tapi bila saya pakai dan saya lihat dalam cermin saya jadi tidak sesegak beliau.  Lepas itu saya drop saya tak pakai dah. Hari ini kita bernasib baik kerana diberi peluang oleh beliau sendiri untuk kita mengikuti pandangan beliau mengenai dengan pendidikan. Iaitu satu bidang yang kalau ditulis mengenainya ia memerlukan beberapa volume buku kerana dalam sejarah beliau yang saya ketahui beliau terlibat dengan penubuhan GPMS. Dan ramai yang tidak tahu bahawa dia adalah salah seorang pengasas GPMS sewaktu beliau masih berada di Universiti Malaya (UM) Singapura suatu masa dahulu bersama-sama dengan Allahyarham Aminuddin Baki dan lain-lainnya, yang merupakan pengasas kepada GPMS. suasana yang beliau alami dalam konteks pendidikan, kalau saya silap saya mintak Y.A Bhg Tun tolong buat correction kemudian.

 Beliau sewaktu belajar di Universiti Malaya Singapura melihat bagaimana ketekunan orang-orang lain disekeliling beliau yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam ataupun dengan lebih tegas buku Melayu. Disaksikan oleh seseorang yang telah mengalami berbagai-bagai system pendidikan yang berbeza kerana beliau telah pernah mengalami suasana pendidikan dibawah pemerintahan Siam, pernah mengalami system pendidikan di bawah British dan itu sewaktu dibawah Siam berlaku sebelum zaman merdeka. Kemudian beliau telah menyaksikan bagaimana keadaan pendidikan selepas merdeka. Dan bila beliau ke Singapura  saya fikir mungkin saya salah. Dia telah terdorong untuk membela bangsanya dengan lebih hebat lagi setelah menyaksikan kesungguhan dan ketekunan orang-orang di sekelilingnya yang terdiri daripada orang-orang yang bukan Islam.  Bukan benci kepada mereka tapi mungkin terdorong kerana mereka rajin dan kerana itulah pernah dalam sejarah hidup yang berbahagia tun tidak menyukai orang-orang  di universiti terlibat dengan kegiatan yang tidak memberi faedah terutamanya dalam yang berkaitan dengan politik kerana tahun 70an saudara saya Tan Sri Sabaruddin pun tahu, memang tahun tahun itu sentiasa gawat dengan berbagai-bagai bentuk demonstrasi yang bencikan kepada kerajaan. Beliau tidak suka mahasiswa berpolitik kerana cintanya kepada bangsanya. Bukan kerana beliau bencikan politik tapi mereka ingin melihat bangsanya maju macam orang lain. Maka faktor hari ini, saya tidak ingin berbicara panjang tentang hal Yang Amat Bahagia Tun yang terlalu banyak kalau hendak diulas. Tapi, saya ingin menjawab satu pertanyaan mungkin timbul dari kalangan yang tertentu. Kenapa  PERKIM terlibat dengan perkara ini hari ini. Saya ingin menjelaskan bahawa diantara objektif penubuhan PERKIM ini ialah Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan. Sebagaimana yang tertera dalam perlembagaan. Dan bila saya diberitahu oleh yang berbahagia Tun untuk mengadakan bicara ini, saya syukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kerana topik yang dipakai oleh beliau hari ini sebagai Yang Dipertua Perkim, yang sudah tentu tidak boleh melupakan aspek pendidikan. Sebagai satu langkah untuk membuat perubahan PERKIM dan topik-topik yang lain. Untuk itu Tun, saya tidak mahu berbicara panjang untuk memberi ruang kepada beliau untuk melihat pendidikan daripada zaman beliau dahulu, sewaktu muda apabila beliau meninggalkan perkhidmatan dan perubatan dalam kerajaan, dengan membuka klinik di Alor Setar, Klinik Maha. Tapi, bagi orang-orang Alor Setar, mereka memanggil klinik Umno pada masa itu, kalau tak silap saya.  Kerana banyak kisah yang terselit pada masa dulu belum terhurai. Ini mungkin terhurai sebahagian,  dan kalau Tun Izin selepas Tun bercakap, diberi ruang untuk peluang untuk bertanya terlebih dahulu. Oleh kerana itu, maka saya untuk menjimatkan masa dengan segala hormatnya menjemput Yang Amat Bahagia Tun untuk menyampaikan ucapan.

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Ucapan  Y.A Bhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (Yang DiPertua PERKIM)

tun-mahathirBismillahirrohmanirrohim, Y.Bhg Tan Sri Yusof Nor sebagai Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Y. Bhg Dato Dr Mustafa Ma, Naib yang Dipertua PERKIM, Y.Bhg Datuk Sabaruddin Chik dif-dif kehormat, ahli-ahli PERKIM tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu terima kasih kerana atas desakan saya sendiri mungkin adakan Majlis Bicara Pendidikan yang dianjurkan Perkim. Yang Pertamanya, saya ingin ulaskan sedikit berkenaan dengan perkataan pendidikan.  Mendidik lebih tertumpu kepada anak-anak yang kecil. Anak kecil perlu didikan, tapi apabila kita  membesar, kita ingin belajar. Oleh itu, sepatutnya  Kementerian Pendidikan ini dikembalikan kepada Kementerian Pelajaran kerana Kementerian Pelajaran ini, adalah satu perkara yang  seumur hidup sehingga kita meninggal barulah berhenti dari mempelajari sesuatu. Bukan saja daripada membaca buku atau mengajar tetapi pengalaman kita menjadi satu pelajaran kepada kita. Kalau kita tidak belajar daripada pengalaman kita, maka akan rugilah kita.  Sudah tentu kalau kita lupa, akan pengalaman kita terdahulu maka kita akan mengulangi kesalahan-kesalahan dahulu secara berkali-kali. Sebab itu, saya lebih suka kalau kita guna perkataan pelajaran daripada pendidikan. Pendidikan ini agak terhad, untuk yang kecil sahaja. Tapi kita tak boleh berhenti daripada mempelajari sesuatu.  Kita orang Islam, yang kita selalu mengulangi bahawa wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad Sallallhu ‘Alaihi Wasallam, wahyu yang pertama ialah iqra’.   Dan iqra’ diterjemahkan kepada membaca. Apabila kita membaca, sudah tentu kita akan dapat ilmu. Mungkin kita baca buku-buku novel. Itupun, satu ilmu membolehkan kita mendapat sedikit sebanyak ilmu daripada cerita-cerita. Tetapi sudah tentu kalau kita membaca buku berkenaan dengan agama, berkenaan dengan bidang-bidang lain maka kita akan dapat ilmu. Jelas sekali bahwa tidak ada agama lain yang begitu menekankan penguasaan ilmu daripada orang Islam. Orang Islam, awal awal lagi, nabi yang tidak boleh menulis, tidak boleh membaca diberitahu baca. Ini bermakna bahawa orang Islam mesti membaca. Dan membaca bermakna memperoleh ilmu.

Diwaktu Nabi menerima wahyu yang pertama ini, apakah buku yang ada pada ketika itu.  Tidak ada kitab-kitab berkenaan dengan agama Islam. Tidak ada langsung, kerana Nabi baru terima satu ayat saja, satu perkataan saja, iqra’. Tak mungkin sudah ada buku-buku untuk dibaca oleh Nabi, ataupun mereka yang menerima agama Islam, menjadi penganut agama Islam. Tak mungkin. Mereka baca buku dan Quran belum habis. Quran hanya dapat setelah 23 tahun Nabi menjadi Rasul. Jadi pada masa itu, tidak ada buku. Namun Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh umat Islam membaca.  Maknanya, kita membaca bukan saja berkenaan agama Islam, tetapi membaca apa saja yang ada, yang boleh dibaca pada ketika itu dan seterusnya.

