Kepimpinan PERKIM Rakamkan Ucapan Takziah Ismail Haniyeh Kepada Kedutaan Pale5tin
oleh: SRZ
KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2024 – “Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka dari cengkaman Israel,” kata Duta Negara Pale5tin ke Malaysia, Republik Maldives, Brunei Darussalam dan Thailand, Walid Abu Ali.
Walid menyambut mesra dan mengalu-alukan kehadiran kepimpinan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ke Kedutaan Pale5tin bertempat di Jalan Pegawai Off Jalan U-Thant dekat sini pada pagi Jumaat.
Kunjungan hormat itu diketuai oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Menurut Dr Yusof Noor, kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan ucapan takziah dan berduka cita di atas pembunuhan As-Syahid Ismail Haniyeh oleh rejim zionis Israel laknatullahi ‘alaihim.
Beliau merupakan antara pemimpin Hamas yang sangat kental dan teguh jiwanya memperjuangkan nasib umat Islam di Pale5tin.
Kata Yusof Noor, PERKIM telah diasaskan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kini PERKIM dipimpin oleh bekas Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ujarnya, kami baru sahaja selesai mengadakan perhimpunan bulanan di pejabat kami dan di dalam ucapannya beliau memaklumkan bahawa ada sesuatu perkara yang kurang diambil cakna oleh masyarakat ialah perluasan kuasa eropah melalui campur tangan Israel dan Amerika.
Semoga segala jasanya dicatat sebagai amal-amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”. (Surah ali Imran, ayat 169)
“Semalam saya edarkan satu peta Palestin yang asal kepada media sosial, tetapi peta yang asal itu telah berubah selepas daripada tahun 1948 kerana kedurjanaan penjajah,” jelas Dr Yusof Noor sambil menunjukkan gambar di telefonnya ke arah Walid.
Menurut Walid Abu Ali, beliau telah mendengar kenyataan daripada Tun Mahathir yang menyokong penuh dan bersuara secara lantang berkenaan isu Palestin.
Katanya, beliau memahami keprihatinan, duka cita dan rasa simpati yang ditunjukkan oleh PERKIM.
Jelas Walid lagi, Pemimpin Hamas, As-Syahid Ismail Haniyeh akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Doha di mana jenazahnya dibawa dari Tehran ke Doha malam tadi.
Jenazah kemudiannya akan disolatkan di Masjid Imam Muhammad Ibn Abd Al Wahhab, Doha dan akan dikebumikan dengan diringi oleh ahli keluarga beliau.
Walid juga berkesempatan memimpin doa untuk keselamatan rakyat Palestin dan diaminkan oleh kepimpinan PERKIM.
“Saya menetap di Malaysia untuk sekian lama di mana empat kerajaan yang berbeza telah bertukar dan empat Perdana Menteri yang berbeza dan dua kepimpinan Yang Dipertuan Agong.
Tambahnya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Palestin dan kami berasa amat berbangga dengan rakyat Malaysia.
Kami tertanya-tanya mengapakah bukan semua negara Islam memberikan sokongan kepada Palestin dan mengapa tidak semua negara Arab memberikan sokongan kepada Palestin?
Ulas beliau, kita semua sedia maklum pihak Israel mengambil kesempatan terhadap kepincangan yang berlaku dalam kalangan negara Islam sendiri dan cuba menimbulkan masalah serta melaga-lagakan negara-negara Islam.
Namun kita bersyukur kepada Allah SWT, rakyat Malaysia bersatu padu sebulat suara menyatakan solidariti dan memberi sokongan penuh kepada rakyat dan negara Palestin.
Rakyat kami di Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali Masjid Al-Aqsa, akan tetapi pihak Israel cuba memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
“Pagi tadi saya berada di Kedutaan China di mana saya bertemu dengan Duta Negara China ke Kuala Lumpur.
“China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan China membantu dalam menyatukan orang orang Palestin.
“Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Tun Mahathir juga turut berunding dengan China bagi meraih sokongan terhadap Palestin,” ujar Walid.
Ulas Walid lagi, semoga mendapat keadilan dengan apa yang telah berlaku iaitu keganasan Israel terhadap As-Syahid Ismail Haniyeh di Tehran.
