Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 PERKIM Cipta Sejarah, Wakaf Diangkat Sebagai Agenda Nasional
๐๐๐๐ ๐ง๐๐จ๐ค๐ก๐ช๐จ๐ ๐๐๐จ๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฃ๐ฉ๐๐ง๐, ๐๐ช๐ ๐ ๐ก๐๐ข๐๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ง๐ช ๐ฅ๐๐ข๐๐๐ฃ๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐ช๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ ๐๐ก๐ค๐๐๐ก
แตหกแตสฐ: แดนแดผแดดแดฐ. หขสธแดฌแดดแดฟแดตแดธ แดฟแดผหขแดฐแดต แดฌแดดแดนแดฌแดฐ แถปแดฌแดดแตแดฐแดต
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฎ๐ณ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Sejarah baharu pembangunan institusi wakaf negara tercipta apabila Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi penyerahan tiga resolusi strategik kepada Perdana Menteri, ๐ฌ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ผ’ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ Anwar Ibrahim sebagai asas memperkukuh ekosistem wakaf negara dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju pembangunan wakaf serta dakwah di peringkat antarabangsa.
Resolusi yang diserahkan oleh ๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฒ๐ฟ ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ), ๐ฌ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฃ๐ฎ๐๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ (๐๐ฟ.) ๐๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐ฅ๐ฎ๐ต๐บ๐ฎ๐ป ๐ญ๐ผ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ง๐๐ป ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ข๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด bukan sekadar melambangkan hasil perbincangan ilmiah sepanjang konvensyen, bahkan menjadi manifestasi kesepakatan kerajaan, institusi agama, sektor korporat, institusi kewangan, akademia dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkasakan wakaf sebagai instrumen pembangunan negara.
Konvensyen sulung anjuran PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) itu menghimpunkan lebih 1,500 peserta daripada pelbagai negara dan sektor, sekali gus membuktikan bahawa agenda wakaf kini semakin mendapat perhatian sebagai mekanisme pembangunan sosioekonomi ummah yang mampan.
Persidangan sebelah petang di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merupakan kesinambungan kepada sesi pagi yang menyaksikan majlis perasmian disempurnakan oleh ๐๐๐น๐ถ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ต๐ฎ ๐ ๐๐น๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐๐น๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐ฟ๐ถ๐ป ๐ ๐๐ถ๐๐๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต ๐ถ๐ฏ๐ป๐ถ ๐๐น๐บ๐ฎ๐ฟ๐ต๐๐บ ๐ฆ๐๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ต๐ถ๐ฏ๐ฏ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต ๐๐น-๐ ๐ฎ๐ด๐ต๐ณ๐๐ฟ-๐๐ฎ๐ต, ๐ฆ๐๐น๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐๐น ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐๐๐ฎ๐ป.
Dalam titah perasmiannya, Sultan Nazrin menegaskan bahawa wakaf perlu dibangunkan semula berteraskan keberkatan, tadbir urus yang berintegriti dan pembangunan lestari, sambil mengingatkan bahawa kekuatan tamadun Islam sejak dahulu lahir daripada budaya berwakaf yang berjaya membina universiti, hospital, perpustakaan, pusat penyelidikan dan pelbagai institusi kebajikan yang terus memberi manfaat merentasi zaman.
Sesi petang konvensyen yang diacarakan oleh Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan, Muhammad Farhan Tee Abdullah bersama Timbalan Eksekutif Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Abdul Qawi Navine Abdullah menampilkan perbincangan yang lebih menjurus kepada pembentukan dasar dan hala tuju masa depan institusi wakaf negara.
Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Dr. Haji Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Haji Muhammad Fitri Abdullah dan Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad; Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Naib Ketua Wanita PERKIM 1, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib Alsree; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar; Bendahari Kehormat PERKIM, Datu Haji Mersal Abang Rosli; Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM termasuk YB Dato’ Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Datuk Haji Hasbullah L. Isa, Dr. Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid, Datin Paduka Hajah Norsiah Haron, SS Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil serta Yang Dipertua Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad dan Bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.
Pembentangan bertajuk “Wakaf: Enjin Kelestarian untuk Dakwah dan Pembangunan Mualaf” oleh ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ช๐ฎ๐พ๐ฎ๐ณ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฑ๐ท๐๐ป๐ด ๐๐ฟ. ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ mengupas potensi wakaf sebagai sumber pembiayaan lestari dalam memperkukuh agenda dakwah, pendidikan dan kebajikan khususnya terhadap pembangunan saudara baharu.
Perbincangan diteruskan melalui forum antarabangsa “Wakaf Global untuk Dakwah: Amalan Terbaik dan Model Kelestarian” yang menghimpunkan tokoh-tokoh dari Malaysia iaitu ๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ป, ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฅ๐ฒ๐น๐ถ๐ฒ๐ณ ๐๐ด๐ฒ๐ป๐ฐ๐ (๐ ๐ฅ๐), ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฟ. ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐ธ dan ๐ฅ๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ, ๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ผ๐ป๐ถ, ๐ง๐ต๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ฑ, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ. ๐๐ฟ. ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น ๐๐๐๐ณ๐ถ ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ถ๐๐ฎ bagi berkongsi pengalaman memperkukuh jaringan wakaf rentas sempadan serta memperluaskan manfaatnya kepada masyarakat dunia.
Sesi terakhir mengenai Penubuhan Tabung Wakaf Dakwah Nasional disampaikan oleh ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ, ๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ช๐ถ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐๐ฎ๐ป (๐ ๐๐๐ช๐ฃ), ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐น๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฒ๐ฒ๐ฟ dan ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ก๐๐๐๐, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ผ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ ๐๐ฟ. ๐ ๐ฎ๐ด๐ฑ๐ฎ ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น ๐๐ฏ๐ฑ๐ฒ๐น ๐ ๐ผ๐ต๐๐ถ๐ป pula menjadi antara tumpuan utama apabila panel mencadangkan penubuhan sebuah dana nasional yang mampu menjadi pemangkin kepada pembiayaan program dakwah, pendidikan, kebajikan, pembangunan modal insan serta inovasi berasaskan wakaf secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.

