Pertubuhan Mualaf Malaysia Serah Bantuan Makanan Buat Asnaf PERKIM

Penasihat Pertubuhan Mualaf Malaysia (PMM), YBhg Dato’ Seri Haji Muhammad Ali Rangen Abdullah baru-baru ini telah menyampaikan sebanyak 300 barangan makanan seperti beras 10 kg, minyak masak 2kg, sardin 2 tin, gula 1kg dan susu 2 tin kepada kakitangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Amran Anbarasu Abdullah untuk diagihkan kepada golongan-golongan asnaf mualaf, daif dan miskin yang memerlukan di dalam keadaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Corona Virus (COVID-19).
Antara Pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan yang mengagihkan barang ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Hamidah Ismail, Mohd Aizat Rosli, Rahman Ismail, Mariati Mohd Amin, Jamilatun Noor Hashim@Hamid dan Nazly Ismail. Antara sukarelawan yang turut membantu ialah Ahmad Danial Aduka AlHafiz, Yusof Suboh, Aiman Saw Abdullah, Sukiman.
PERKIM mengalu-alukan pemberian seumpama ini dan berterima kasih kepada YBhg Dato’ Seri Haji Muhammad Ali Rangen Abdullah selaku Penaung PMM kerana sudi menyumbang kepada PERKIM untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang sangat-sangat memerlukan.
Diharap sumbangan seperti ini dapat meringankan bebanan mereka yang dalam kesusahan dan kesempitan dalam mengharungi kehidupan dalam situasi tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
PERKIM turut menyarankan dan me
nasihatkan kepada penerima bantuan supaya terus mengikut perintah kerajaan untuk terus duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Dalam pada itu, Pengarah Program dan Pentadbiran PERKIM, YBhg Haji Mamat Che Chik memberitahu bahawa Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah bersetuju untuk meluluskan bantuan sebanyak RM150 kepada 67 mualaf atas kesukaran dan keperluan yang dihadapi. Peruntukan tersebut telah dimasukkan terus ke dalam 67 akaun bank mualaf.