Pada ketika itu, kebanyakan kitab-kitab yang ada hanyalah berkenaan agama Yahudi, agama Masihi ataupun agama Kristian.  Dan selain daripada itu terdapat juga buku-buku tulisan-tulisan manuskrip yang ditulis oleh ahli-ahli ilmu berbangsa Greek ataupun Yunani dan juga orang-orang daripada India, daripada Negara China. Pada masa itu, itu sahaja buku yang ada.  Bermakna bila disuruh kita membaca.  Tidak bermakna terhad membaca kepada buku Islam sahaja.  Kita harus baca seberapa banyak buku yang mungkin supaya kita mendapat ilmu. Kenapakah kita harus dapat ilmu? Kerana ilmu itu penting bagi kesejahteraan hidup. Kita sebagai manusia Islam, kita selalu menyebut bahawa Islam itu ialah Ad-Din, cara hidup.  Kalau kita disuruh baca, menguasai ilmu, sudah tentu ilmu itu akan mempengaruhi cara hidup kita sebagai seorang Islam. Dan orang-orang Islam pada mulanya mengikut kehendak agama supaya membaca. Mereka membaca banyak buku-buku yang bukan berkenaan dengan agama Islam tetapi berkaitan berbagai jenis ilmu.  Orang-orang Greek mempunyai banyak ilmu berkenaan dengan mengenai sains umpamanya. Orang-orang India begitu cekap dalam bidang Matematik, hisab. Itu kelebihan kepada orang India. Orang Islam pada ketika itu, pada abad-abad awalan dalam agama Islam. Orang Islam mengejar ilmu-ilmu yang ada yang tertulis pada masa itu. Dengan itu mereka menjadi orang yang berilmu, dan apabila mereka mempunyai ilmu, mereka bukan saja menyerap ilmu yang ada tetapi mereka meneroka, meluaskan lagi bidang ilmu ini. Maka dapatlah ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah Islam sepanjang ratusan tahun. Dan dapatlah mereka mendirikan satu tamadun Islam yang luar biasa.  Belum ada di dunia pada ketika itu satu pun tamadun  yang begitu progresis, begitu kuat penguasaan ilmu. Sehingga mereka dapat mengembangkan agama Islam ke mana-mana.  Mereka dapat mengembangkan agama Islam sehingga sampai ke negara Cina dan sampai ke negara Sepanyol. Kenapa? Kerana dengan ilmu yang ada pada mereka bukan saja ilmu agama dengan ilmu-ilmu lain yang ada pada mereka. Mereka Berjaya mencipta alatan-alatan untuk mempertahankan diri mereka, dengan itu dapatlah mereka kembangkan agama Islam, kerana mereka menjadi kelompok yang mempunyai banyak ilmu dan ilmu ini diguna untuk memperkuat tamadun mereka. Dan dengan kuatnya tamadun mereka, dapatlah mengembangkan agama Islam sehingga menyeluruh pada dunia pada masa kini. Pada masa itu mereka belum tahu ada  Amerika bahkan mereka tidak dapat ke timur. Jauh, tetapi pada masa itu, dunia adalah terhad daripada Negara China di sebelah Timur kepada Negara Sepanyol di sebelah barat. Diseluruh wilayah ini, Islam berkembang. Sepanyol ditawan oleh Thariq. Sebab itu, hari ini kita sebut perkataan Jabal Thariq. Pasal Tariq lah yang menyeberang daripada utara Afrika ke semenanjung Spanish dan menawan seluruh semenanjung Spanish dan Islam berkembang sehingga ke situ dan juga di Negara Cina sudah ada orang Islam yang jadi Islam lebih awal daripada kita. Hari ini terdapat 23 juta orang Islam di negara Cina dan mereka jumlah mereka lebih besar daripada orang Islam di Malaysia ini. Jelas sekali apabila sesuatu masyarakat, sesuatu ummat mempunyai ilmu, mereka dapat mengembangkan agama Islam dengan lebih luas, dengan lebih pesat. Kita dapati bahawa beratus tahun berlalu, yang mana tamadun Islam menjadi tamadun yang terkenal, tamadun yang kuat di Eropah, dan juga Timur Tengah, di seluruh Central Asia, Asia tengah dan Asia timur sehinggalah kepada Sepanyol.  Ini berlaku, terjadi kerana orang Islam berilmu. Bukan saja ilmu berkenaan agama Islam, tetapi berkenaan dengan sebarang ilmu yang ada pada masa itu.

Orang Islamlah yang terkenal, kerana mereka meneroka banyak ilmu, termasuk ilmu sains, ilmu hisab dan sebagainya.  Kita tidak baca berkenaan napulate bay yang telah mengkaji gerakan bintang-bintang di angkasa. Dia membinakan satu observitry di Tuscan di mana dia hanya melihat gerakan bintang-bintang di angkasa dan merekalah yang  membuat satu carta, satu map berkenaan dengan bintang dilangit yang diguna sehingga sekarang ini oleh pakar-pakar yang menghantarkan roket dan satelit ke bintang dan ke arah bintang. Jadi, jelas sekali bahawa, membaca. Kita disuruh membaca supaya kita menambah ilmu. Kita sedih, kerana pada abad 15 masihi, terdapat pendapat daripada orang-orang yang terpelajar dalam bidang  agama yang menfatwa bahawa iqra’ bermakna membaca kitab-kitab berkenaan dengan agama Islam sahaja, termasuk al-Quran.

Membaca buku-buku yang lain, mempelajari ilmu-ilmu yang lain tidak memberi pahala kepada kita. Apabila fatwa ini berkembang, maka orang-orang Islam, ahli-ahli falsafah Islam berhenti daripada mempelajari bidang sains. Mereka tidak lagi belajar berkenaan hisab, mereka tumpukan kepada pembelajaran ilmu agama semata-mata. Memang baik, memang kita disuruh mempelajari ilmu agama, tetapi kita tidak disuruh memberhenti daripada mempelajari ilmu-ilmu yang lain, tapi oleh kerana fatwa ini disampaikan orang-orang agama mereka tentulah lebih utamakan bidang agama sehingga banyak daripada ahli-ahli sains Islam berhenti sama sekali mempelajari bidang itu dan menumpu kepada pelajaran agama. Di masa yang sama pada abad ke 15, maka orang-orang Eropah telah melihat kemajuan tamadun Islam.  Mereka kagum dengan kebolehan orang Islam dalam bidang ilmu dalam mendirikan satu tamadun yang begitu terkenal di seluruh dunia yang begitu menumpu kepada ilmu yang ada kepada orang Islam ini ialah paderi-paderi Kristian. Mereka sajalah, pasal sebabnya pada masa itu, orang-orang Kristian menyembunyikan ilmu. Kalau mereka mempunyai ilmu yang ditulis di buku, buku itu dikunci dan disimpan supaya tidak ada orang lain yang boleh menguasai ilmu, Cuma paderi-paderi sahaja. Ini kebenaran, bukan saya nak menjatuhkan agama Kristian, tidak. Tetapi secara kebenaran, mereka lock away, kunci segala ilmu ini yang terdapat dalam buku-buku mereka yang disimpan di dalam gereja-gereja sahaja hanya untuk paderi-paderi.  Tetapi paderi-paderi sedar bahawa tamadun Islam lebih maju daripada keadaan mereka di Eropah. Sebenarnya, mereka di Eropah pada masa itu melalui zaman yang dikenali sebagai ‘the dark ages’ zaman gelap.  Zaman seolah-olah mereka hidup di dalam kegelapan tidak Nampak apa-apa kerana mereka tiada ilmu. Sebaliknya orang Islam begitu maju.

Dan melihat keadaan orang Islam, maka paderi-paderi ini belajar bahasa Arab. Sebenarnya pada 800 tahun orang Islam menakluk Sepanyol, orang-orang Sepanyol semuanya fasih berbahasa Arab. Dan paderi-paderi di Sepanyol memang boleh bersyarah dalam bahasa Arab. Dan mereka setelah menguasai Bahasa Arab, memutuskan bahawa untuk mempelajari semua ilmu yang terdapat dikalangan orang Islam. Mereka membaca buku-buku yang disimpan dalam putkhanah yang besar seperti di Cordoba dan juga di Baghdad. Mereka ingin menguasai ilmu yang ada kepada orang Islam dan dengan itu pengetahuan mereka menyumbang kepada apa yang dikenali sebagai ‘the renaissance’ bermakna kelahiran semula bangsa-bangsa Eropah yang beragama Kristian yang menamakan Kristian itu sebagai Christian. Meraka dapat ilmu daripada orang Islam dan mereka dapat ilmu pengetahuan yang dipertingkatkan dalam zaman renaissance. Zaman mereka memperbaharui tamadun. Inilah tamadun yang kita lihat sekarang ini, ia bermula dengan penguasaan ilmu yang ada kepada orang Islam diwaktu yang sama orang Islam sendiri  menolak ilmu-ilmu ini.

Dan kita dapat lihat pada abad ke 15, sementara orang Islam menjadi semakin mundur dan lemah.  Orang-orang Kristian menjadi semkin kuat dan dapat memperluaskan wilayah mereka dan menawan semula wilayah-wilayah yang sebelum ini dimiliki oleh orang Islam, termasuklah Sepanyol. Kita mungkin tidak dapat fikir selama 800 tahun, Sepanyol adalah Negara Islam, tetapi kita mendapati mereka semakin lemah, bermusuh sesame mereka di zaman yang dikenali sebagai zaman fitnah terdapat banyak negeri-negeri kecil orang Islam yang sering bermusuh sesame mereka dan meminta pertolongan dengan raja Sepanyol beragama Katolik. Dan raja Sepanyol pun menolong untuk menawan, mengalahkan musuh-musuh Islam. Tetapi akhirnya, Raja Sepanyol ini mengalahkan semua negeri-negeri Islam di Sepanyol. Yang terakhir sekali ialah Granada. Kita tahu, barangkali sudah ada yang pergi ke Al-Hambra. Al Hambra ialah ibu kota bagi sebuah negeri Islam yang bernama Granada. Dan Al-Hambra itu adalah pusat pentadbiran bagi, apa nama, negeri yang terakhir, negeri Islam yang terakhir yang dikalahkan oleh raja Sepanyol.

Dan raja Sepanyol apabila mengalahkan orang Islam disitu telah memberi tiga pilihan kepada mereka. Yang pertama, mereka harus berundur pergi ke utara Afrika iaitu ke Morocco, Algeria, Tunisia dan lain-lain kalau tidak nak kesana mestilah alih agama kepada agama Kristian.  Jika tidak nak jadi kristian akan dihukum mati. Akan dibunuh tiga pilihan., Sudah tentu ramai daripada orang islam  undur, dan pergi ke Negara-negara utara Afrika Morocco. Algeria Tunisia bahkan sampai ke Mesir. Orang-orang islam berundur dan bersama-sama mereka ialah orang Yahudi. Kerana orang Yahudi juga macam orang Islam, tidak boleh makan babi. Apabila seseorang orang Islam terima untuk menjadi menganut agama Kristian, ujian pada mereka ialah supaya mereka makan babi. Itu ujian. Kalau tak makan babi, bermakna mereka tidak Kristian.  Satu lagi ukuran, penentuan samada Islam atau tidak ialah tabiat mandi.  Kalau kita pergi ke Sepanyol, Monsville umpamanya terdapat satu istana. Di istana itu dia agak pelik, berbeza dengan Al-Hambra juga istana. Istana itu dibina oleh orang-orang Kristian selepas mereka menawan Sepanyol semula.

