Aktiviti Dakwah

“Roses & Chocolates” Wadah PERKIM Santuni Pelancong Di Melaka

oleh: SRZ

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”, ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ โ€œPelbagai reaksi dan gelagat para pelancong apabila diberi bunga atau coklat kepada mereka. Reaksi wajah mereka ada yang menggambarkan suka, berterima kasih, rasa dihargai, melemparkan senyuman yang manis dan terdapat juga reaksi yang sebaliknya,โ€ kata ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, ๐—ฆ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐— ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฒ๐—ฑ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป.


Siti Munirah berkata ketika menjalankan Program Santuni Pelancong Melaka anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Melaka di hadapan Bangunan Stadthuys.

Katanya, seramai 17 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan serta PERKIM Melaka memberikan cenderahati dan risalah pelbagai bahasa di beberapa lokasi iaitu di sekitar Christ Church, A Famosa dan Jonker Street.

Jelas Siti Munirah, sambil menyampaikan bunga ros dan coklat bersama senyuman serta kemesraan, kami juga menyampaikan dakwah dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami oleh manusia daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama.

Lebih 300 bunga ros dan coklat disampaikan kepada pelancong daripada Finland, Britain, Georgia, Singapura, Mauritius, Hong Kong, Thailand, China, Jepun, India, Indonesia dan warga tempatan serta lain-lain bersempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Dakwah jalanan menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan sekali gus memancarkan imej Islam yang lembut dan penyayang.

Ada juga pelancong berasa terharu dengan pemberian kecil itu dan berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang Islam dalam suasana yang positif.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ป berkata, program ini bertujuan untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat non-Muslim serta menyampaikan mesej Islam yang sebenar iaitu sebagai agama yang menekankan kedamaian, kasih sayang, dan perpaduan.


Jelas Dato’ Razali, program itu merupakan matlamat penting untuk menyebarkan dakwah Islam di tengah-tengah kesibukan kota Melaka yang merupakan bandaraya bersejarah yang menjadi kunjungan dan tarikan pengunjung berbilang budaya dan pelancong.

Katanya, ini merupakan salah satu kaedah untuk memperkenalkan Islam secara lebih inklusif dan aman kepada masyarakat umum, termasuk penduduk tempatan yang mungkin tidak memahami Islam secara mendalam serta pengembara antarabangsa.

Menurut Datoโ€™ Razali, pada September lalu, PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang melaksanakan program yang sama di sekitar Masjid Kapitan Keling, Padang Kota Lama dan Batu Feringhi di Pulau Pinang.

Datoโ€™ Razali sebelum itu, berkesempatan menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan di Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Jalan Munshi Abdullah.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mufti Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil kerana memberi persetujuan untuk melaksanakan program dakwah di lapangan di sekitar bandar Melaka.

Turut bersama menyampaikan cenderahati dan risalah ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Datoโ€™ Haji Abdul Hanif Harun; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Tuan Haji Mohd Nor Haji Mansor; Penolong Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Zolkiflee Md Salleh; Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Hajah Sabariah Jamil Ahmad; Naib Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Prima Maria Quinsayas, Alumni Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Ustaz Tajudin Osman dan Ustaz Jupri Selamat.

Kata Datoโ€™ Razali, terdapat juga pelancong yang berminat dengan risalah Islam sekali gus diberi penerangan โ€˜Apa Itu Islamโ€™ kepada pelancong serta menerangkan bahawa Islam adalah agama yang mengajar nilai-nilai kemanusiaan yang mulia dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat.

Secara tidak langsung ia dapat senghapuskan salah persepsi dan salah faham tentang Islam terutamanya yang mungkin terpengaruh dengan media atau maklumat yang tidak tepat.

Ujar Datoโ€™ Razali lagi, dengan memperkenalkan konsep-konsep asas seperti tauhid (keesaan Tuhan), keindahan akhlak dalam Islam dan peranan Nabi Muhammad sebagai suri teladan, dakwah jalanan cuba menyentuh hati mereka yang terbuka untuk mendalami ilmu. agama Islam.

Secara tidak langsung, ia menggalakkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur antara agama melalui interaksi yang aman dan terbuka serta mengajak manusia mengenali Islam dengan lebih dekat.

Bunga ros dan coklat turut melambangkan satu pendekatan yang lembut, mesra dan penyayang serta agama yang menyentuh hati dan mengutamakan kemanusiaan.

Jelas Dato Razali lagi, program ini juga dapat menarik umat Islam untuk lebih giat berdakwah dan menggalakan mereka melibatkan usaha-usaha menyebarkan agama Allah SWT.

Turut menjayakan program ialah Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) PERKIM Kebangsaan, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah, Nur Syahirah Musa; Pegawai Kewangan PERKIM Kebangsaan, Hamidah Ismail; Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Rukiah Sungip dan Ustaz Shahril Abdul Rahman; Penolong Pegawai Dakwah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIPKL), Ustaz Abdul Qawi Navine Abdullah serta pelajar latihan industri, Mohd Aizat.

Seusai makan tengahari dan solat, pendakwah menyambung pemberian cenderahati bunga ros berserta coklat kepada ratusan pengunjung serta pelancong bukan Islam di hadapan Jonker Street.

Antara bahasa yang digunakan pendakwah ialah Bahasa Inggeris, Mandarin, Kontonis, Hokkien dan lain-lain.

Majlis berakhir dengan sesi fotografi di bangunan bersejarah di Melaka dan jamuan makan malam.


Dato’ Razali mempengerusikan taklimat Program Santuni Pelancong Melaka di Pejabat PERKIM Melaka.


Antara urus setia program bersiap sedia untuk menyampaikan bunga, coklat dan risalah di Bandar Melaka.


Dato’ Razali mengetuai pasukan PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Melaka untuk menyantuni pelancong.


Urus setia bergambar dan bersiap sedia untuk menyampaikan risalah, bunga dan coklat.


Hamidah memberi sekuntum bunga ros dan risalah kepada pelancong ketika hadir ke gerai.


Pelancong mengambil kesempatan bergambar dengan urus setia PERKIM.


Kepimpinan PERKIM bergambar dengan salah seorang pelancong setelah memberikan bunga dan coklat.


Pelancong berkunjung ke gerai untuk mendapatkan bunga dan coklat percuma.


Urus setia PERKIM memberikan bunga dan risalah kepada pelancong dari Thailand.


Jais Mariappan bergambar dengan pelancong setelah memberikan bunga percuma.


Hajah Sabariah bergambar bersama pelancong setelah memberikan bunga dan coklat.


Urus setia PERKIM merakamkan saat-saat manis ketika diberi peluang bergambar dengan pelancong dari Thailand.


Jais Mariappan menunjukkan isyarat bagus setelah pelancong menerima bunga dan risalah daripadanya.


Pelajar latihan industri, Mohd Aizat Omar berkesempatan bergambar bersama empat wanita berbangsa Cina selepas menyampaikan bunga.


Farhan Tee memberikan coklat percuma beserta risalah kepada wanita berbangsa Cina.


Pelancong menerima coklat dan membaca risalah yang diberikan.


Wanita berbangsa Cina membelek risalah yang diberikan oleh Farhan Tee.


Pelancong Inggeris berminat dengan risalah yang diberikan oleh urus setia PERKIM.


Qawi Navine mengajak warga emas berbangsa Cina bersama urus setia berswafoto selepas menyampaikan risalah.


Warga emas dan urus setia menunjukkan tanda isyarat bagus selepas bunga, coklat dan risalah selesai diberikan kepada pelancong di hadapan Jonker Street.

Related Articles

Back to top button