Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Wilayah Anjur Majlis Ilmu Ambang Tahun Baharu 2023

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Ilmu Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 bertempat di Surau PERKIM, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini, petang Jumaat.

Majlis tersebut dihadiri lebih 70 orang terdiri daripada saudara baru pelbagai kaum yang juga merupakan pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) serta jemaah surau.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Dakwah dan Kerja PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBrs Ustaz Mohd Jogi Panjaitan Maruli.

Majlis diadakan bertujuan memohon hajat kepada Allah SWT supaya dapat mempertingkatkan iman, amalan dan prestasi saudara baru, memberikan keselamatan, kesejahteraan, perlindungan umat Islam sepanjang tahun 2023.

Turut diadakan ceramah agama disampaikan oleh Guru KPIPK, YBrs Ustaz Muhammad Ramle Mahmud.

Ustaz Jogi turut mengetuai bacaan doa selamat, solat Maghrib, solat Isyak, solat hajat secara berjemaah.

Majlis berakhir dengan jamuan makan malam.


Jogi mengetuai bacaan Surah Yasin sempena ambang tahun baharu 2023.


Pelajar KPIPK dan jemaah surau bersama-sama membaca Surah Yasin diketuai oleh Jogi.


Saudara baru berketurunan Cina dan Filipina menyertai bacaan Surah Yasin.


Saudara baru pelbagai kaum mengikut bacaan Surah Yasin.


Ramle Mahmud menyampaikan ceramahnya sempena ambang tahun baharu.


Pelajar KPIPK dan jemaah surau mendengar ceramah disampaikan.


Tahun baharu 2023 memberikan peningkatan azam dan iman yang kuat buat saudara baru.


Ramle Mahmud membaca doa sempena tahun baharu 2023.


Saudara baru menadah tangan ketika doa dibacakan.


Jogi mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan hajat secara berjemaah.


Muslimat menunaikan solat berjemaah.


Jogi membacakan doa selamat sempena tahun baharu 2023 selepas selesai solat hajat.


Saudara baru mengambil bungkusan makanan yang disediakan.


Jamuan makan malam disediakan kepada hadirin.

Related Articles

Back to top button