Saya pergi ke istana ini dan ditunjukkan di sekeliling istana oleh seorang penuntut universiti. Penuntut universiti daripada Sepanyol. Dianya bertanya kepada saya, apakah perbezaan istana ini yang dapat saya lihat? Saya tercengang dan tidak tahu apa jawapan. Dan dia menerangkan kepada saya, dalam istana ini tidak ada bilik mandi. Tidak ada bilik mandi. Kerana orang Sepanyol Kristian tidak mandi melainkan setahun sekali. Kerana apabila seseorang itu mandi, setelah ditawan oleh Kristian semula, tawan Sepanyol semula oleh orang Kristian, satu daripada penentuan samada seorang itu Kristian atau tidak ialah, tabiat orang Islam mandi. Sebab itu orang Sepanyol daripada mengelak daripada dituduh orang Islam, mereka tidak mandi. Sehingga istana mereka tidak ada bilik mandi.  Kalau tak percaya, buatlah lawatan ke Serville dan lihat istana di situ. Mesti Perkim dah buat lawatan, patut pergi tengok ke Al Hamra. Di Al-Hambra itu di dinding ditulis di situ, hanya Allah sahaja yang tidak cacat. Di seluruh dinding. Tetapi di Servile terdapat satu istana yang dibina oleh arkitek-arkitek Islam, tetapi sekarang dimilki oleh orang Kristian. Kenapakah ini berlaku? Kenapakah orang islam tewas? Sebabnya ialah kerana mereka tiada ilmu. Tidak ada ilmu selain daripada agama. Mereka tidak tahu sains, tidak tahu matematik, tidak tahu bidang-bidang lain. Memang baik bagi mereka mempelajari agama membuat ibadat. Tetapi jangan lupa, kita disuruh iqra’, membaca. Kita disuruh membaca, bukan berkenaan dengan agama semata-mata dengan ilmu yang lain.

Apabila orang Islam sudah tidak ada  pengetahuan berkenaan dengan sains, mereka tidak dapat cipta senjata-senjata untuk mempertahankan umat Islam. Mereka tidak ada kebolehan untuk mencipta senjata-senjata yang semakin canggih. Sehingga apa yang kita lihat hari ini, untuk menciptakan senjata-senjata ini kita perlu kepada ilmu seperti Chemistry, Physics dan lain-lain lagi. Dan perkiraan, perhitungan dalam bidang hisab, kerana tiap-tiap sesuatu yang dicipta itu perlu kepada ukuran-ukuran yang tidak boleh silap. Tetapi oleh kerana orang Islam sudah mundur dalam bidang sains, dalam bidang matematik dan dalam bidang-bidang lain juga.   Maka mereka menjadi lemah apabila mereka menjadi lemah, maka mereka dikalahkan oleh orang-orang Kristian daripada ilmu yang ada pada orang Islam yang digugur oleh mereka dan disambut oleh orang Kristian. Sehingga mereka menjadi orang yang berilmu, dan dengan ilmu inilah maka mereka dapat memperkuatkan tentera mereka. Sehingga akhirnya pada awal abad ke 16, kita dapati semua wilayah-wilayah Islam ditakluk oleh orang-orang Eropah, orang-orang Kristian Eropah. Seluruh utara Afrika umpamanya, termasuklah Negara-negara yang dikenali sebagai Syam, iaitu gabungan Iraq, Syria, Lebanon, Palestin dahulu menjadi sebuah wilayah Islam. Ditakluk sepenuhnya oleh Perancis dan British.

Semua wilayah-wilayah yang dikuasai, yang ditawan oleh orang Islam seperti Sepanyol, seperti selatan Itali, Chile, Greece dan lain-lain. Semuanya dirampas balik orang-orang Eropah kerana apa? Kerana orang Islam tidak berupaya mempertahankan wilayah-wilayah mereka. Walaupun dalam Quran kita disuruh mempertahankan umat Islam, wilayah Islam dan agama Islam. Tetapi kita menjadi lemah, dan kita  tidak dapat tunaikan tanggungjawab yang ditanggungjawabkan kepada kita oleh agama kita. Inilah yang berlaku kepada ummat Islam kerana mentafsirkan Iqra’ itu sebagai mempelajari agama semata-mata.

Kita perlu mempelajari agama, tetapi kita tidak boleh abaikan ilmu-ilmu yang lain. Yang juga penting untuk agama Islam dan umat Islam. Sebab itu kita hari ini apabila sudah sedar tentang kelemahan orang Islam, kita harus kaji kenapa kita menjadi begini lemah? Dan tidak dapat tidak, sebahagian daripada sebabnya ialah kerana kita tidak ada ilmu. Terutama dalam bidang sains dan dalam bidang matematik. Dan kita harus kejar ilmu kerana ini suatu ibadat bagi kita.  Mengejar ilmu adalah ibadat, kerana tujuannya ialah untuk memperkuatkan umat  Islam untuk membolehkan kita mempertahankan agama Islam. Hari ini kita tak dapat pertahankan agama Islam. Dimana-mana sahaja kita lihat bagaimana agama Islam dihinakan. Kita lihat dalam video umpamanya apabila berlaku kejatuhan MH 370. Satu video datang daripada Fox News Amerika. Apabila disoal kenapa pesawat ini jatuh? Jawapannya, Muslim, Muslim, Muslim. Ini orang Muslim Orang Malaysia ini 60% orang Muslim dan apa jawapan kita? Tak ada jawapan kerana kita tidak ada kuasa. tak menguasai media-media dalam dunia ini kenapa kita tidak menguasai media dalam dunia? Kerana kita kekurangan ilmu. Kekayaan  tuhan telah bagi kepada umat islam ini yang luar biasa, kalau kita tengok Negara-negara arab mereka begitu kaya membina istana-istana di merata tempat tetapi tidak menduduki istana ini.  Kerana begitu banyak mereka membangunkan  Bandar-bandar pencakar langit, tetapi semuanya dilakukan dibuat oleh orang lain

Mereka sendiri tidak ada ilmu untuk nak bangunkan negara mereka. Mereka terpaksa guna orang lain kerana mereka tiada ilmu. Mereka tidak mempelajari bidang teknologi, bidang sains perkara-perkara teknikal,matematik. Kita tidak ada kuasa sama sekali. Kita tidak  boleh mempertahankan  umat islam. Ini bermakna kita abaikan suruhan agama kita. agama kita suruh kita membaca kita tidak membaca. Kita Memilih  untuk membaca hanya buku-buku tertentu sahaja. Tetapi tidak ramai daripada kita memilih membaca sehingga memiliki ilmu yang juga penting bagi menyelamatkan umat Islam. Kita lihat bagaimana orang Islam pada abad-abad awalan hijrah mereka mempelajari ilmu.  Mereka membaca dan seperti saya sebutkan tadi tak ada banyak yang boleh dibaca melainkan tulisan-tulisan orang-orang Greek, orang-orang Hindi, orang-orang China dan lain-lain.untuk menguasai ilmu yang ada pada orang-orang greek  bolehkah mereka membaca buku teks greek dalam bahasa Arab, mungkinkah kalau mereka hanya belajar bahasa arab dapatkah mereka membaca buku-buku greek ataupun buku-buku china ataupun buku-buku india. Tentulah mereka terpaksa mempelajari buku-buku greek ataupun bahasa china ataupun bahasa india. Ini tak tertulis didalam buku. Saya punya akal fikiran kerana saya dapati  ada orang yang kata saya guna akal fikiran sahaja. Tidak terima apa-apa yang mereka kata dengan tidak  menyoal. Tetapi kalau kita dikurniakan oleh allah swt dengan akal fikiran lebih daripada haiwan tentu ada sebabnya. Bolehkah kita kata kurniaan ini diabaikan. Kita boleh ketepikan keupayaan berfikir ini. Kalau kita ketepikan keupayaan berfikir ini kita akan jadi haiwan. Manusia lebih daripada haiwan-haiwan kerana mempunyai akal fikiran tetapi ada pihak yang berkata kita jangan fikir sama sekali terima sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka. Saya berpendapat kita harus guna akal fikiran, kerana menggunakan akal fikiranlah maka orang-orang Arab orang-orang Islam di awal-awal abad islam ini dapat menguasai dan mempelajari  bahasa Greek, bahasa Roman, bahasa Rom, bahasa China bahasa India untuk mendapat ilmu daripada mereka.  Apabila mereka dapat ilmu ini maka dapatlah mereka mendirikan satu tamadun yang begitu kukuh dan kuat yang berkembang sehingga meliputi seluruh dunia pada ketika itu. Tetapi kita lihat apabila kita abaikan ilmu-ilmu itu maka kita jadi mundur lemah dan dihina dan ditekan oleh orang lain dan kita tidak dapat berkata apa.hari ini orang Rohingya di Burma dihalau disiksa rumah mereka dibakar dan mereka dibunuh.  Apakah orang islam boleh buat.kenapa tak boleh kerana kita lemah.kita takut pada Kuasa-kuasa lain yang lebih kuat daripada kita. kita lemah kerana kita tidak ada ilmu. Sebab itu mempelajari bahasa lain bahasa yang mempunyai ilmu adalah penting.

Hari ini samada kita suka ataupun tidak bahasa ilmu bukan lagi bahasa Arab,bukan lagi bahasa Melayu. Jauh sekali bahasa ilmu hari ini suka tak suka datang kepada dalam bahasa Inggeris. Kalau kita mempelajari dalam bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu apakah ini salah dari segi agama kita. Kalau salah maka orang-orang islam dahulu juga salah kerana mereka  mempelajari bahasa-bahasa lain untuk mendapat ilmu untuk membaca buku-buku dalam bahasa lain sehingga dapat mereka menjadi mendirikan satu tamadun yang lebih tinggi. Hari ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris. Sebab itu kita perkenalkan pelajaran sains, dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bukan kerana tak sayangkan bahasa sendiri.bukan kerana kita bukan nasionalis bahasa. Kita perjuangkan bahasa juga tetapi kita perlu memperkuatkan bangsa kita dengan mempelajari ilmu yang ada dalam bahasa yang lain iaitu bahasa inggeris. Sebab itu  mempelajari bahasa hari ini bahasa Inggeris tak ada amatlah penting seperti ibadat. Kerana kita ingin mendapatkan ilmu yang ada kepada mereka untuk memperkuatkan tamadun Islam semula. Tujuan kita adalah tujuan yang baik untuk mempertahankan agama Islam. Jangan dihina. Seperti sekarang ini Islam dihina. Kita tak boleh buat mereka boleh membakar al-quran dan kita tidak boleh buat apa-apa mereka menjerit dan menjerit tidak menghasilkan apa-apa. Tetapi kalaulah kita adalah kuasa dunia yang  mempunyai ilmu pengetahuan yang begitu luas yang mendahului bangsa-bangsa lain didunia. Maka tidak ada sesiapa yang berani menghinakan agama Islam dan menghinakan orang islam.

