Aktiviti Wanita PERKIM

Majlis Iftar Keluarga Tengku Panglima Besar Pahang Erat Silaturahim Bersama PERKIM

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—™๐—˜๐—•๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—ฌ๐—”๐—  ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜‡๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ป๐—ถ ๐—”๐—น๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—บ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ berkenan mengadakan Majlis Iftar Keluarga Tengku Panglima Besar Pahang bersama ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—ง๐—  ๐—ง๐˜‚๐—ป๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ ๐—›๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ป๐—ธ๐˜‚ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—น-๐—›๐—ฎ๐—ท di Bilik Majlis, Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, dekat sini, petang Sabtu.

Turut berangkat ialah ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ’ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฅ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—”๐˜‡๐—ถ๐˜‡ selaku ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป dan ๐—ง๐˜‚๐—ป๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—”๐—น๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—บ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚ ๐—๐—ฎ’๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ฟ, ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, kerabat keluarga Panglima, barisan eksekutif serta kakitangan PERKIM, saudara baharu, Majlis Belia PERKIM dan Kelab PERKIM Universiti (KPU).

Majlis diserikan dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ’ ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ฑ๐—น๐—ถ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป yang mengupas bahaya sifat dengki sebagai punca kejatuhan manusia sejak awal penciptaan.

Dalam tazkirahnya, beliau mengimbau kisah Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam kerana merasakan dirinya lebih mulia, sekali gus memperlihatkan bahawa kesombongan dan hasad merupakan dosa pertama di langit. Akibat keangkuhan tersebut, Iblis diusir dan dilaknat hingga hari kiamat.

Beliau turut menyentuh peristiwa pembunuhan pertama di dunia melibatkan Qabil dan Habil yang berpunca daripada perasaan dengki apabila korban Habil diterima Allah SWT manakala korban Qabil ditolak.

Tegasnya, sifat hasad bukan sekadar penyakit hati, malah mampu meruntuhkan hubungan kekeluargaan serta mencetuskan jenayah besar.

Mengulas lanjut, Dato’ Badli Shah menjelaskan bahawa Ramadan merupakan madrasah terbaik untuk menyucikan hati. Rasa cemburu mungkin fitrah, namun jangan sehingga bertukar menjadi dengki yang membawa kepada kebencian dan doa keburukan terhadap orang lain.

Beliau turut merujuk riwayat dalam Musnad Imam Ahmad yang dinilai sahih oleh Al-Hakim mengenai seorang lelaki yang diumumkan Rasulullah SAW sebagai ahli syurga selama tiga hari berturut-turut.

Amalan istimewa lelaki tersebut bukanlah ibadah tambahan yang luar biasa, sebaliknya setiap malam sebelum tidur beliau membersihkan hati, memaafkan semua orang dan menghapuskan segala dengki.

Selain itu, beliau menegaskan kepentingan memohon perlindungan daripada sifat hasad sebagaimana diajar dalam Surah Al-Falaq yang mengandungi doa agar dilindungi daripada kejahatan makhluk, kegelapan malam, sihir dan hasad dengki.

Rasulullah SAW sendiri pernah diuji dengan sihir oleh Labid bin Al-Asam dan dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, dinyatakan bahawa penyakit โ€˜ain akibat pandangan mata dengki itu benar serta boleh mendatangkan mudarat dengan izin Allah SWT.

Sejurus selesai tazkirah, majlis diteruskan dengan berbuka puasa ringan dan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Datoโ€™ Dr. Badli Shah, diikuti jamuan makan utama.

Tetamu kehormat kemudian menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih yang dipimpin oleh Eksekutif Media PERKIM Kebangsaan, Ustaz Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi.

Dalam ucapannya, Tengku Tan Sri Azlan menzahirkan rasa syukur dan berbesar hati atas kehadiran para tetamu serta warga PERKIM dan saudara baharu yang memeriahkan majlis tersebut.

