Pemilihan AMK PERKIM 2025-2028 Berlangsung Harmoni, 4 NYDP & 13 AMK Terpilih
ᵒˡᵉʰ: ˢᴿᶻ
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝟏𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓— Proses Pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan (AMK) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bagi sesi 2025–2028 telah berlangsung dalam suasana yang aman, harmoni dan penuh teratur.
Pemilihan dijalankan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kali Ke-64 dengan penyertaan perwakilan PERKIM dari seluruh negeri.
Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan AMK PERKIM, YBhg Dato’ Haji Mohd Nawawi Ismail membentangkan kertas taklimat mengenai Pemilihan AMK kepada seluruh perwakilan yang mengundi.
Keputusan rasmi diumumkan pada jam 1.15 tengah hari di mana Timbalan Pengerusi Tetap, YBhg Tuan Haji Abd. Ghafar Mamat mengumumkan bahawa jawatan 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 disandang oleh 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 (𝐃𝐫) 𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐎𝐩𝐞𝐧𝐠 yang juga Premier Sarawak setelah menang tanpa bertanding.
Tuan Haji Abd. Ghafar Mamat dipilih sebagai Pengerusi Tetap selepas memperoleh 86 undian manakala Mahadi Haji Deraman turut menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
Bagi jawatan 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚, empat calon telah dipilih berdasarkan undian tertinggi:
𝟏. 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐫. 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐬𝐢𝐦 – 𝟏𝟑𝟏 𝐮𝐧𝐝𝐢
𝟐. 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐑𝐢𝐝𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 – 𝟏𝟐𝟏 𝐮𝐧𝐝𝐢
𝟑. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 – 𝟏𝟎𝟒 𝐮𝐧𝐝𝐢
𝟒. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐚𝐤𝐡𝐚𝐢𝐞 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 – 𝟏𝟎𝟑 𝐮𝐧𝐝𝐢
Sebanyak 13 orang 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 turut dipilih melalui undi:
𝟏. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐢𝐝 𝐑𝐚𝐯𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝟏𝟒𝟐 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟐. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐇𝐮𝐬𝐡𝐢𝐦 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡 (𝟏𝟒𝟏 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟑. 𝐃𝐫. 𝐀𝐧𝐧 𝐖𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐠 (𝟏𝟑𝟑 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟒. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐂𝐡𝐦. 𝐓𝐬. 𝐃𝐫. 𝐓𝐚𝐮𝐟𝐢𝐪 𝐘𝐚𝐩 𝐘𝐮𝐧 𝐇𝐢𝐧 (𝟏𝟐𝟕 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟓. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝟏𝟐𝟒 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟔. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦 (𝟏𝟐𝟏 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟕. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐇𝐚𝐬𝐛𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐋. 𝐈𝐬𝐚 (𝟏𝟏𝟗 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟖. 𝐃𝐫. 𝐍𝐮𝐫’𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐟 (𝟏𝟏𝟖 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟗. 𝐃𝐫. 𝐀𝐦𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐣𝐢𝐝 (𝟏𝟎𝟔 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟏𝟎. 𝐃𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐫𝐬𝐢𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐨𝐧 (𝟏𝟎𝟑 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟏𝟏. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐬𝐚𝐧 (𝟗𝟗 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟏𝟐. 𝐒𝐒 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐓𝐚𝐰𝐢𝐥 (𝟗𝟕 𝐮𝐧𝐝𝐢)
𝟏𝟑. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐮𝐫𝐞𝐝𝐲 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝟗𝟔 𝐮𝐧𝐝𝐢)
Suasana di bilik pengiraan undi berlangsung dengan penuh ketelitian dan sistematik.
Setiap kertas undi dikira secara telus dan cermat oleh petugas yang terlatih, di bawah pemantauan rapi Ahli Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan serta wakil daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Ini bagi memastikan integriti dan ketelusan proses undian terpelihara sepenuhnya.
Pemilihan ini membuktikan kematangan demokrasi dalam PERKIM serta keyakinan tinggi perwakilan terhadap calon-calon yang dipilih.
Ahli Majlis Kebangsaan yang baharu diharap mampu membawa semangat dan pembaharuan dalam menerajui kepimpinan Islam melalui PERKIM, memperkukuh perpaduan ummah dan memperluas gerakan dakwah yang berstrategik serta responsif terhadap keperluan masyarakat masa kini.
Dengan iltizam dan kesatuan, PERKIM diyakini akan terus menjadi wadah dakwah unggul yang berperanan besar dalam menyantuni umat Islam serta memelihara citra Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.
Dato’ Mohd Nawawi menyampaikan kertas taklimat pemilihan AMK kepada perwakilan.
Beliau meminta supaya para AMK dan perwakilan memilih dengan memangkah pada kotak yang betul.
Kata Dato’ Nawawi lagi, bagi calon Pengerusi Tetap memerlukan 1 undian manakala 4 undian bagi calon Naib Yang Dipertua dan calon AMK perlu memangkah 13 undian.
Tun Dr Mahathir membuat pilihan dengan memangkah calon-calon pada kertas undi.
Dr Yusof Noor memangkah calon-calon pilihannya.
AMK membuat pilihan mereka dengan mengundi calon-calon pada kertas undi.
Suasana pemilihan AMK berlangsung dengan penuh harmoni dan tertib.
Perwakilan memilih calon-calon yang menjadi pilihan mereka.
Naib-Naib Yang Dipertua tidak melepaskan peluang untuk turut sama memilih dalam pemilihan AMK.
Datuk Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi.
Haji Hushim memasukkan kertas undi setelah selesai menunaikan tanggungjawabnya memilih calon AMK.
Tun Dr Mahathir gembira setelah selesai membuat pemilihan ketika memasukkan kertas undian ke dalam peti undi.
Tunku Noor Hayati tersenyum setelah selesai memangkah kertas undi.
Perwakilan memasukkan kertas undi ke dalam peti undi SPR.
Perwakilan tersenyum ketika masukkan kertas undinya.
Perwakilan gembira setelah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.
Peti-peti undi dibawa ke dalam bilik kiraan undi yang tertutup rapi.
Urus setia Pemilihan AMK mengeluarkan kertas undi ke dalam kotak SPR bagi tujuan pengiraan.
Ahli Jawatankuasa Pemilihan AMK meneliti kiraan undi yang dilaksanakan secara sistematik.
Urus setia Pemilihan sedang memasukkan data jumlah kiraan undi ke dalam sistem pengundian.