Apabila kita lemah maka apabila berlakunya penindasan keatas  orang Rohingya.  Kita ternganga tidak boleh buat apa-apa. Bermakna kita telah abaikan ajaran agama kita.  Ajaran agama kita menyuruh dari awal lagi baca. Baca bermakna menguasai ilmu. Dengan ilmu ini maka dapatlah kita pertahankan dan   Untuk mengembangkan tamadun Islam.  Sebab itulah  pelajaran menjadi sesuatu yang penting bagi umat Islam. Dia satu perjuangan bukan semata-mata untuk mendapat gaji yang lebih kerana kita jadi doctor, lawyer  dan sebagainya. Tetapi menyumbang kepada kekuatan umat Islam. Sebab itu kita harus tumpu kepada bidang sains. Kita amalkan ajaran islam.kita sembahyang kita buat ibadat dan kita belajar bidang-bidang agama kita tetapi tidaklah semua daripada kita akan jadi pakar dalam bidang agama.kalau kita jadi pakar dalam bidang sains tetapi hidup sebagai seorang Islam itu tidak menyalahi ajaran agama kita.kalau kita tidak mempunyai ilmu yang boleh memperkuatkan diri kita bermakna kita berdosa.kita tidak tunaikan  fardhu kifayah. Yang mana fardhu kifayah bermakna kita harus dalam masyarakat islam kita mempunyai kebolehan tertentu. Ya kita belajar agama dan kita dihormati kerana kita cekap dalam bidang agama. Tetapi katakanlah jika Negara kita ini diserang apakah boleh kita meminta orang yang mempelajari bidang agama sahaja mempertahankan negara. Kita perlu kepada orang yang terlatih dalam bidang ketenteraan.mereka juga beribadat kepada agama Islam kerana kita tahu apabila mereka mati kerana mempertahankan negara Islam mereka dikenali sebagai syahid.

Kita tahu yang mati dalam peperangan yang mempertahankan agama Islam adalah syahid yang lain kalau kita mati begitu sahaja tidak jadi syahid. Orang yang sanggup melatihkan diri untuk berperang yang sanggup mati mempertahankan kita orang Islam tentulah penting bagi keselamatan orang Islam. Dan kebolehan mereka mempertahankan kita bergantung kepada ilmu yang ada kepada mereka. Ilmu ketenteraan kalau dizaman nabi ilmu kenteteraan terhad kepada mengguna kuda perang terhad kepada mengguna senjata seperti pedang, tombak, pemanah dan sebagainya. Hari ini itu bukan senjata perang, hari ini kita perlu mengadakan senjata-senjata yang canggih,  yang boleh diguna hanya oleh orang yang terlatih dalam penguasaan senjata-senjata ini, pesawat terbang umpamanya bukan seseorang biasa boleh menjadi  pemandu pesawat jauh sekali mengguna pesawat pejuang untuk mempertahankan umat Islam. Mereka yang mempelajari ilmu menerbangkan pesawat-pesawat pejuang ini melakukan sesuatu yang disuruh oleh agama kita.iaitu umat islam mesti mempunyai persiapan untuk mempertahankan umat Islam dan agama Islam. Kalau kita abaikan itu kita tidak tunai fardhu kifayah dan kita berdosa.

Walaupun kita sembahyang kita tunaikan  fardhu ain, fardhu ain untuk diri kita, kita lakukan fardhu ain untuk mendapat pahala untuk tempat kita diakhirat kelak. tetapi kalau fardhu kifayah kalau kita lakukan dia membebaskan kita daripada dosa walaupun dia dilakukan oleh satu orang untuk kepentingan masyarakat Islam. Sebab itu kita anggapkan tentera-tentera kita, pejuang-pejuang kita sebagai orang yang turut menolong kita membebaskan kita daripada dosa kerana mereka menjalankan fardhu kifayah. Tetapi kita tahu dalam masyarakat kita yang diutamakan ialah fardhu ain. Fardhu ain untuk diri kita. Kita sembahyang kita dapat pahala kita puasa kita dapat pahala bagi diri kita. Kita buat kerja haji kita keluar zakat kita sedekah ialah kita mengucap dua kalimah syahadah. Itu semua untuk diri kita. Tetapi fardhu kifayah lebih besar daripada itu apabila dilakukan oleh satu orang untuk menyelamatkan umat Islam. Ia menunaikan fardhu kifayah yang membebaskan umat Islam daripada dosa tidak melaksanakan fardhu kifayah. “Mind set” kita perlu diubah kita kena ubah. Kalau kita betul-betul menurut ajaran Islam maka kita tidak akan abaikan fardhu kifayah dan tunaikan hanya fardhu ain.

Kalau kita belajar pun dan kita kuasai ilmu juga dia sebahagian daripada menunaikan fardhu kifayah kerana ilmu yang kita perolehi itu akan membolehkan kita mempertahankan umat islam dan agama Islam  hari ini kita berdosa. Kita berdosa kerana kita tidak mempunyai kebolehan untuk mempertahankan umat Islam. Umat Islam agama  Islam  dihina secara terbuka. Apa yang boleh dibuat oleh kita. Mereka tidak buat sesuatus selain daripada menjerit kita  tidak boleh buat apa-apa. Kita merayu kepada orang bukan Islam tolonglah jangan buat kepada kita seperti  itu tetapi orang Islam bukan ingin membuat orang bukan Islam tidak akan terima desakan dan  janganlah lakukan kekerasan dan hinaan pada ugama Islam. inilah masalah yang kita hadapi sekarang  kefahaman tentang pentingnya pelajaran bukannya pendidikan. Bukan setakat anak kecil sahaja, seumur  hidup kita mesti belajar. Menguasai ilmu memahami keadaan kita merancang bagaimana mempertahankan umat Islam, memperolehi pelajaran yang boleh menolong kita membina satu banteng yang cukup kuat. Ini semua adalah wajib bagi kita. Ada orang yang kata apa yang saya tahu pasal agama islam. Saya tahu sebenarnya bukan saya tak tahu.  Ada orang baca quran dalam bahasa arab tapi tak faham.

Saya mengaku saya baca quran dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Itu bukan quran tetapi apabila guru kita ajar kita agama Islam masa kecil apakah mereka mengajar kita dalam bahasa arab semata-mata. Kalau tidak diterjemahkan kebahasa melayu adakah kita faham agama Islam. Terjemahan mereka samalah dengan terjemahan yang terdapat  dalam al quran dalam bahasa melayu dan Inggeris. Dan mereka yang menterjemahkan al quran dalam bahasa melayu dan Inggeris ini bukanlah sebarang orang mereka fasih dalam bahasa arab dan mereka fasih dalam bahasa terjemahan mereka yang melayu mereka fasih dalam bahasa melayu yang inggeris pun mereka fasih dalam bahasa Inggeris walaupun kebanyakkan daripada mereka pun bukanlah orang Inggeris. Yusuf Ali bukan lah orang Inggeris dia membuat terjemahan kepada bahasa Inggeris. Dan saya buat perbandingan antara terjemahan- terjemahan buku-buku terjemahan Al quran. Saya cuma terima  dimana tafsir terjemahannya dan tafsirannya adalah sama juga dengan quran yang disediakan dalam bahasa melayu dan Inggeris. Bukan semua saya terima kadang dalam al quran kita tahu ada ayat-ayat surah-surah yang jelas tetapi  ada juga surah-surah yang merupakan perumpamaan. Perumpamaan ini boleh kita tafsir mengikut pandangan kita tetapi yang jelas itu tidak boleh kita salah tafsirkan. Bahawasanya orang Islam itu bersaudara. Kita faham orang Islam semua bersaudara. Siapakah  orang Islam? Mereka ialah orang yang telah mengucap dua kalimah shahadah. Mereka sudah Islam. Mungkin amalan-amalan mereka berbeza sedikit. Tetapi mereka adalah orang islam dan saudara kepada kita. Janganlah kita bermusuh sesama kita. Perbezaan pendapat memang ada. tetapi apabila kita bermusuh dan membunuh sesama  orang islam kita membuat kerja Yahudi. Kita membuat kerja musuh-musuh islam. Kerana kita lebih taksub kepada pemimpin kita, imam kita kadang-kadang kita begitu taksub kepada imam kita sehingga kita anggap pengikut imam yang lain adalah bukan islam. Ini memecah belahkan orang Islam. Semua ini adalah perbuatan kita kerana kurang ilmu. Kalau ilmu kita mencukupi kita akan berpegang teguh kepada agama Islam. Walaupun mungkin kita tidaklah berjanggut macam sesetengah orang tetapi kita juga Islam. Saya tahu saya tiada janggut. Yusuf nor patut ada janggut tapi Dato Mustapha Ma ada janggut. Itu sunat. Sekarang ini yang sunat diwajibkan. Yang wajib disunatkan. Kita tolak apa yang ada dalam quran wahyu daripada Allah swt untuk kita terima hadis yang merupakan satu sunnah. Sekarang ini tuduhan-tuduhan dilempar. Orang itu anti hadislah anti itu anti ini. Janganlah kita terlalu cepat menuduh orang.