Israel adalah golongan pengganas yang boleh beroperasi dengan jayanya dengan adanya sokongan dari pihak pengurusan Amerika Syarikat.
Pihak Israel menyerang Selatan Lubnan, Beirut, Yaman serta Tehran dan mereka tidak menghormati mana-mana negara kerana Israel merasakan mereka sangat berkuasa dan mempunyai kuasa mutlak dengan sokongan dari Amerika.
Di peringkat antarabangsa negara-negara lain seharusnya bertanggungjawab mengakhiri penyeksaan ini terhadap rakyat Palestin terutamanya di Gaza.
Sistem kesihatan, Pendidikan, infrastruktur, ekonomi, perairan tanaman dan kesuluruhanya telah hancur dan musnah di Gaza akibat serangan dari pihak Israel.
“Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka dari cengkaman Israel dan doakan keamanan buat rakyat Palestin,” ujarnya mengakhiri ucapannya.
Terdahulu, Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman Facebook, menzahirkan perasaan sedih dan marah ke atas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu lalu.
Tun Mahathir juga memuji Ismail Haniyeh sebagai seorang pemimpin yang gigih memperjuangkan pembebasan Palestin tanpa mengenal penat lelah. Beliau menghargai perjuangan Ismail sebagai contoh bagi pejuang kemerdekaan.
Tun Mahathir menyifatkan Israel sebagai negara yang melakukan genosid dan mengkritik media Barat yang terus mengutuk Hamas dan Ismail sebagai pengganas. Beliau menyoroti sikap hipokrasi dan memihak terhadap Israel dalam konflik Palestin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu kekal sebagai peringatan betapa hinanya Israel dan pihak-pihak yang menyokong rejim Zionis itu sebagai hipokrit dan pengganas yang sebenar.
“Saya berasa bangga dan bertuah dapat berkenalan dengan Ismail selama ini. Seorang lelaki yang lembut tutur kata, namun memiliki hati seperti singa.
“Perjuangan Ismail tanpa mengenal penat lelah dalam memperjuangkan pembebasan Palestin menentang penjajahan Israel, sesuatu yang harus diteladani setiap pejuang kemerdekaan.
“Palestin dan seluruh dunia kehilangan seorang pemimpin yang hebat dan seorang pejuang kebebasan,” katanya.
Di akhir pertemuan, Walid menyarungkan mafla Palestin masing-masing kepada Dr Yusof Noor, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim serta Setiausaha Kerja Eksekutif PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin.
Kepimpinan PERKIM diketuai oleh Dr Yusof Noor dan Dr Ridhuan Tee berkunjung ke Kedutaan Pale5tin untuk menyampaikan ucapan takziah di atas terkorbannya Ismail Haniyeh di Tehran.
Pegawai Kedutaan Pale5tin menjemput masuk kepimpinan PERKIM ke pejabatnya di Jalan Pegawai Off Jalan U-Thant, di ibu negara.
Walid Abu Ali (tengah) mengalu-alukan dan menyambut mesra kehadiran kepimpinan PERKIM di atas hasrat untuk menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian As-Syahid Ismail Haniyeh.
Walid Abu Ali memimpin bacaan doa supaya Ismail Haniyeh ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Walid juga berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin dan diaminkan oleh kepimpinan PERKIM.
Walid menunjukkan peta penuh Pale5tin sambil berkata dengan penuh tegas, “Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka!”
Dr Ridhuan Tee turut bertanyakan mengenai isu terkini Pale5tin yang sahih daripada Walid Abu Ali.
Walid Abu Ali menyarungkan mafla Pale5tin kepada Dr Ridhuan Tee.
Dato’ Abdul Hanif Harun menerima kain mafla Pale5tin daripada Walid Abu Ali.
Datuk Mohamad Nordin Ibrahim teruja ketika memegang kain mafla Pale5tin selepas dihadiahkan oleh Walid Abu Ali.
Walid memakaikan mafla Pale5tin kepada Zulkefli Arifin.
Kepimpinan PERKIM yang telah dipakaikan mafla Pale5tin bergambar bersama Duta Negara Pale5tin ke Malaysia, Walid Abu Ali (tengah).