Aktiviti Kebajikan

PERKIM Sumbangan Barang Makanan Kepada Golongan Mualaf, Miskin

Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan & Pelaksanaan (UPPP) PERKIM Kebangsaan, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan dan Siti Fatimah Ladda Abdullah berkesempatan mengagihkan sumbangan makanan berbentuk beras, minyak, susu dan sardin kepada 20 golongan asnaf mualaf dan miskin di Ibu Pejabat PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur pada 5 April 2020 lalu berikutan rumah penerima sumbangan berhampiran kawasan ibu pejabat PERKIM.

Saudara baharu dan asnaf miskin tidak dapat bekerja dan hilang punca pendapatan mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mengekang penularan wabak Corona Virus Disease – COVID19 dalam tempoh fasa kedua yang telah dikuatkuasakan sehingga 14 April 2020.

Cakna dengan nasib yang dihadapi oleh mereka, Pegawai UPPP, Muhammad Jais Mariappan turut mengagihkan 10 barangan makanan di berhampiran kawasan Ampang, Selangor manakala Pegawai Kerja PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, Zafri IsmaIskandar Abdul Ghani turut mengambil 50 sumbangan makanan untuk diagihkan kepada mualaf di Negeri Sembilan manakala Yusof Subuh selaku sukarelawan PERKIM turut menyampaikan sumbangan makanan kepada tiga golongan asnaf.

Related Articles

Back to top button