Saya pun dituduh anti hadis juga. Tak usul periksa. Dalam Islam ditegaskan dalam agama Islam ialah apabila kamu  hukum hukumlah dengan adil. Ini kadang-kadang kita ketepikan. Bagi kita apa yang penting dalam Islam ialah cara membicara dengan mengadakan  4 orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan hukuman yang amat berat potong kepala, potong tangan, bunuh, rejam dengan batu. Saya soal samada Islam menyuruh kita berbuat itu tanpa keadilan. Nak potong tangan pun kita kena periksa dulu latar belakang orang itu. Supaya kita lakukan  adil kepada nya. Kerana apabila kita potong tangan itu hukuman seumur hidup dan tangan tidak boleh disambung lagi. Takkan lah Islam begitu zalim sekali Islam tidak zalim orang Islam zalim banyak. Kita lihat sekarang  apa yang berlaku dimesir 700 orang yang berdemontrasi dihukum bunuh kerana membunuh 2 orang askar. Inikah agama Islam. Ini kita kena soal. kalau kita tidak dibenar menyoal banyak penyelewengan yang akan berlaku.

Akhirnya saya ingin ingatkan kita semua bahawa ilmu sangat penting kepada umat Islam. Untuk ini ilmu tidak terhad kepada ilmu keagamaan sahaja. Ilmu-ilmu lain juga adalah penting terutama ilmu-ilmu yang boleh mendirikan semula mempertahan agama Islam yang kuat dan kukuh mampu mempertahankan agama Islam dan umat Islam  Sekian terima kasih

Sesi Soal Jawab Bersama Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Hj.Mohd Zain PERRKIM Cawangan (MELAKA)

 Asslamualaikum…

Saya gembira dapat hadir majlis ini. Soalan pertama cadangan tetapi setelah teruja dengan Tun ilmu wahyu. Sekarang saya gemar  baca asto fizik telah membuktikan letupan asal ingatkan kepada pendakwah-pendakwah iaitu itu semua sudah diramalkan. Iaitu 1400 tahun dahulu cuba semak balik dalam Surah Al Anbiya. Bismillahirrohmanirrohim..dalam bahasa arab, saya tak reti baca tanpa al quran.Maksudnya lebih kurang “kamilah yang jadikan alam ini bermula daripada satu jisim yang berat rapuh dah disebut dan kami telah meletupkannya. Lebih kurang begitulah maknanya. Yang kedua dalam surah saya dah lupalah. Tapi kalau saya masuk blog saya ingat balik. yang ini lagi hebat sebab berkenaan dengan mengatakan “ kamilah yang  menjadikan alam dan kamilah  yang menumbangkannya. Itu sahaja lah saya nak ulaskan. Sekian jadi untuk pendakwah-pendakwah, Alhamdulillahlah.

Soalan pendek : untuk Bajet 2014 pendidikan dan pelajaran diberi  bajet 52 bilion iaitu kalau purata penduduk Malaysia ini 2000 kalau kita ambil golongan pelajar sekolah 5000 hingga 8000. Jadi soalan saya kepada Tun Mantan Perdana Menteri mantan menteri pendidikan, pemimpin universiti ke pendek je soalannya apakah  harapan Tun tentang bajet pendidikan ini. Ok yang keduanya cadangan saya berkaitan dengan sunnah Rasulullah saw. Dulu suasana selepas wafat rasulullah itu diserahkan Khalifah Aminurrashid sebagai  khalifah dengan tanpa sebarang persediaan dan beliau terpaksa mengumpul al quran dan sunnah rasullulah saw.  Jadi saya teruja bagaimana sebuah kerajaan yang kecil ini  kerajaan daerah boleh jadi kerajaan yang besar didunia kalau tidak ada pengajian sunnah. Jadi cadangan saya adalah supaya PERKIM dipimpin oleh YA Bhg Tun bagaimana kalau Tun mempelopori inisiatif mempelajari sunah Rasullulah saw dan Sirah sahabat supaya relevan dengan dakwah pendidikan kepimpinan dengan syariah Islam, itu sahaja. Assalamualaikum wbt.

Jawapan Tun

Yang pertama dengan ensaiklo fizik ini kalau kita baca sekarang ini agak canggih sekali dan mungkin ada yang menyoal samada ini samada tepat atau boleh diterima oleh agama Islam. Kita tahu bahawa apabila nabi Muhammad saw  disuruh mengembangkan ajaran agama Islam kepada orang jahil orang jahiliah, bukan mudah ada kalanya dibaling batu, direjam untuk menentukan mereka menerima ajaran Islam  ini maka nabi terpaksa berdakwah dengan cara yang mudah boleh diterima susah nak terima oleh orang yang jahil. Orang yang jahil ini dia susah nak fikir. Dia kata ada black hole, dia kata apa itu hole  jadi secara tak langsung  sudah ada tapi tak dijelaskan seperti sekarang ini. Dijelaskan tentang bintang itu semakin berkembang imfleksition itu tak perlu diterangkan asalkan mereka menerima apa yang mereka faham sahaja. Jadi apabila dikatakan ini dijadikan oleh Allah swt  itu mencukupi bagi mereka tetapi sekarang ini kita membuat kajian dan kajian kita dapati kuasa allah swt itu lebih besar daripada yang disampaikan kepada arab jahilliah itu.dulu kita tak terfikir tentang angkasa, angkasa lepas begitu besar sekali sehingga mengambil masa 100 tahun. Kalau kita berjalan mengikut  speed of linght kita ambil masa 100 tahun untuk sampai dari satu bintang ke satu bintang. Begitu besar sekali begitu luas angkasa lepas dulu kalau dicerita kepada arab jahilliah ini ada bintang yang begitu besar sekali begitu jauh sekali ada roket kalau nak  berjalan kena speed or light. kalau roket sahaja dia kata apa ini karut. Sebab itu kalau nabi nak menyampaikan agama Islam dengan cara mudah difahami oleh orang yang jahil. Tetapi semakin lama mereka jadi semakin pandai. belajar itu dan ini. Dan pada masa itu kita bolehlah terangkan lebih lagi. Dan sekarang ini pun ada penerangan yang dibuat tentang angkasa lepas ini tentang betapa besarnya.jadi ini pada zaman ini kita boleh terima kerana ini sebenarnya ada dalam al quran. Kelahiran anak umpamanya ada dalam quran disebut dari seketul darah ini semua memang ada dalam sains sekarang ini  dinyatakan memang benar ada dalam al quran. Terpulanglah kepada kita membuat tafsiran. Memahami mesej dalam al quran itu jauh lebih besar daripada mesej yang terdapat pada arab jahilliah 1400 tahun dahulu. berat ada tafsiran ada mesej lebih besar daripada itu. Berkenaan dengan bajet 52 bilion itu baguslah saya fikir kita tumpukan sama juga kepada pelajaran agama yang sesuai dan juga pelajaran dalam bidang  sains dan teknologi dan juga lain-lain kerana ini penting untuk memperthankan agama islam. Kalau ditumpukan kepada ini dan menggunakan bahasa ini  untuk mempelajari sains ini kalau kita baca dalam bahasa Melayu sorrylah. Bahasa kebangsaan kita kita hormat  tetapi ia belum menjadi bahasa ilmu. Satu hari mungkin 100, 200  300 tahun ia akan menjadi bahasa ilmu seperti juga bahasa arab pada mulanya bukan bahasa ilmu. Tetapi setelah orang arab orang Islam mempelajari ilmu-ilmu yang ada kepada bangsa-bangsa lain dalam bahasa mereka akhirnya  mereka menjadi orang yang berilmu dan bahasa arab menjadi bahasa ilmu.

Hari ini bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu yang menjadi suatu kewajiban kepada kita mempelajari ilmu melalui bahasa Inggeris jadi saya harap 52 bilion itu diguna dengan bijak. Berkenaan dengan pelajaran hadis dan Sunah Rasul kita harus ingat bahawa yang sunat itu kalau kita buat dapat pahala dan kalau kita tak buat tak bersalah tetapi apabila kita ketepikan apa yang sudah ada dalam quran kerana kita nak ikut sunah nabi saya ingat itu kurang berkesan untuk Islam kita harus ingat bahawa apabila nabi masih ada baginda tidak membenarkan sunahnya ditulis kerana takut ditiru dengan al quran. Setelah wafat nabi setelah beberapa abad apabila sampai kepada zaman Abdul Aziz bin Umar yang menjadi Khalifah Muawiyyah barulah disuruh supaya ditulis sunat. Itu pun ditulis begitu sahaja tanpa kajian. Apabila sampai kepada  Bukhari baharu Bokhari membuat kajian dan daripada hampir 600,000 hadis Bokhari telah menolak kebanyakkan daripadanya dan ianya mensahihkan hanya 7000 sahaja. Jadi Bokhari bukan Nabi. Ia manusia biasa walaupun pandai. Mungkin ia juga membuat kesalahan. Dan mungkin orang seperti Tarmizi, Muslim  yang juga mengkaji sunah nabi  yang mengkaji hadis-hadis mereka ada kalanya tidak mengsahihkan, apa yang telah disahihkan oleh Bokhari. Ini manusia jadi kadang-kadang kita dapati apa yang terdapat dalam hadis itu berbeza apa yang terdapat dalam quran. Yang mana satukah yang kita harus pegang. Tentulah quran kerana quran itu adalah catitan wahyu daripada Allah swt kepada nabi Muhammad. Ini firman tuhan takkan kita nak belakangkan firman tuhan kerana kita nak ikut hadis tuntutan Bukhari. 200 tahun selepas wafat nabi. Sama-samalah kita fikir sebab kalau kita nak belajar berkenaan sunah kita harus ingat itu adalah sunah.

