PERKIM Perbaharui Semula Kerjasama Dengan USIA

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) berhasrat untuk memperbaharui semula kerjasama dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) meliputi pelbagai aspek bagi kebaikan bersama, khususnya dalam pembangunan dakwah.

Hasrat ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Hj Ahmad di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua USIA, Hakim Ghulam, Setiausaha Agung USIA, Iman Ali dan Ketua Penerangan USIA, Datuk Abdullah Hussin.

Kredit: Utusan Borneo

Back to top button