PERKIM Dekati Orang Asli Pos Sinderut

PERKIM DEKATI ORANG ASLI SINDERUT
Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI
Kata pepatah, sepakat membawa berkat dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah yang dibuktikan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dalam aktiviti kebajikan sosial di Perkampungan Orang Asli Kampung Lubuk Muman, Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang pada Mei lalu.
Pertubuhan Islam yang sinonim dengan saudara baru atau mualaf itu berjaya mengadakan kerjasama dengan PERKIM Bahagian Negeri Pahang, PERKIM Cawangan Raub, Perkim Cawangan Lipis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Malaysian Relief Agency (MRA) Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Kelab Ranger T6 Pahang (T606) bagi merealisasikan program itu.
Ia adalah sejajarĀ dengan hala tuju PERKIM iaitu menjalankan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam dan bukan IslamĀ dengan cara positif dan berkesan.
Atas mesej dakwah Islamiah PERKIM, 30 ahli PERKIM bersama-sama mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan koko untuk tiba di Kampung Lubuk Muman yang jaraknya 35 kilometer dari perkampungan luar.
Program itu dirasmikan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM,Ā Tan Sri Dr. Mohd. Yusof NoorĀ berlangsung di Masjid Umar Al-Khattab, Kampung Batu Malim, Raub.
Dr. Yusof Noor dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada PERKIM untuk bersama-sama dalam penjelajahan di perkampungan orang asli.
Katanya, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) begitu sinonim dengan saya semasa bertugas sebagai pensyarah Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 lalu ketika mahasiswa melangsungkan cuti semester mereka.
Mahasiswa dan mahasiswi dibawa ke kawasan pedalaman atau perkampungan untuk berkhidmat dan berbakti bersama penduduk kampung.
PERKIM adalah salah satu wadah atau saluran yang sentiasa memberi khidmat dalam bentuk kebajikan. Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pada masa kini, PERKIM sedang mengenal pasti pelaksanaan melalui beberapa projek di antaranya projek wakaf untuk membina asrama bagi saudara baharu.
Segelintir masyarakat tidak senang dengan Islam yang dilihat semakin berkembang. Misalnya di England, banyak masjid telah mula dibina menyebabkan mereka ini iaitu musuh-musuh Islam berasa takut kerana telah diperdayakan fikiran mereka Islam itu pengganas.
Di Malaysia pula, isu terhadap gangguan atau kecaman yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam memerlukan perancangan untuk kami mencari jalan atau berkerjasama dengan majlis agama Islam negeri-negeri sebagai usaha membantu masyarakat yang baru memeluk Islam sekaligus meningkatkan taraf saudara baharu.
Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk kita menarik minat bukan Islam kepada Islam. Namun kita perlu akurĀ dengan adat resam mengikut keadaan atau persekitaran mereka.
Di Sabah dan Sarawak, sumbangan daripada usaha Tunku Abdul Rahman sendiri melalui Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Datu Harun dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaākub yang Ā telah melahirkan ramai masyarakat Islam.
Saya berharap OPKIM yang dilaksanakan ini dapat memberi impak yang positif agar seterusnya kita boleh mengatur program susulan dengan kerjasama erat beberapa pihak seperti MUIP,ā kata Yusof Noor sebelum mengibarkan bendera tanda melepaskan beberapa buah pacuan empat roda dalam penjelajahan ke Pos Sinderut.
Beliau turut disarankan supaya program seumpama ini diteruskan kepada bebebrapa daerah lain seperti di Raub yang sinonim dengan empat Kampung Orang Asli iaitu Pos Satak, Pos Ruai, Pos Gelang dan Pos Buntu.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; Pengerusi PERKIM Cawangan Raub, Roslan Abd Rahman; Pengerusi PERKIM Cawangan Jerantut, Datuk Tarif Abdul Rahman; Timbalan Kadi Daerah Raub, Amirul Farhan Wahi; Setiausaha Kerja PERKIM, Zulkefli Arifin; Penyelaras Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik; Penyelaras Aset dan Pembangunan, Dato’ Ahmad Mustafa serta Penyelaras Unit Komunikasi dan Media PERKIM, Idris Mamat.
Selain bertanyakan khabar, ramah mesra bersama penduduk kampung turut terjalin ketika penyampaian sumbangan hamper berbentuk makanan asasi bersempena Ramadan disampaikan Setiausaha PERKIMĀ Bahagian Negeri Pahang, Mahadi Deraman dan Pegawai UPPP, Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
Program itu diadakan untuk membantu penduduk kampung memantapkan ilmu Islam dan akidah mereka selain ingin mengenali secara lebih dekat budaya hidup orang asli.
Selain itu, ia dapatĀ meringankan beban masyarakat kampung dengan sumbangan makanan yang diberikan bersempena bulan Ramadan.
Penduduk di situ berasal dari suku kaum Semai merupakan kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman dan tenteram.
Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian seperti getah dan mengusahakan tanaman ubi, koko di tanah sendiri serta terdapat segelintir di antara mereka mencari sumber pendapatan di luar kampung.
Mereka juga lebih gemar mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu, buluh, gaharu dan binatang seperti kura-kura, labi-labi, tupai, monyet, kera dan lotong serta hasil pencarian itu dijual sebagai pendapatan sampingan.
Dari segi kebudayaan, keunikan tarian Sewang dipersembahkan yang merupakan salah satu adat budaya mereka di mana tarian itu pada asalnya bertujuan pemujaan.