Sunah bermakna ia bukan wajib kepada kita. Kita ikut baik kita tidak ikut dalam keadaan tertentu tak mengapa. Jadi saya bersetuju supaya ada pelajaran berkenaan dengan ini yang berasas kepada berpegang kepada yang sebenar berkenaan dengan hadis dan sunah nabi seperti yang kita tahu kerja yang dibuat oleh  Bukhari sahih kitab bukan kitab bukan quran. Kita utamakan quran. Kesilapan orang Islam kejahilan orang Islam kelemahan orang islam berasas kepada meninggalkan quran. Saya baca quran ikut yang saya paham. Saya dapati dalam quran dah cukup baik dah. Kalau kita semua ikut apa yang ada dalam quran dan kita ikut jugak hadis dan juga tidak disebut cara mana kita sembahyang umpamanya kita kena ikut hadis. Tetapi kita harus utamakan wahyu daripada Allah swt kerana inilah quran yang menjadi panduan kepada kita semua umat Islam. Terima kasih.

Y. Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim (Bendahari Kehormat PERKIM)

Assalamualaikum wbt. Y.Bhg Tun dan hadirin sekalian. Saya Muhammad Rais. Saya nak tanya Tun apa yang Tun sebut tadi memanglah satu yang sangat relevan pada hari ini. Iaitu penggunaan Bahasa Inggeris pengetahuan bahasa inggeris. Paling tidak pun misalnya repoter-repoter daripada luar negeri datang ke sini bertanyakan kepada Menteri-menteri kita apa yang berlaku semuanya dalam bahasa Inggeris. Kalau misalnya kita memberi penjelasan dalam bahasa melayu banyak repoter-repoter dan journalis-journalis tak faham. Tapi alhamdullilah lah menteri-menteri kita pada hari ini terutama yang beri penjelasan fasih dalam bahasa inggeris  maka jelaslah apa yang berlaku dari penjelasan mereka. Saya nak tanya Tun tadi Tun sebut bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Pada suatu ketika dahulu bahasa Inggeris memanglah kuatkan dua subjek sahaja dalam bahasa Inggeris mathematic dan sains dalam bahasa inggeris tetapi dasar ini  ditolak kembalilah. Maknanya  tidak dipakai lagi sekarang ini dan dah kembali dalam bahasa melayu. Pernah saya apabila di Universiti  Pendidikan Sultan Idris dahulu melatih guru-guru dan pada hari ini pun ada dua Profeser dari Universiti Pendidikan Sultan Idris datang hari ini iaitu Profesor Othman Lebar dan Profesor Mahzan tolong bangun sikit. Dari Universiti Pendidikan Sultan Idris melatih guru-guru kita dan akan mengajar anak-anak kita esok. Dan apa yang saya akan jelaskan disini biar mereka sahkan betul ataupun tidak. Iaitu Penuntut-penuntut kita yang belajar  yang hendak menjadi guru di univesiti pendidikan sultan idris  kebanyakkan mereka sangat lemah berbahasa inggeris. Dan kalau dahulu mereka terus masuk university tak tahu bahasa inggeris mereka akan diketawakan tetapi mungkin tak boleh mengikuti kuliah sebab kuliah semua dalam bahasa inggeris. Tetapi pada hari ini saya lihat nak melatih guru-guru kita dalam bahasa inggeris perlu ada perlu import 1000 orang guru-guru bahasa inggeris lah. Lebih kurang mengajar di university-universiti seperi sultan idris ini. Padahal guru-guru itu tidak tahu bahasa Inggeris bagaimana mereka hendak mengajar di sekolah-sekolah. Bahasa Inggeris tu bahasa ilmu maka jelas lah tadi sebenar nya soalan saya tadi Tun dah jawab. Iaitu Tun mengatakan 52 bilion telah digunakan untuk pelajar-pelajar kita 52 bilion untuk tingkatkan bahasa Inggeris. Iaitu saya sangat menyokongnya Tun cuma satu-satunya komen saya iaitu sekarang ini sekolah-sekolah kita di sekolah-sekolah kita yang ajar bahasa Malaysia sekarang ini 90% adalah orang Melayu. Dan walaupun bahasa ini bukan Melayu di Malaysia ini ada Cina dan India dan hampir separuh tetapi anak-anak mereka yang minat belajar di Institusi kerajaan itu sangat kurang dan hanya 10% sahaja. Yang masuk sekolah ni adalah kebangsaan dan kebanyakkan mereka ini adalah masuk ke sekolah kebangsaan bukan kerana bahasa Melayu tu sangat tetapi Matematiknya lemah kerana tidak menguasai bahasa tadi. Jadi Tun dah jawab sebenarnya.  Jadi saya tak perlu soal lagi. Jadi komen saya ialah kalau kita hendak mengakui bahasa inggeris itu bahasa ilmu sangat jauh perjalanannya dan saya kira Tun barangkali Tun sebut tadi tu didengar oleh Menteri kita yang bertanggungjawab dengan pelajaran. Terima kasih Tun.

Jawapan Y.A.Bhg. Tun Yang DiPertua PERKIM

Ada sedikit komen sahaja. Saya sebut bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. kita sayang kepada bahasa kita kita bangsa Melayu bahasa kita adalah bahasa Melayu. Kita ingin pertahankan bahkan perkembangkan bahasa tetapi kalau kita ingin kembangkan bahasa Melayu kita perlu jadi bangsa yang berjaya. Kenapa kah bahasa Inggeris digunakan sebabnya ialah pada satu ketika orang inggeris ini menguasai seluruh dunia. Empayarnya mengelilingi dunia. Kerana kejayaan mereka ramai yang mahu berhubung dengan mereka. Terpaksa mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Kalau kita hendak bahasa kita dikembangkan kita mesti jadi satu bangsa yang maju. Saya dapati sejak kita merdeka ini sudah ada kemajuan sedikit sebanyak. Saya baru  ada di Argentina disebelah sana dunia. Ada jumpa dua tiga orang yang boleh bercakap kurang-kurangnya selamat pagi kepada saya dalam bahasa Melayu orang Argentina kenapa? Mereka lihat Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju, lebih maju Negara kita Malaysia lebih ramai orang yang ingin mempelajari bahasa melayu. Sebab itu memajukan bangsa adalah usaha untuk mengembangkan bahasa. Untuk memajukan bangsa kita perlu mempunyai ilmu. Untuk mendapat ilmu ini hari ini kita perlu menguasai bahasa Inggeris. Bukanlah kita tidak sayang kepada bahasa kita tetapi kita sayang kepada bangsa kita dan bahasa kita untuk itu kita perlu memajukan orang melayu dalam semua bidang supaya orang lain tahu kalau mereka ingin mengadakan hubungan dengan orang melayu ini mereka perlu bahasa kita. Tetapi waktu ini kita perlu kepada bahasa Inggeris. Terima kasih.

Soalan dari

Muhammad Husin Abdullah (Pertubuhan Al Khaadem)

Assalmualaikum wbt, Y. Bhg Tun, Tan Sri dan juga Dato saya Muhammad Husin Abdullah daripada pertubuhan Al Mustakim kita rasa syukur dapat ilmu seperti disampaikan oleh Tun tadi. Dan kita semua sedar bahawa ilmu itu yang berguna dan ada ilmu yang tidak berguna. Dua-dua itu adalah ilmu juga. Tetapi Tun telah jelaskan satu komen yang pada saya penting kita semua memahaminya. Bahawa nabi kita pernah bersabda :

———————————————————————————

Yang bermaksud..Allah akan terima amalan-amalan sunat kalau yang wajib belum ditunaikan. Itu Tun telah jelaskan kepada kita . yang saya ingin akhiri tentang komen tentang sunah ini. Sunah nabi ini kalau yang sahih menurut ilmu hadis tidak akan bercanggah dengan al quran. Kalau bercanggah ia bukan sunah yang sahih. Hadis mauduk macam-macam hadis. Tetapi kita memang tidak boleh menolak sunah nabi kalau sunah nabi itu daripada al quran itu sendiri. Kemudian konsep ilmu dan islam  Tun telah addkan dengan ayat iqrak. Satu kalimah yang lebih sumul dijalankan.

__________________________________________________

Yang bermaksud : ilmu itu milik Allah swt diajarkan kepada manusia kepada siapa yang dia hendak siapa yang mencari ia tidak dimiliki oleh satu bangsa satu kumpulan. Siapa juga boleh memiliki ilmu orang Cina, orang India orang Parsi dan sebagainya. Sebab itu orang Islam tidak boleh sempit kan dan sempadan kan ilmu dan kena belajar ilmu daripada orang Melayu sahaja, atau orang-orang Arab sahaja tetapi belajarlah ilmu. Insya allah. Orang Arab kata :

Maksudnya carilah ilmu walau sampai ke negeri cina.

Itu yang menguntungkan saya sebagai orang Cina. itu bukan hadis nabi. Itu adalah perhubungan orang arab yang telah berhubungan dengan dengan orang cina sebelum datangnya nabi Muhammad saw. Jadi itulah pentingnya mendalami ilmu. Terima kasih.

Soalan daripada Recall

Asslamualaikum wbt. Terima kasih Tun atas ucapan. Terima kasih PERKIM atas jemputan. Nama saya Muslim bukan imam. Saya mewakili recall. Soalan pertama tidakkah perlu bagi Malaysia sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai suatu bahasa penghantaran sahaja walaupun bahasa-bahasa lain Cina, Tamil , Perancis,Inggeris dan sebagainya boleh diajar. Tidakkah kita memerlukan satu bahasa walaupun yang Malaysia ini mudah untuk berhubung antara satu sama lain dan meningkatkan perpaduan.  Soalan kedua adalah apakah pada pendapat Tun cara-cara atau strategik yang kita harus masukkan untuk masyarakat yang berilmu yang cintakan ilmu dan sebagainya. Soalan ketiga adalah saya dapati semasa Tun menjadi menteri pelajaran cuma ada seorang yang dapat semua A, sahabat saya nama dia Zuber. Semua orang kenal. Tapi tahun ini kita dapati terdapat 13,000 lebih para pelajar yang mendapat semua A. Adakah Ini bermakna bahawa rakyat Malaysia ini bertambah pandai atau bagaimana Tun. Terima kasih.

