Aktiviti DakwahKonvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026

Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 PERKIM Cipta Sejarah, Wakaf Diangkat Sebagai Agenda Nasional

𝙏𝙞𝙜𝙖 𝙧𝙚𝙨𝙤𝙡𝙪𝙨𝙞 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙋𝙚𝙧𝙙𝙖𝙣𝙖 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞, 𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙡𝙚𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙧𝙪 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙪𝙢𝙢𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙠𝙬𝙖𝙝 𝙜𝙡𝙤𝙗𝙖𝙡

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Sejarah baharu pembangunan institusi wakaf negara tercipta apabila Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi penyerahan tiga resolusi strategik kepada Perdana Menteri, 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 Anwar Ibrahim sebagai asas memperkukuh ekosistem wakaf negara dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju pembangunan wakaf serta dakwah di peringkat antarabangsa.

Resolusi yang diserahkan oleh 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠), 𝗬𝗔𝗕 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗗𝗿.) 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗢𝗽𝗲𝗻𝗴 bukan sekadar melambangkan hasil perbincangan ilmiah sepanjang konvensyen, bahkan menjadi manifestasi kesepakatan kerajaan, institusi agama, sektor korporat, institusi kewangan, akademia dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkasakan wakaf sebagai instrumen pembangunan negara.

Konvensyen sulung anjuran PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) itu menghimpunkan lebih 1,500 peserta daripada pelbagai negara dan sektor, sekali gus membuktikan bahawa agenda wakaf kini semakin mendapat perhatian sebagai mekanisme pembangunan sosioekonomi ummah yang mampan.

Persidangan sebelah petang di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merupakan kesinambungan kepada sesi pagi yang menyaksikan majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘇𝗿𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗶𝘇𝘇𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗶𝗯𝗻𝗶 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗶𝗯𝗯𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗠𝗮𝗴𝗵𝗳𝘂𝗿-𝗟𝗮𝗵, 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻.

Dalam titah perasmiannya, Sultan Nazrin menegaskan bahawa wakaf perlu dibangunkan semula berteraskan keberkatan, tadbir urus yang berintegriti dan pembangunan lestari, sambil mengingatkan bahawa kekuatan tamadun Islam sejak dahulu lahir daripada budaya berwakaf yang berjaya membina universiti, hospital, perpustakaan, pusat penyelidikan dan pelbagai institusi kebajikan yang terus memberi manfaat merentasi zaman.

Sesi petang konvensyen yang diacarakan oleh Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan, Muhammad Farhan Tee Abdullah bersama Timbalan Eksekutif Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Abdul Qawi Navine Abdullah menampilkan perbincangan yang lebih menjurus kepada pembentukan dasar dan hala tuju masa depan institusi wakaf negara.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Dr. Haji Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Haji Muhammad Fitri Abdullah dan Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad; Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Naib Ketua Wanita PERKIM 1, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib Alsree; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar; Bendahari Kehormat PERKIM, Datu Haji Mersal Abang Rosli; Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM termasuk YB Dato’ Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Datuk Haji Hasbullah L. Isa, Dr. Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid, Datin Paduka Hajah Norsiah Haron, SS Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil serta Yang Dipertua Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad dan Bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

Pembentangan bertajuk “Wakaf: Enjin Kelestarian untuk Dakwah dan Pembangunan Mualaf” oleh 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗾𝗮𝗳 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗿. 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 mengupas potensi wakaf sebagai sumber pembiayaan lestari dalam memperkukuh agenda dakwah, pendidikan dan kebajikan khususnya terhadap pembangunan saudara baharu.

Perbincangan diteruskan melalui forum antarabangsa “Wakaf Global untuk Dakwah: Amalan Terbaik dan Model Kelestarian” yang menghimpunkan tokoh-tokoh dari Malaysia iaitu 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗥𝗲𝗹𝗶𝗲𝗳 𝗔𝗴𝗲𝗻𝗰𝘆 (𝗠𝗥𝗔), 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗸 dan 𝗥𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗙𝗮𝘁𝗼𝗻𝗶, 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱, 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗿. 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗟𝘂𝘁𝗳𝗶 𝗝𝗮𝗽𝗮𝗸𝗶𝘆𝗮 bagi berkongsi pengalaman memperkukuh jaringan wakaf rentas sempadan serta memperluaskan manfaatnya kepada masyarakat dunia.

Sesi terakhir mengenai Penubuhan Tabung Wakaf Dakwah Nasional disampaikan oleh 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶, 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 (𝗠𝗔𝗜𝗪𝗣), 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗿𝘂𝗹𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗞𝗮𝗯𝗲𝗲𝗿 dan 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗜𝗡𝗖𝗘𝗜𝗙, 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝗴𝗱𝗮 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗔𝗯𝗱𝗲𝗹 𝗠𝗼𝗵𝘀𝗶𝗻 pula menjadi antara tumpuan utama apabila panel mencadangkan penubuhan sebuah dana nasional yang mampu menjadi pemangkin kepada pembiayaan program dakwah, pendidikan, kebajikan, pembangunan modal insan serta inovasi berasaskan wakaf secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.