Dalam ucapan majlis penutup, Tan Sri Abang Johari menegaskan bahawa konvensyen tersebut bukan sekadar menjadi platform pertukaran pandangan, sebaliknya menjadi titik tolak kepada satu gerakan nasional untuk mengangkat institusi wakaf ke tahap yang lebih progresif.
Beliau berkata, dunia kini sedang berhadapan dengan perubahan pantas termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, perubahan geopolitik serta cabaran ekonomi global yang menuntut institusi wakaf turut berubah mengikut keperluan zaman.
“Kita percaya bahawa apabila wakaf diurus dengan amanah, diterajui dengan kepakaran dan diperkasakan melalui teknologi, manfaatnya akan melangkaui sempadan geografi, bangsa dan generasi. Inilah semangat Islam yang sebenar, iaitu membina, mempersatukan dan membawa rahmat kepada seluruh alam,” katanya.
Menurut beliau, dokumen resolusi yang diserahkan kepada Perdana Menteri bukan sekadar mengandungi cadangan dasar, malah membawa harapan jutaan umat Islam agar wakaf muncul sebagai kuasa baharu yang mampu membina masyarakat, mengangkat martabat ummah dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia serta dunia Islam.
Beliau turut menegaskan bahawa PERKIM komited menjadi rakan strategik kerajaan dalam membina ekosistem wakaf yang moden, profesional, telus dan mampan melalui kerjasama erat dengan institusi agama, sektor korporat, akademia dan masyarakat.