 

Jawapan Y.A.Bhg. Tun Yang DiPertua PERKIM

Terima kasih. Ya kita memang ingin melihat kegunaan satu bahasa sahaja. Dalam Negara kita ini sebagai satu bahasa kebangsaan tetapi hakikatnya ialah sewaktu kita mencapai kemerdekaan kita telah bersetuju dengan permintaan kaum lain supaya bahasa mereka dikekalkan pada masa itu kalau kita tidak setuju mungkin kemerdekaan terganggu kerana pihak British menjadi penghlang kerana kononyua kita hendakkan kemerdekaan hanya untuk bangsa kita sahaja. Biasanya negera lain sebuah Negara itu menuntut kemerrdekaan mereka tidak member tempat kepada kaum-kaum yang dianggap sebagai  pendatang atau keturunan dari kaum pendatang di Myamar umpamanya kaum India dihalau keluar. Afrika Timur juga demikian. Di Malaysia ini kita ingin berbaik-baik dengan mereka sudah bermastautin disini. Dengan itu kita berseutju supaya bahasa mereka dikekalkan. Kita berharap sekolah kebangsaan ini akan menrik semua p[elajar2 tetapi ini tidak berlaku dan sekarang ini piolitik dan sebagainya pemisahan antara sekolah2 bahsa kebangsaan dengan bahasa ibunda ini menjadi lebih jauh saya rasa saya percaya jika orang melayu betul2 mempelajari ilmu bahasa melayu ini mereka menjadi orang yang mendahului orang lain dalam bidang ilmu dan ekonomi percayalah mereka akan meningkat tapi masa agak lewat hari ini untuk kita menjadi seperti Indonesia semua kaum disana tidak kira samada cina, bukan cina, pribumi mereka menggunakan bahasa Indonesia. Saya kagum mendengar orang Cina bercakap bahasa Indonesia saya berjalan disatu Bandar di Jepun ada bahasa Indonesia dibelakang saya saya beralih melihat mereka semua orang cina tetapi di Malaysia ini politik menjadi begitu memisah kaum kaum menjadi sukar bagi kita waktu ini insyaalah pada masa depan kita mungkin dapat mengadakan hanya stu bahasa. Berkenaan dengan cara menjadikan masyarakat berilmu itu terpulang kepada desakan kita. Saya tadi Yusof Noor cerita sikit pasal latar belakang saya. Bapak saya ini begitu berminat dengan ilmu tapi di hidup di Pulau Pinang tetapi Pulau Pinang ditawaan oleh British dan sekolah-sekolah disitu diadakan dalam bahasa Inggeris didirikan oleh pendakwah-pendakwah Kristian jadi orang melayu takut hantar anak ke sekolah Kristian ini takut mereka jadi Kristian tetapi bapak saya begitu berminat mempelajari ilmu ianya lari kesekolah bersembunyi daripada bapaknya dan pegi ke sekolah untuk mempelajari bahasa Inggeris dan juga untuk mencari ilmu. Tabiat kejar ilmu ini ntah mcamana diturunkan kepada saya jadi saya belajar bahasa Inggeris  bukan belajar grammar.

Saya membaca banyak buku kita belajar bahasa bukan kerana grammernya kita belajar bahasa dari kecil kerana itulah cara kita dengar itulah cara kita bercakap banyak buku cerita ke buku apa ke tak apa asalkan kita baca banyak Insya Allah kita akan menguasai b.Inggeris tapi sekarang ini  b.Inggeris diajar disekolah tak ada buku dibaca dan sekarang ini periksa pun tidak.  Saya tak taulah mcmana nak jadi manusia semakin lama semakin pandai ini kita terpaksa akui kita mungkin lebih pandai dari bapak kita dari Tok kita dan mungkin anak kita lebih pandai daripada kita banyak sekarang anak orang pesawah sekarang ini yang jadi professional jadi lowyer doctor, akauntan macam-macam jadi semakin lama kita jadi semakin pandai tetapi yang pentingnya bandingan antara kita dengan orang lain kita tahu bahawa bangsa2 lain didalam Negara diluar Negara lebih pandai daripada kita oleh itu kita perlu kejar ilmu lebih tekun lagi daripada orang lain supaya kita dapat menyamakan diri kita dengan mereka daripada segi mendapat A tadi dan kita satu hari nanti mungkin mendahului mereka kerana tekun belajar dan kita satu perkara yang misteri atau hairan anak kita mendapat banyak A dahulu saya hanya dapat 3A sahaja. Tak boleh masuk belajar ilmu ketua pegawai. Dia barangkali kesian kat saya dia bagi saya A. Terima Kasih

 

Wanita

Tunku Mukminah.

 Assalamualaikum wrh.wbt

Yang dikasihi Y.Amat Berhormat Tun Dr Mahathir sebagai Penaung kita Saya bagi pihak wanita berasa gembira kerana sebahagian daripada dewan ini dipenuhi wanita .jadi bagi pihak semua saya nak ucaplah berbanyak terima kasih kerana telah sudi menjemput kami kerana tak pernah lagi dalam ucapan sebutlah sikit wanita nak ucap setinggi-setinggi tahniah kepada Tun telah bawa kita semua kemerata-rata negeri jadi seolah-olah Tun telah membawa kita membuka minda kita ini. Jadi kami bagi pihak wanita mengucpkan setinggi2 syabas kepada YA. Bhg Tun kerana daripada mantan perdana Menteri telah menjadi ustaz Perdana jadi kami memang la hormat kepada YA.BhgTun dari muda2 lagi kami dah kenal tun kerana kami sama2 dari negeri Kedah jadi untuk mengakhiri ucapan yang ringkas ini marilah kita sama2 memberikan tepukan yang gemuruh kepada YA. Bhg. Tun. Terima kasih saya cakap Kedah semua.

Mohd Noor Abdullah (PERKIM Selangor)

Assalamualaikum

Ucapan Y.Bhg.Tun adalah memberi satu gambaran   yang meluas tentang  perlunya sesuatu ilmu dan kemajuan kepada sesuatu bangsa. Tun dengan tegasnya dan berkali-kali menerangkan yang ilmu dapat dicapai dengan mempelajari B.Inggeris. Soalan saya tanpa saya perlu membuat ulasan kita lihat Negara Rusia, German, China , Jepun dan juga  Korea pada peringkat tertentu mencapai kemajuan yang saya maksudnya dengan kemajuan teknolongi ekonomi dan social. Jadi negara2 yang saya sebutkan tadi tidak menggunakan B.Inggeris tetapi mereka juga maju. Itu soalan pertama

Ssoalan yang kedua kalau kita tidak memajukan bahasa melayu bilakah bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu. Terima kasih

 

Jawapan Tun

Terima kasih sebenarnya wanita dalam proses mengambil alih dunia ini dulu dinegara kita ini kita nak cari setiausaha kementerian wanita susah tapi sekarang ada 4 atau 5 dah, jadi saya rasa makin maju tapi mungkin timbul masalah sebabnya wanita terpelajar lelaki tidak jadi Mat Rempit sahaja esok nak kwain susah wanita professional mesti kawin dengan penarik beca ke terima kasih berkenaan dengan negara2 yang bukan menggunakan b.Inggferis yang jugak maju saya tahu kenapa kita selalu memberi alasan itu kenapa kita tak payah guna bahasa Inggeris tetapi semua negara2 ini mengguna bahasa Inggeris pada asasnya selepas itu dikembangkan ke bahasa mereka. Segala kaji selidik mereka diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris di Jepun saya berjumpa dengan penyelidik Jepun Journalnya dalam bahasa Inggeris kerana kalau tak guna b.Inggeris hasil kaji selidik orang Jepun itu tidak akan diketahui dan diikhtiarkan dunia demikian  juga di Rusia ini. Rusia ini dizaman The Peter of Greek dia mengheretkan orang Rusia ini ke Barat kerana di Barat terdapat banyak penggunaan b.Inggeris. PThe Greek berpendapat bahawa penguasaan ilmu dan Rusia ini mestilah mengikut cara-cara barat itu zaman POTG sehingga ini pun kalau kita bercakap dengan orang Rusia akhirnya dia punmenggunakan b.Inggeris. Semua perkataan2 dalam bidang Sains dalam b.Inggeris. Demikian juga di German. Pada masa dulu mungkin menggunakan bahasa mereka sendiri tetapi setelah berkembangnya ilmu sains ini mereka dapati bahawa penermuan baru digbuat dalam b.Inggeris. Dalam bahasa German pun mereka akan terjemahkan kedalam bahasa inggeris untuk kita access ilmu ini kita tidak perlu belajar bahasa german bahasa Rusia tetapi memandai  tetapi memandai kita belajar b.Inggeris ini kita mempunyai penuntut dalam bidang perubatan di Rusia tetapi mereka menggunakan teks book dalam bahasa Inggeris. Syarahan2 juga dibuat dalam b. Inggeris sebab itulah saya berkata bahawa b.Inggeris amat penting sekali kita masih jauh dibelakang German daripada Rusia Daripada Jepun kalau kita tak nak belajar kita tak akan dapat ilmu.  Kalau kita sudah pandai mungkin kita jadi peneroka dalam bidang baru kita yang menulis kertas-kertas berkenaan dengan penemuan kita pada masa itu mungkin bahasa kita boleh digunakan. Jadi bila bahasa kita mungkin digunakan. Kita akan menggunakan bahasa kita apabila kita betul-betul menguasai semua ilmu sehingga kita menjadi peneroka  dan untuk orang lain memahami segala penemuan baru kita, mereka perlu belajar bahasa melayu. Tapi apa yang lebih penting ialah kemajuan orang melayu itu sendiri. Kalau mereka sudah jadi bangsa yang maju ada orang lain yang akan mempelajari bahasa kita untuk mendapat nikmat daripada hubungan mereka dengan kita. Jadi kalau kita menjadi satu bangsa yang tidak berilmu saya khuatir ia tidak menjadi  bahasa sains. Tidak menjadi bahasa penggunaan antarabangsa pun sebab itu kita harus belajar bahasa Melayu menguasai bahasa Melayu tetapi untuk mendapat ilmu diwaktu ini kita perlu mengguna bahasa Inggeris. Ini saya dapati dimana-mana kalau ada satu conference kalau kita bangun buat ucapan berkenaan dengan sains dalam bahasa Melayu tidak ada siapa yang faham. Kalau kita mengguna penterjemah kita tidak tahu apa dia terjemah sama ada betul apa yang kita kata atau tidak.