Dalam ucapan majlis penutup, Tan Sri Abang Johari menegaskan bahawa konvensyen tersebut bukan sekadar menjadi platform pertukaran pandangan, sebaliknya menjadi titik tolak kepada satu gerakan nasional untuk mengangkat institusi wakaf ke tahap yang lebih progresif.

Beliau berkata, dunia kini sedang berhadapan dengan perubahan pantas termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, perubahan geopolitik serta cabaran ekonomi global yang menuntut institusi wakaf turut berubah mengikut keperluan zaman.

“Kita percaya bahawa apabila wakaf diurus dengan amanah, diterajui dengan kepakaran dan diperkasakan melalui teknologi, manfaatnya akan melangkaui sempadan geografi, bangsa dan generasi. Inilah semangat Islam yang sebenar, iaitu membina, mempersatukan dan membawa rahmat kepada seluruh alam,” katanya.

Menurut beliau, dokumen resolusi yang diserahkan kepada Perdana Menteri bukan sekadar mengandungi cadangan dasar, malah membawa harapan jutaan umat Islam agar wakaf muncul sebagai kuasa baharu yang mampu membina masyarakat, mengangkat martabat ummah dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia serta dunia Islam.

Beliau turut menegaskan bahawa PERKIM komited menjadi rakan strategik kerajaan dalam membina ekosistem wakaf yang moden, profesional, telus dan mampan melalui kerjasama erat dengan institusi agama, sektor korporat, akademia dan masyarakat.


Dalam ucapan penutupan rasmi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyambut baik segala syor yang dikemukakan dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneliti serta memperhalusi resolusi berkenaan secara menyeluruh.

Perdana Menteri berkata, beliau akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengadakan perbincangan bersama PERKIM, RISEAP, Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan sebelum cadangan tersebut dibawa ke Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

“Cadangan khusus mengenai Wakaf Dakwah ini akan diberi perhatian serius. Kerajaan komited memperkukuhkan institusi wakaf agar mampu menjadi instrumen pembangunan ummah yang lebih berkesan dan relevan dengan cabaran semasa,” katanya.

Beliau turut memuji kepimpinan Tan Sri Abang Johari yang disifatkan berjaya menghidupkan kembali peranan PERKIM sebagai institusi dakwah yang sederhana, progresif dan inklusif sebagaimana diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Menurut beliau, pendekatan dakwah secara bil hikmah wal mau’izatil hasanah perlu terus diperkasakan dalam mendepani cabaran Islamofobia, prasangka terhadap Islam dan perubahan geopolitik dunia.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa penguasaan teknologi seperti kecerdasan buatan, pendigitalan dan pengkomputeran kuantum mesti diseimbangkan dengan nilai akhlak, etika dan jati diri supaya pembangunan yang dicapai tidak meminggirkan nilai kemanusiaan.

Konvensyen itu mencapai kata sepakat mengemukakan tiga resolusi utama kepada Kerajaan Persekutuan.

Resolusi pertama mencadangkan penubuhan Working Consultancy Group Wakaf bagi menyemak, mengkaji dan memperkukuh struktur pengurusan wakaf negara melalui penglibatan pakar daripada pelbagai bidang.

Resolusi kedua menekankan keperluan mempercepatkan pendigitalan institusi wakaf menerusi pembangunan platform digital yang mampu menghubungkan dana, kepakaran, inovasi dan jaringan kerjasama strategik sehingga Malaysia muncul sebagai hab inovasi wakaf antarabangsa.

Resolusi ketiga pula menyeru kepada usaha menyeluruh memperkukuh ekosistem wakaf negara melalui pengukuhan tadbir urus, pembangunan modal insan, pelaburan patuh syariah, inovasi, teknologi serta kerjasama erat antara kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri, institusi wakaf, sektor korporat, akademia dan masyarakat.

Ketiga-tiga resolusi itu dijangka menjadi asas kepada pembentukan dasar baharu yang mampu mentransformasikan institusi wakaf daripada sekadar instrumen kebajikan kepada pemacu ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan negara.

Konvensyen berkenaan turut mendapat sokongan strategik daripada MAIWP, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), ToyyibPay, Global Wakaf Al-Quran, Wangsa Ultima, PIIAM, IKIMfm dan Bank Rakyat.

