Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Besut Agih 100 Selimut, Pakaian dan Makanan Kepada Mangsa Banjir

HULU BESUT, 2 JANUARI 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Besut telah mengadakan Majlis Agihan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir dekat sini.

Pengerusi PERKIM Cawangan Besut, YBrs Ustaz Anuar Hassan telah menyampaikan sumbangan kepada 100 kepada mangsa yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Penerima berbesar hati dan  mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang disampaikan oleh PERKIM Cawangan Besut.

Anuar berharap sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mereka yang terkesan dengan musibah banjir.

100 mangsa banjir masing-masing menerima selimut, pakaian dan makanan daripada PERKIM Cawangan Besut.


Anuar menyampaikan sumbangan selimut Hilton kepada mangsa banjir.


Penerima sumbangan menerima selimut Hilton daripada Anuar.


Pengerusi PERKIM Cawangan Besut menyampaikan sumbangan toto Hilton kepada mangsa banjir.


Mangsa banjir menerima selimut tebal Hilton daripada Anuar.


Antara 100 mangsa banjir menerima sumbangan selimut daripada Anuar.


Mangsa banjir  turut menerima pakaian yang diagihkan.

Related Articles

Back to top button