Ahli PERKIM berkesempatan mencuba tarian tersebut yang kini telah diadaptasi dengan unsur kontemporari dengan pembaharuan irama lagu, tetapi yang masih kekal ialah irama ketukan buluh dan pemakaian selempang dan tanjak berasaskan daun kelapa.
Menurut Pegawai UPPP PERKIM Kebangsaan, Muhammad Farhan Tee Abdullah, pendekatan menziarah ke perkampungan Orang Asli harus dijadikan agenda utama supaya keimanan dan keyakinan mereka terhadap Islam dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Kesempatan itu juga membolehkan mereka memupuk persaudaraan dengan penduduk kampung terbabit selain beramah mesra dengan kanak-kanak dan warga tua melalui aktiviti yang dirancang.
Walaupun penduduk kampung telah diajar kelas fardu ain oleh penggerak masyarakat Jakim, namun PERKIM juga diberi peluang untuk meningkatkan tahap capaian ilmu penduduk kampung dengan mengajar ilmu fardu ain secara teori dan praktikal.
Antara pengisiannya adalah Rukun Islam, Rukun Iman, bersuci, kuiz Islam, wuduk, azan, kesempurnaan solat dan puasa.
Selain itu diadakan sukaneka bagi kategori kanak-kanak seperti isi air dalam botol, tiup belon sampai pecah, ping-pong sudu, gula-gula dalam tepung manakala acara dewasa pula ialah menimbang bola takraw dan membaling damak.
160 hamper berbentuk makanan seperti beras, kurma, tepung gandum, gula, minyak masak, kopi dan teh diagihkan kepada penduduk kampung Tigol dan Belau yang berasal dari suku kaum Semai ketika sesi ziarah.
Penduduk kampung turut diberikan pakaian terpakai sumbangan orang ramai yang masih lagi dalam keadaan baharu.
70 peratus daripada mereka adalah Islam manakala selebihnya masih mengekalkan kepercayaan animisme sejak turun temurun.
Penduduk kampung mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma bersama Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Raub, Dr. Diana Safrah Selimin.
Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ialah tekanan darah, ujian gula dalam darah, paru-paru, nadi, kawalan pernafasan, pemeriksaan demam, batuk, selesema dan lain-lain.
Dr. Diana turut membantu kanak-kanak memotong kuku, menggosok gigi, membasuh rambut berkutu dan mandi dalam kempen kebersihan diri.
Turut diadakan pertandingan melukis, mewarna, kuiz Islam dan penyampaian cabutan hadiah nombor bertuah.
Pada malamnya berlangsung tayangan animasi bertajuk āMuhammad The Messengerā dan acara kebudayaan Orang Asli.
Jelas Farhan Tee, matlamat utama program itu untuk meninjau dan melakukan tindakan susulan usaha dakwah penduduk di sini setelah tibanya Ramadan.
Meskipun bilangan memeluk Islam hanya 70 peratus, ia penting supaya keyakinan mereka terhadap agama Islam terus subur.
Sejajar dengan firman Allah: āDan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.ā (Ali-Imran: 104)
Maka jelaslah bahawa menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memperluaskan kerja dakwah, kebajikan dan menyeru kepada kebaikan di atas muka bumi ini.
Melalui kemesraan ini digunakan untuk menyampaikan dakwah Islamiah dengan memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada penduduk kampung secara langsung atau tidak langsung.
āPaling utama, perlu dipastikan penduduk kampung kekal dan beriman dengan akidah Islam seterusnya mereka boleh menjadi agen untuk memantapkan akidah di kalangan mereka sendiri,āĀ ujar Farhan Tee.
Dr. Yusof Noor (berdiri) menyampaikan ucapan perasmian di perkarangan Masjid Umar Al-Khattab, Batu Malim, Raub.
Ā Ā
Tetamu kehormat PERKIM mengangkat ibu jari menandakan isyarat bagus.
Dr. Yusof Noor mengibarkan bendera ketika melepaskan kenderaan pacuan empat roda dalam misi penjelajahan ke Pos Sinderut.
Kenderaan pacuan empat roda yang dibawa untuk merentasi belantara.
Jais (kiri) mengagihkan makanan kepada penduduk kampung Lubuk Muman.
Acara sukaneka meniup belon hingga pecah yang diadakan kepada kanak-kanak kampung.
Farhan Tee (kiri) menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada salah seorang penduduk kampung Lubuk Muman.
Penduduk kampung Tigol turut menerima sumbangan berbentuk makanan daripada Mahadi.
Ahli PERKIM bergambar bersama sebahagian penduduk kampung selepas menyampaikan sumbangan.
Dr. Diana Safrah Selimin sedang memeriksa tahap kesihatan kanak-kanak kampung ketika mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma.
Bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental, Mahadi menyuapkan vitamin c kepada kanak-kanak kampung.
Ahli PERKIM Lipis mengagihkan pakaian baru dan terpakai kepada kaum ibu.
Bergambar bersama masyarakat orang asli kampung Tigol, Pos Sinderut.
Penduduk kampung berpeluang menonton tayangan animasi bertajuk ‘Muhammad The Messenger’.
Tarian Sewang dipersembahkan diiringi irama ketukan buluh.
Farhan Tee menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung Belau, Pos Sinderut.
Ahli PERKIM merakamkan kenangan manis ketika bergambar bersama penduduk kampung Belau.