Jadi kita perlu menggunai bahasa jangan kita apanama sombong kerana kita nak naikkan bahasa kita. Nak naikkan bahasa ini melalui kemajuan bangsa kalau bangsa itu maju orang semua akan belajar bahasa kita. Kalau kita pergi ke Tasgan atau Uzbezgaztan, Tasgastan ke kita terpaksa guna bahasa Russia tetapi untuk berhubung dengan kita mereka guna bahasa Inggeris. Tak mengguna bahasa Russia pasal kita tak faham bahasa Russia. Bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Hakikat ini terpaksa kita terima walaupun kita seorang Nationalis yang nak membanggakan dengan bahasa kita. Tetapi kita boleh betul-betul bangga kalau kita Berjaya. Sekian.

Soalan daripada Hamim Suntong

PERKIM Cawangan  Ehsan Meru Klang Selangor

 

Bissmillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum wbt. Saya Hamim Suntung daripada cawangan  Ehsan Meru Klang Selangor. Saya amat bersetuju sepertimana apa yang Tun bagitahu tadi iaitu segala ilmu yang bermanafaat itu eloklah kita fikir-fikirkan dan mempelajarinya. Jadi tidak ketinggalan juga bahasa Arab yang sudah menjadi satu bahasa yang komersial dan banyak juga yang menggunakan nya.  Saya risau sepertiman Tun bagitahu tadi, iaitu ditakuti hadis , sunnah dan al quran ini yang banyak disalah fahamkan adalah lebih elok ianya digunakan bahasa arab yang mendalam sedikit supaya difahami kerana agama ini banyak istilah fekah, hadisnya memerlukan kalimah bahasa arab yang mempunyai maknanya yang tersendiri yang mendalam untuk kita fahami.

Jadi saya nak bertanya pandangan Tun bersetuju ataupun tidak memandangkan pada hari ini banyak berlakunya keruntuhan akhlak generasi muda apalah salahnya kita apalah kiranya kita menjadikan subjek bahasa arab atau pun kalau tidak boleh bahasa arab kita menjadikan pendidikan islam sebagai satu subjek teras yang wajib lulus didala UPSR, PMR, SPM atau umpamanya. Ditakdirkan Allah saya juga seorang guru JEKOF yang mengajar jawi, quran, bahasa arab fardhu ain di sekolah dan bahasa arab itu tamat hingga ke tahun 6. Amat rugi saya lihat  apalah salahnya kalau kita lanjutkan ke peringkat menengah start tingkatan satu dan seterusnya. Dan saya mohonlah kalau boleh Tun tolong panjangkan saya ke pandangan saya sebab pendidikan islam kita dengan Negara kita Negara islam, pemimpin-pemimpin kita islam dan menjadikan subjek pendidikan Islam itu subjek khas. Sekian terima kasih.

Jawapan Tun

Dalam satu-satu masyarakat  perlu ada orang yang terpelajar dengan mendalam dalam bahasa arab dan dalam agama islam.  Tetapi kita tidak perlu semua dari kita menjadi ulamak. Kalau kita semua menjadi ulamak kita tidak boleh dalam bidang lain. Sebab itu ada sebahagian daripada kita yang perlu berkursus dalam bahasa arab dan mempelajari agama islam dengan mendalam dan mereka ini harus diberi tempat supaya apa-apa perkara yang nak dirujukkan kepada mereka yang kita keliru kita tumpukan kepada mereka. Kalau kita semua menjadi ulamak kita semua akan berkelahi sesama kita. Kerana kita tahu pendapat-pendapat kita berbeza. Yang kita perlu tahu agama kita perlu ikuti quran kita perlu ikuti pelajaran melalui hadis dan sebagainya. Kita perlu buat tetapi kita keliru kerana perbezaan. Pada masa itu kita harus soal samada kita menurut wahyu daripada allah swt atau kita nak turut tulisan Bokhari. Tetapi ramai yang telah membuat kajian yang mendalam.Tetapi untuk semua kita mempelajari arab sehingga kita fasih dalam bahasa arab kita perlu membebankan diri kita. Kerana nak kata orang arab sekarang ini masih menguasai semua ilmu itu tidak benar. Mereka ketinggalan sebenarnya kalau kita pilih arab saya berasa sedih. Tak ada satu pun yang boleh dibuat oleh orang arab. Semua mereka bergantung kepada orang asing. Kalau kita pergi ke United Emirates apa semua penduduk arab Cuma 200.000 penduduk satu juta daripada Negara itu terdiri daripada merupakan orang Pakistan, orang India ada orang Malaysia pun. Kerana mereka tak boleh buat apa-apa pun. Mereka mengadakan penerbangan yang cukup besar Emirates, Qatar tetapi pilotnya tak ada arab. Orang arab tak mahu belajar. Sebab itu kalau kita ikut mereka hari ini kita tertakluk kepada orang eropah. Orang arab saya dapati begitu  sekali taksub dengan kebolehan orang eropah.

Menganggap Orang eropah ini cukup pandai kalau kita bagi nasihat mereka ini lebih suka dengar orang eropah mungkin mereka pandang tinggi orang eropah tapi sebenarnya tak banyak kita boleh belajar daripada orang arab. Sebab itu saya masih berpendapat bahawa penguasaan bahasa inggeris untuk ilmu adalah penting. Pengusaan bahasa arab perlu dibuat oleh sebilangan daripada kita supaya kalau kita perlu membuat rujukan mereka akan dapat memperjelas sesuatu kepada kita. Tetapi kalau kita hanya berbahasa arab dan saya lihat banyak orang keturunan arab di Negara arab hanya berbahasa arab. Kedudukan mereka begitu dhaif sekali. Sedangkan mereka adalah Negara yang terkaya sekali dalam dunia. Kalau kita fikir arab Saudi mengeluarkan 12 juta tong minyak satu hari. Satu tong seratus dollar amerika. Seratus tiga puluh dollar amerika  ataupun hampir rm500 duit kita. Rm500 x 12 juta mereka dah cukup kaya. Dimanakah mereka simpan duit yang banyak ini. Mereka simpan di Amerika. Amerika guna duit ini untuk buat senjata untuk membunuh orang islam termasuk orang arab. Ini kenyataan jadi tak apalah. Saya tak sebut sesuatu yang tidak benar. Saya tahu ini yang berlaku. Ini yang berlaku. Ini tak merupakan orang arab bijak. Berbuat demikian sedangkan kemiskinan begitu banyak dikalangan orang islam. Kenapakah tidak digunakan wang yang begitu banyak wang yang dikurniakan oleh allah swt untuk menghapuskan kemiskinan dan meningkatkan keupayaan orang islam. Ini kenyataan. Dan saya hormati orang yang fasih dalam bahasa arab, boleh membaca dan mengajar dalam bahasa arab tapi kalau kita nak kira akhlak anak-anak kita soalnya bukan kerana  tidak menguasai bahasa arab. Soalnya ialah dalam mengajarkan agama dalam Malaysia ini tumpuan diberi lebih kepada ibadat tertentu dan bukan kepada pembentukkan peribadi yang mulia yang sepatutnya ada pada orang islam. Kita tidak ajar tentang baik buruk sesuatu dosa pahala pahala. Itu tidak penting. Yang kita tahu kita sembahyang kita dapat pahala. Tetapi kalau kita Nampak kalau kita bekerja tak ada amanah duit orang kita curi kita ambil ini tak ada tekanan. Sebab itu kalau kita perhatikan orang islamlah yang terlibat dengan kes rogol, kes dadah, kes bunuh, penembak curi dan macam-macamlah. Kenapa orang islam? Orang bukan islam dia tak belajar agama islam. Tetapi dia tak buat benda itu. Kita jangan tipu diri. Kita jangan tipu diri kita kata diri kita baik. Sedangkan kenyataan menunjukkan bahawa kita tidak mengikuti agama islam. Yang perlu ialah mengajar kita berkenaan dengan akhlak. Morality yang mulia kalau kita tidak belajar ini pemilihan kita mungkin kita ada ilmu tetapi kita guna ilmu itu untuk mencuri. Itu bukan sesuatu yang baik. Bukan ilmu itu yang masalah. Kita yang masalah. Sekian terima kasih.

1
Pegawai dan kakitangan menyambut ketibaan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2
Tuan Asmawi Tuan Umar mengacarakan majlis Bicara Pendidikan Bersama Tun Dr Mahathir.

3
Dari kiri: Y.Bhg. Dr. Mohd. Yusof Noor, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Mustapha Ma menadah tangan ketika doa dibacakan.

4
Peserta mengaminkan doa yang dibacakan oleh pengerusi majlis.

5
Peserta Muslimat yang turut hadir di majlis tersebut.

6
Ucapan aluan daripada Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

7
Wanita PERKIM yang turut hadir untuk mendengar di majlis tersebut.

8
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir menyampaikan bicara pendidikan kepada tetamu yang hadir.

9
Hadirin yang hadir di majlis tersebut.

10
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim selaku Bendahari Kehormat PERKIM turut memberikan pandangan serta mengajukan soalan kepada Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir.

11
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab soalan yang diajukan dalam sesi soal jawab.

12
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan).

Lagi Gambar Bicara Pendidikan Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir >>>facebook-logo-spaced

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=3r1OTBHyM4o” width=”560″ height=”315″]

Related Articles

Back to top button