Video
Lebih 250 umat Islam berhimpun menyemarakkan Aidiladha di Madrasah Yayasan As-Siddiqin, Chiang Rai
130 Pelajar Madrasah Yayasan As-Siddiqin terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak golongan fakir miskin, saudara baharu, masyarakat kampung hingga para sukarelawan, semuanya disatukan dalam semangat ukhuwah, pengorbanan dan kasih sayang kerana Allah SWT dengan berhimpun menunaikan solat Hari Raya Aidiladha.

Takbir bergema di bumi Chiang Rai, air mata keinsafan mengalir saat khutbah menyentuh hati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
“Apakah yang telah kita korbankan demi agama?” 
Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan sahabat dakwah yang terus menghidupkan syiar Islam di pedalaman Thailand.