Dengan berakhirnya IWDC 2026, Malaysia bukan sahaja berjaya menghimpunkan pemimpin, ilmuwan dan pengamal wakaf dari dalam serta luar negara, malah berjaya meletakkan agenda wakaf sebagai salah satu keutamaan nasional yang diyakini mampu memperkukuh pembangunan ekonomi sosial Islam, memperkasakan dakwah dan membina masa depan ummah yang lebih mampan untuk generasi akan datang.

 


Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 anjuran PERKIM dengan kerjasama RISEAP meneruskan pada sesi petang.

 


Peserta konvensyen melihat pameran sejarah PERKIM.

 


Gandingan pengacara Muhammad Farhan Tee dan Abdul Qawi Navine menyerikan majlis.

 


Pembentangan bertajuk “Wakaf: Enjin Kelestarian untuk Dakwah dan Pembangunan Mualaf” disampaikan oleh 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗾𝗮𝗳 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗿. 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿.

 


Dr. Ridzwan Bakar mengupas potensi wakaf sebagai sumber pembiayaan lestari dalam memperkukuh agenda dakwah, pendidikan dan kebajikan.

 


Peserta menghayati konvensyen yang disampaikan oleh pembentang.

 


Perbincangan diteruskan melalui forum antarabangsa “Wakaf Global untuk Dakwah: Amalan Terbaik dan Model Kelestarian” yang disampaikan oleh 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗥𝗲𝗹𝗶𝗲𝗳 𝗔𝗴𝗲𝗻𝗰𝘆 (𝗠𝗥𝗔), 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗸 dan 𝗥𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗙𝗮𝘁𝗼𝗻𝗶, 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱, 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗿. 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗟𝘂𝘁𝗳𝗶 𝗝𝗮𝗽𝗮𝗸𝗶𝘆𝗮 serta dipengerusikan oleh Timbalan Presiden iWAQF, Prof. To’ Puan Dr Nor Asiah Mohamad.

 


Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Ismail dan Prof. Dr. Asiah berkongsi pengalaman masing-masing dalam memperkukuh jaringan wakaf rentas sempadan serta memperluaskan manfaatnya kepada masyarakat dunia.

 


Sesi terakhir mengenai Penubuhan Tabung Wakaf Dakwah Nasional disampaikan oleh 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗠𝗔𝗜𝗪𝗣, 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗿𝘂𝗹𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗞𝗮𝗯𝗲𝗲𝗿 dan 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗜𝗡𝗖𝗘𝗜𝗙, 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝗴𝗱𝗮 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗔𝗯𝗱𝗲𝗹 𝗠𝗼𝗵𝘀𝗶𝗻 pula menjadi antara tumpuan utama apabila panel mencadangkan penubuhan sebuah dana nasional.

 

 


Pertemuan Premier Sarawak bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM dengan wakil Tabung Amanah Dakwah Islamiah Libya-Malaysia Berdaftar.

 


Yang Dipertua PERKIM, Abang Johari bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM menyambut ketibaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di perkarangan KLCC.

 


Perdana Menteri melambai tangan ke arah kamera telefon urus setia PERKIM ketika berarak bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM ke Plenary Hall.

 


Kepimpinan Tertinggi PERKIM berkesempatan bergambar rasmi bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 


Perdana Menteri bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM dan peserta di majlis perasmian penutup IWDC 2026.

 


Tan Sri Abang Johari menegaskan bahawa konvensyen tersebut bukan sekadar menjadi platform pertukaran pandangan, sebaliknya menjadi titik tolak kepada satu gerakan nasional untuk mengangkat institusi wakaf ke tahap yang lebih progresif.

 


Tan Sri Yang Dipertua PERKIM berkata, dunia kini sedang berhadapan dengan perubahan pantas termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, perubahan geopolitik serta cabaran ekonomi global

 

z
Tetamu kehormat dan sidang hadirin mendengar ucapan yang disampaikan oleh Premier Sarawak.

 


Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026.

 


“Kerajaan komited memperkukuhkan institusi wakaf agar mampu menjadi instrumen pembangunan ummah yang lebih berkesan dan relevan dengan cabaran semasa,” kata Anwar Ibrahim.

 


Dato’ Seri Anwar Ibrahim memuji kepimpinan Tan Sri Abang Johari yang disifatkan berjaya menghidupkan kembali peranan PERKIM sebagai institusi dakwah yang sederhana, progresif dan inklusif.

 


Yang Dipertua PERKIM mengemukakan tiga resolusi utama kepada Perdana Menteri.

 


Tan Sri Abang Johari, Dr. Shahidan Kassim dan Dr Ridhuan Tee kelihatan ketika mengiringi Anwar Ibrahim pulang.

 


Lebih 50 urus setia merakamkan gambar kenangan selepas berakhirnya Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026.

 

ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ / ᵁᴹᴵ ᴹᵁˢᶠᴵᴿᴬᴴ ᴬᴮᴰᵁᴸ ᴳᴴᴬᴺᴵ

Related Articles

Back to top button