Dalam ucapan penutupan rasmi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyambut baik segala syor yang dikemukakan dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneliti serta memperhalusi resolusi berkenaan secara menyeluruh.
Perdana Menteri berkata, beliau akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengadakan perbincangan bersama PERKIM, RISEAP, Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan sebelum cadangan tersebut dibawa ke Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
“Cadangan khusus mengenai Wakaf Dakwah ini akan diberi perhatian serius. Kerajaan komited memperkukuhkan institusi wakaf agar mampu menjadi instrumen pembangunan ummah yang lebih berkesan dan relevan dengan cabaran semasa,” katanya.
Beliau turut memuji kepimpinan Tan Sri Abang Johari yang disifatkan berjaya menghidupkan kembali peranan PERKIM sebagai institusi dakwah yang sederhana, progresif dan inklusif sebagaimana diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Menurut beliau, pendekatan dakwah secara bil hikmah wal mau’izatil hasanah perlu terus diperkasakan dalam mendepani cabaran Islamofobia, prasangka terhadap Islam dan perubahan geopolitik dunia.
Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa penguasaan teknologi seperti kecerdasan buatan, pendigitalan dan pengkomputeran kuantum mesti diseimbangkan dengan nilai akhlak, etika dan jati diri supaya pembangunan yang dicapai tidak meminggirkan nilai kemanusiaan.
Konvensyen itu mencapai kata sepakat mengemukakan tiga resolusi utama kepada Kerajaan Persekutuan.
Resolusi pertama mencadangkan penubuhan Working Consultancy Group Wakaf bagi menyemak, mengkaji dan memperkukuh struktur pengurusan wakaf negara melalui penglibatan pakar daripada pelbagai bidang.
Resolusi kedua menekankan keperluan mempercepatkan pendigitalan institusi wakaf menerusi pembangunan platform digital yang mampu menghubungkan dana, kepakaran, inovasi dan jaringan kerjasama strategik sehingga Malaysia muncul sebagai hab inovasi wakaf antarabangsa.
Resolusi ketiga pula menyeru kepada usaha menyeluruh memperkukuh ekosistem wakaf negara melalui pengukuhan tadbir urus, pembangunan modal insan, pelaburan patuh syariah, inovasi, teknologi serta kerjasama erat antara kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri, institusi wakaf, sektor korporat, akademia dan masyarakat.
Ketiga-tiga resolusi itu dijangka menjadi asas kepada pembentukan dasar baharu yang mampu mentransformasikan institusi wakaf daripada sekadar instrumen kebajikan kepada pemacu ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan negara.
Konvensyen berkenaan turut mendapat sokongan strategik daripada MAIWP, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), ToyyibPay, Global Wakaf Al-Quran, Wangsa Ultima, PIIAM, IKIMfm dan Bank Rakyat.
Dengan berakhirnya IWDC 2026, Malaysia bukan sahaja berjaya menghimpunkan pemimpin, ilmuwan dan pengamal wakaf dari dalam serta luar negara, malah berjaya meletakkan agenda wakaf sebagai salah satu keutamaan nasional yang diyakini mampu memperkukuh pembangunan ekonomi sosial Islam, memperkasakan dakwah dan membina masa depan ummah yang lebih mampan untuk generasi akan datang.

Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 anjuran PERKIM dengan kerjasama RISEAP meneruskan pada sesi petang.

Peserta konvensyen melihat pameran sejarah PERKIM.

Gandingan pengacara Muhammad Farhan Tee dan Abdul Qawi Navine menyerikan majlis.

Pembentangan bertajuk “Wakaf: Enjin Kelestarian untuk Dakwah dan Pembangunan Mualaf” disampaikan oleh ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ช๐ฎ๐พ๐ฎ๐ณ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฑ๐ท๐๐ป๐ด ๐๐ฟ. ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ.

Dr. Ridzwan Bakar mengupas potensi wakaf sebagai sumber pembiayaan lestari dalam memperkukuh agenda dakwah, pendidikan dan kebajikan.

Peserta menghayati konvensyen yang disampaikan oleh pembentang.