Baginda bertitah bahawa penganjuran majlis bukan sekadar untuk berbuka puasa bersama, malah sebagai wadah mengeratkan ukhuwah serta merancang usaha kebajikan dan dakwah pada masa hadapan.

Sementara itu, Tunku Noor Hayati menjunjung kasih atas kesudian Tengku Panglima Besar Pahang menjemput beliau serta warga PERKIM dan saudara baharu.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Tengku Tan Sri Azlan sekeluarga.

Tunku Noor Hayati yang juga Naib Yang Dipertua PERKIM berkata, PERKIM bersama Majlis Belia PERKIM dan Kelab PERKIM Universiti akan terus memainkan peranan melahirkan pelapis kepimpinan yang berwibawa demi agama, bangsa dan negara.

Pada akhir majlis, Tunku Puan Sri Datoโ€™ Hajjah Noor Hayati menyampaikan plak PERKIM dan cenderamata kenangan kepada Tengku Panglima Besar Pahang sebelum sesi fotografi diadakan.

Turut hadir Pengarah Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, YBhg. Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad; Eksekutif Pentadbiran, Ahmad Hasaidi Said; Eksekutif Dakwah, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah; Eksekutif Kewangan, Mohd. Aizat Rosli; Eksekutif Pembangunan Wanita, Fatin Hamizah Ismail; Eksekutif Dakwah 2, Ustazah Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan; Eksekutif Dakwah 3, Ustazah Nur Syahirah Musa serta Ketua Majlis Belia PERKIM Pusat, Muhammad Azhar Hafiz Mohd. Shafie.

Hadir sama, kakitangan PERKIM, Azura Abdul Rahman, Fatin Akmal Aksah, Umi Musfirah Abdul Ghani dan Suria Abdullah.

 


Warga PERKIM Kebangsaan yang dijemput di Majlis Iftar Keluarga Tengku Panglima Besar Pahang.

 


Keberangkatan tiba Tengku Tan Sri Azlan (berkemeja putih) bersama Tengku Tan Sri Mohamad Rizam dan Tengku Noor Hayati ke perkarangan KLGCC.

 


Turut dijemput khas, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Haji Badli Shah Alauddin (kiri).

 


Dato’ Dr Haji Badli Shah Alauddin menyampaikan tazkirah Ramadan kepada sidang hadirin.

 


Hadirin mendengar tazkirah yang disampaikan Timbalan Mufti Pahang yang mengulas bahawa Ramadan merupakan madrasah terbaik untuk menyucikan hati.

 


Warga kerja PERKIM tekun mendengar tazkirah yang disampaikan.

 


Tazkirah Timbalan Mufti Pahang turut mengingatkan hadirin bahawa setiap malam sebelum tidur perlu membersihkan hati, memaafkan semua orang dan menghapuskan segala dengki.

 


Majlis Belia PERKIM Pusat turut hadir di majlis iftar tersebut.

 


Dato’ Dr Haji Badli Shah memimpin doa berbuka puasa beserta doa selamat.

 


Dato’ Dr Badli Shah turut memimpin solat Maghrib berjemaah.

 


Muslimat turut mengaminkan doa selepas selesai menunaikan solat.

 


Tengku Panglima Besar Pahang bersama tetamu kehormat menikmati santapan berbuka puasa.

 


Tengku Tan Sri Azlan dalam ucapannya bertitah bahawa penganjuran majlis bukan sekadar untuk berbuka puasa, malah sebagai wadah mengeratkan ukhuwah serta merancang usaha kebajikan dan dakwah pada masa hadapan.

 


Tunku Noor Hayati menjunjung kasih atas kesudian Tengku Panglima Besar Pahang menjemput beliau serta warga PERKIM dan saudara baharu ke majlis iftar keluarganya.

 


Warga PERKIM, Belia PERKIM dan saudara baharu berkesempatan bergambar kenangan bersama keluarga Tengku Panglima Besar Pahang.

Related Articles

Back to top button