PERKIM Wadah Dakwah, Kebajikan Umat Islam – Tun Dr Mahathir
ᵒˡᵉʰ: ˢᴿᶻ
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝟏𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 – YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa mesyuarat kali ini menandakan tamatnya tugas beliau sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Tun Dr Mahathir berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-64 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dekat sini pada Sabtu tengah hari.
Sebelum itu, Tun Dr Mahathir mendengar ucapan penangguhan daripada para perwakilan PERKIM seluruh negeri, Wanita PERKIM dan Majlis Belia PERKIM.
Beliau dalam ucapannya penggulungan terakhirnya bersyukur atas kehadiran penuh para perwakilan, pemerhati dan badan gabungan PERKIM serta mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.
Walaupun beliau merasa sumbangannya belum memenuhi hasrat peribadi, beliau tetap komited untuk terus menyokong PERKIM dalam apa jua bentuk selepas peralihan kuasa.
Tun turut memuji peranan aktif wanita dalam PERKIM dan masyarakat Islam, yang kini mendominasi bidang pendidikan dan banyak aspek pembangunan, berbanding masa lampau.
Dalam nada kritikal tetapi ikhlas, beliau menyeru kaum lelaki agar lebih proaktif, bukan sekadar berpolitik atau bersantai tetapi memberi tumpuan kepada agama dan kemajuan ummah.
Beliau menzahirkan kebimbangan terhadap imej Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan, sedangkan pelaku sebenar sering kali bukan Muslim.
Beliau menekankan pentingnya umat Islam bersatu dan kembali patuh kepada ajaran al-Quran yang sebenar, bukan terpengaruh dengan agenda pemimpin tertentu atau mazhab yang memesongkan.
Tun Dr Mahathir turut menyarankan ahli PERKIM menderma RM1 sebulan secara automatik melalui bank sebagai usaha memperkukuh kewangan pertubuhan.
Tun menutup ucapannya dengan penghargaan atas kerjasama yang diterima sepanjang hampir 20 tahun menerajui PERKIM dan berharap organisasi Islam ini terus maju sebagai wadah dakwah dan kebajikan umat Islam.
Para delegasi berdiri sambil menepuk tangan tanda penghormatan kepada Tun Dr Mahathir selepas ucapan penggulungan disampaikan.
Suasana Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-64 ketika bersidang.
Perwakilan PERKIM Negeri Pulau Pinang menyampaikan ucapan penangguhan.
Ucapan penangguhan oleh Perwakilan Wanita PERKIM.
Pencatat minit mesyuarat sedang mencatat ucapan-ucapan daripada perwakilan.
Perwakilan PERKIM Negeri Kelantan menyampaikan hasrat pada ucapan penangguhannya.
Perwakilan PERKIM Negeri Selangor turut menyatakan pandangan dan cadangan dalam ucapan penangguhannya.
Majlis Belia PERKIM turut memberi beberapa cadangan dan buah fikiran dalam ucapan penangguhannya.
Suasana AGM ketika agenda ucapan penangguhan diadakan.
Tun Dr Mahathir menyampaikan ucapan penggulungan pada mesyuarat itu.
Walaupun Tun merasakan sumbangannya belum memenuhi hasrat, beliau tetap komited untuk terus menyokong PERKIM dalam apa jua bentuk selepas peralihan kuasa.
Tun Dr Mahathir turut menyarankan ahli PERKIM menderma RM1 sebulan secara automatik melalui bank sebagai usaha memperkukuh kewangan pertubuhan.