Perbincangan diteruskan melalui forum antarabangsa “Wakaf Global untuk Dakwah: Amalan Terbaik dan Model Kelestarian” yang disampaikan oleh ๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ป, ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฅ๐ฒ๐น๐ถ๐ฒ๐ณ ๐๐ด๐ฒ๐ป๐ฐ๐ (๐ ๐ฅ๐), ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฟ. ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐ธย dan ๐ฅ๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ, ๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ผ๐ป๐ถ, ๐ง๐ต๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ฑ, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ. ๐๐ฟ. ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น ๐๐๐๐ณ๐ถ ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ถ๐๐ฎ serta dipengerusikan oleh Timbalan Presiden iWAQF, Prof. To’ Puan Dr Nor Asiah Mohamad.

Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Ismail dan Prof. Dr. Asiahย berkongsi pengalaman masing-masing dalam memperkukuh jaringan wakaf rentas sempadan serta memperluaskan manfaatnya kepada masyarakat dunia.

Sesi terakhir mengenai Penubuhan Tabung Wakaf Dakwah Nasional disampaikan oleh ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ ๐๐๐ช๐ฃ, ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐น๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฒ๐ฒ๐ฟ dan ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ก๐๐๐๐, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ผ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ ๐๐ฟ. ๐ ๐ฎ๐ด๐ฑ๐ฎ ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น ๐๐ฏ๐ฑ๐ฒ๐น ๐ ๐ผ๐ต๐๐ถ๐ป pula menjadi antara tumpuan utama apabila panel mencadangkan penubuhan sebuah dana nasional.

Pertemuan Premier Sarawak bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM dengan wakil Tabung Amanah Dakwah Islamiah Libya-Malaysia Berdaftar.

Yang Dipertua PERKIM, Abang Johari bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM menyambut ketibaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di perkarangan KLCC.

Perdana Menteri melambai tangan ke arah kamera telefon urus setia PERKIM ketika berarak bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM ke Plenary Hall.

Kepimpinan Tertinggi PERKIM berkesempatan bergambar rasmi bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM dan peserta di majlis perasmian penutup IWDC 2026.

Tan Sri Abang Johari menegaskan bahawa konvensyen tersebut bukan sekadar menjadi platform pertukaran pandangan, sebaliknya menjadi titik tolak kepada satu gerakan nasional untuk mengangkat institusi wakaf ke tahap yang lebih progresif.

Tan Sri Yang Dipertua PERKIM berkata, dunia kini sedang berhadapan dengan perubahan pantas termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, perubahan geopolitik serta cabaran ekonomi global
z
Tetamu kehormat dan sidang hadirin mendengar ucapan yang disampaikan oleh Premier Sarawak.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026.

“Kerajaan komited memperkukuhkan institusi wakaf agar mampu menjadi instrumen pembangunan ummah yang lebih berkesan dan relevan dengan cabaran semasa,” kata Anwar Ibrahim.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim memuji kepimpinan Tan Sri Abang Johari yang disifatkan berjaya menghidupkan kembali peranan PERKIM sebagai institusi dakwah yang sederhana, progresif dan inklusif.

Yang Dipertua PERKIM mengemukakan tiga resolusi utama kepada Perdana Menteri.

Tan Sri Abang Johari, Dr. Shahidan Kassim dan Dr Ridhuan Tee kelihatan ketika mengiringi Anwar Ibrahim pulang.

Lebih 50 urus setia merakamkan gambar kenangan selepas berakhirnya Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026.
แดนแดผแดดแดฐ. หขสธแดฌแดดแดฟแดตแดธ แดฟแดผหขแดฐแดต แดฌแดดแดนแดฌแดฐ แถปแดฌแดดแตแดฐแดต / แตแดนแดต แดนแตหขแถ แดตแดฟแดฌแดด แดฌแดฎแดฐแตแดธ แดณแดดแดฌแดบแดต



