Angeline Tan, Sabri Yunus Jayakan Forum ‘Hidayah Milik Allah’
oleh: SRZ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah menganjurkan Siri Kuliah Dakwah Perdana (SKOP) Ke-12 bertempat di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini pada pagi Khamis.
Lebih 250 orang telah menghadiri program tersebut terdiri daripada saudara baharu, Pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK), Wanita PERKIM Kebangsaan, PERKIM Cawangan Nilai, PERKIM Cawangan Selayang Baru, Kelab PERKIM Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KPU-UIS), Pelajar Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain.
Majlis tersebut telah diacarakan oleh Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah disusuli dengan bacaan doa pembuka majlis disampaikan oleh Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
SKOP ke-12 bertajuk ‘Hidayah Milik Allah’ disampaikan oleh panelis iaitu Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed serta pengarah filem dan pelakon tanah air, Sabri Yunus dan Angeline Tan.
Forum itu dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Dakwah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM (IDIPKL), Ustaz Abdul Qawi Navine Abdullah.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan aluan daripada 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗿 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳 𝗡𝗼𝗼𝗿.
Dr Yusof Noor dalam ucapannya berkata, SKOP ke-12 ini merupakan siri kuliah yang luar biasa kerana kita mengundang tetamu istimewa iaitu pengarah filem, pelakon dan pelawak iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan.
Kebiasaanya PERKIM mengadakan kuliah mengenai Islam dengan penceramah atau individu yang mempunyai jawatan yang rasmi dalam kerajaan atau kedudukan yang ada kaitan dengan penglibatan mereka secara langsung dengan Islam.
Katanya, ramai orang tidak sedar bahawa Islam ini berkembang bukan hanya menerusi satu jenis profesion sahaja.
Jika kita fikir bagaimana Islam berkembang sejak daripada zaman Nabi Muhammad SAW.
Perkembangan Islam menerusi Nabi Muhammad SAW turut mendapat kerjasama daripada peniaga, tokoh ilmuan, penyair Arab dan lain-lain.
Terdapat juga penglibatan mereka menerusi profesion menyebabkan Islam telah berkembang contohnya penyanyi terkenal Ireland, Sinead O’Conner yang telah memeluk agama Islam dan kini menggunakan nama Shuhada’ Davitt.
Kini, Shuhada’ Davitt menjadi tokoh yang disegani kerana pada akhir hayatnya dia telah memeluk agama Islam kerana bila sahaja dia menceritakan tentang Islam, maka dia telah dapat menarik peminatnya di kalangan bukan Islam.
“Saya berharap Sabri Yunus dan Angeline Tan akan menjadi satu contoh perpaduan Islam di dalam negara kita,” kata Dr Yusof Noor mengakhiri ucapannya.
Abdul Qawi selaku moderator berkata tajuk forum sangat dekat dengan kehadiran para mualaf yang mendengar perkongsian hijrah seperti mereka. Beliau juga turut menerangkan kepada hadirin latar belakang panelis serta mengajukan beberapa soalan kepada ahli panel.
Dr Shahridzan dalam ceramahnya berkata, maksud hidayah secara umum ialah Allah SWT bentangkan di hadapannya sama ada dia ingin memilih jalan kebaikan ataupun jalan kemaksiatan.
Tambah beliau, taufik hidayah yang menuju kepada jalan Allah SWT iaitu hidayah yang membawa kita untuk dekat kepada Allah dan beramal dengan perintah Allah serta meninggalkan segala larangan Allah.
Menurut ulama terdapat dua jenis hidayah iaitu Hidayatul Bayan dan Hidayatul Taufik. Hidayah Bayan iaitu pembuka jalan untuk kita menerima jalan kebaikan itu contoh usaha para Nabi, para Rasul, para pendakwah termasuklah pendakwah di PERKIM yang dan berusaha sedaya mungkin untuk menyebarkan Islam di seluruh tanah air kita khususnya menerusi dakwah jalanan dan seumpamanya.
Manakala Hidayatul Taufik ialah urusan Allah SWT untuk memberikan seseorang insan cahaya hidayah-Nya masuk ke dalam hati.
Sabri Yunus dan Angeline Tan merupakan sahabat lama malah mereka cukup popular ketika sama-sama terlibat dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 90-an.
Menurut Sabri Yunus, beliau tidak pernah bercakap sepatah perkataan pun tentang Islam kepada Angeline kerana beliau merupakan orang sangat menjaga sensitiviti.
Sebagai mualaf yang baru memeluk Islam pada September tahun lalu, pelbagai persoalan berkaitan Islam bermain di fikiran Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini dalam usahanya mendalami dan mendekatkan diri dengan agama suci itu.
Beliau bersyukur suaminya, Sabri Yunus banyak membimbing dan memberikan kefahaman agama kepadanya.
Hidayah Milik Allah ini menggabungkan agama, hiburan dan pendidikan serta bertujuan memberikan bimbingan kepada saudara baharu untuk mendalami asas agama Islam.
Turut diadakan sesi soal jawab bersama hadirin.
Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada barisan ahli panel disampaikan oleh Dr Yusof Noor dan jamuan makan tengah hari.
Turut hadir ialah Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin; Pengarah Unit Aset dan Pembangunan PERKIM, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Pengarah IDIP-KL, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Datin Mawanchik Che Ismail serta Setiausaha Kerja Eksekutif PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin.
SKOP ke-12 diacarakan oleh Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) PERKIM Kebangsaan, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah.
Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah memimpin bacaan doa pembuka majlis.
Ahli panel dan Kepimpinan PERKIM menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibacakan.
Lebih 200 tetamu yang hadir untuk mendengar forum yang disampaikan.
Dr Yusof Noor menyampaikan ucapan selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.
Menurut Dr Yusof Noor, perkembangan Islam di zaman Nabi Muhammad SAW mendapat kerjasama daripada peniaga, tokoh ilmuan, penyair Arab dan lain-lain.
Abdul Qawi mempengerusikan forum ‘Hidayah Milik Allah’
Di antara saudara baharu yang hadir menjayakan forum.
Menurut Dr Shahridzan, taufik hidayah yang menuju kepada jalan Allah SWT iaitu hidayah yang membawa kita untuk dekat kepada Allah.
Menurut Sabri Yunus, beliau tidak pernah bercakap sepatah pun mengenai Islam kepada Angeline kerana beliau merupakan orang sangat menjaga sensitiviti.
Bagi Ardini Angeline Tan, pelbagai persoalan berkaitan Islam bermain di fikirannya dalam usaha mendalami dan mendekatkan diri dengan agama suci itu.
Hadirin mendengar perkongsian yang disampaikan.
Salah seorang saudara baharu mengajukan soalan kepada ahli panel.
Dr Yusof Noor menyampaikan cenderahati PERKIM kepada Dr Shahridzan.
Sabri Yunus menerima cenderahati daripada Dr Yusof Noor.
Angeline Tan menerima cenderahati daripada Dr Yusof Noor diiringi Dato’ Razali.
Barisan ahli panel bersama Kepimpinan PERKIM dan hadirin bergambar kenang-kenangan selepas forum.