Mahabbah Pulau Ketam Semarak Kesedaran Kesihatan, Kebajikan dan Perpaduan
๐ค๐ก๐๐: ๐๐๐๐ฟ ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฟ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ผ๐๐๐ฟ๐
๐๐๐๐ก๐, ๐ฑ ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Cina Pulau Ketam memasuki hari kedua dengan pengisian yang menyentuh aspek kesihatan, kebajikan serta pengukuhan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dan warga Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Program anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berlangsung di Dewan Komuniti Pulau Ketam, Klang, Selangor.
Lebih 50 penduduk kampung mengambil bahagian dalam sesi ceramah kesihatan bertajuk โKesedaran Penyakit Buah Pinggang Kronikโ yang disampaikan ๐๐๐ฟ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐น๐ถ๐ป๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐บ, ๐๐๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ญ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ sambil diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin oleh ๐จ๐ฟ๐๐ ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐น๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ด ๐ฌ๐ ๐ญ๐ต๐ผ๐ป๐ด.

Dalam ceramah berkenaan, Azizah menerangkan fungsi utama buah pinggang termasuk menapis bahan buangan dan toksik daripada darah, mengeluarkan lebihan air melalui air kencing, membantu mengawal tekanan darah serta menyokong pembentukan sel darah merah dan kesihatan tulang.
Beliau turut memberi penerangan mengenai penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang berlaku apabila fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur dan berterusan melebihi tiga bulan.
Penyakit berkenaan pada peringkat awal lazimnya tidak menunjukkan kesakitan atau gejala yang jelas, menyebabkan ia sering dianggap sebagai โpembunuh senyapโ.
Antara faktor utama yang diterangkan termasuk diabetes, tekanan darah tinggi, pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan tanpa nasihat doktor serta penggunaan ubat tradisional atau suplemen yang tidak berdaftar.
Azizah juga turut menekankan bahawa kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir mungkin memerlukan rawatan dialisis berterusan atau pemindahan buah pinggang, selain risiko peningkatan penyakit jantung dan strok, anemia serta masalah tulang.
Sulaiman Ding turut mengaitkan kepentingan menjaga pemakanan, menjauhi perkara yang memudaratkan kesihatan serta memahami bahawa ajaran Islam turut memberikan panduan berkaitan perkara yang boleh dan tidak boleh dimakan atau dilakukan.
Antara yang menyertai program tersebut ialah urus setia dari PERKIM Kebangsaan iaitu ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐๐ฏ๐๐ฉ ๐๐ค๐จ๐ก๐; ๐๐๐จ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐จ๐๐๐ข; ๐ผ๐ฏ๐ช๐ง๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ข๐๐ฃ; ๐๐ค๐๐๐๐ฏ๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ, ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ผ๐ ๐ข๐๐ก ๐ผ๐ ๐จ๐๐; ๐๐ช’๐๐ก๐๐จ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐ฃ๐ช๐๐ง; ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ก ๐ผ๐ฆ๐๐ก ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐จ๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐๐ฏ ๐๐๐จ๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ค๐ ๐ข๐๐ฃ.
PERKIM Bahagian Negeri Selangor pula diwakili ๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐จ๐ค๐๐ ๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ข๐๐, ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ฏ๐๐ข ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐๐ข, ๐๐๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐ช๐๐ ๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ข๐๐ฃ, ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ฏ๐๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก๐ก๐๐ serta beberapa orang sukarelawan.

๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ถ๐ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต berkata penganjuran Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Cina itu bukan sekadar bertujuan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan, sebaliknya menjadi wadah untuk PERKIM mendekati masyarakat secara lebih dekat dan membina hubungan yang berterusan.
Menurut beliau, program pendekatan turun padang amat penting bagi memahami realiti kehidupan masyarakat setempat, khususnya komuniti yang tinggal di kawasan pulau dengan latar belakang kehidupan, budaya dan sumber ekonomi yang tersendiri.
Ustaz Jais Mariappan berkata, program yang mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Selangor, PERKIM Cawangan Klang, Balai Islam Pulau Ketam serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bagan Pulau Ketam itu merangkumi ceramah kesihatan, ziarah kebajikan dan aktiviti sukaneka turut mencerminkan pendekatan holistik bersama dalam melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan, selain memperkukuh persefahaman antara masyarakat Islam dan bukan Islam menerusi semangat mahabbah, prihatin dan saling menghormati.
Selesai sesi ceramah kesihatan, rombongan PERKIM meneruskan program dengan ziarah mahabbah ke lima buah rumah penduduk bagi menyampaikan pek makanan dan menyantuni keluarga berkenaan secara lebih dekat.
Setiap pek makanan mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, biskut, tepung, mi segera, bihun, kopi, susu dalam tin, sardin termasuk sabun badan dan sabun pencuci.
Selain lima keluarga yang diziarahi, baki 45 penduduk kampung menerima pek makanan yang disampaikan di Dewan Komuniti Pulau Ketam.
Turut menerima manfaat ialah asnaf miskin dan saudara baharu (mualaf) menerusi pek makanan yang ditaja MAIWP.
Keprihatinan urus setia turut diteruskan apabila barangan bantuan dihantar ke beberapa buah rumah penduduk yang tidak dapat hadir ke dewan untuk menerima sumbangan dengan menaiki motosikal elektrik.
Pada sebelah petang, suasana program bertukar lebih meriah apabila penduduk kampung bersama pengunjung dari luar menyertai pelbagai aktiviti sukaneka yang dirangka untuk menggalakkan interaksi dan kemesraan tanpa mengira latar belakang.
Bagi kategori dewasa, acara yang dipertandingkan termasuk kerusi berirama, membawa bola pingpong menggunakan sudu, memasukkan benang ke dalam jarum serta pertandingan mengoyakkan kertas untuk menghasilkan jalur paling panjang.
Kanak-kanak pula mengambil bahagian dalam acara kerusi berirama, membawa bola pingpong menggunakan sudu, larian berpasangan dengan kaki diikat serta pertandingan meniup belon paling besar.
Gelak tawa dan sorakan peserta serta penyokong memeriahkan suasana sepanjang pertandingan, sekali gus menjadikan program sebagai ruang santai untuk penduduk dan rombongan PERKIM berinteraksi dalam suasana penuh kekeluargaan.
Hadiah kemudian disampaikan kepada para pemenang oleh urus setia sebagai penghargaan terhadap penyertaan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.

Sementara itu, penduduk Kampung Pulau Ketam, Lee Ching Tian, 69, (bukan nama sebenar) berkata keunikan Pulau Ketam bukan sahaja terletak pada kedudukannya sebagai sebuah perkampungan nelayan, malah kehidupan masyarakatnya yang berkembang dalam persekitaran pulau paya bakau dan kawasan pasang surut.
Menurut beliau, Pulau Ketam mempunyai struktur rumah dan premis yang dibina tinggi di atas tiang bagi menyesuaikan kehidupan penduduk dengan keadaan air pasang, selain sistem perhubungan dalam kampung yang lebih banyak bergantung kepada laluan pejalan kaki, jambatan, motosikal elektrik dan basikal.
Katanya, kehidupan masyarakat di pulau itu juga masih kuat dipengaruhi kegiatan berkaitan hasil laut, termasuk perikanan, ternakan ikan sangkar dan pemprosesan makanan laut, di samping aktiviti pelancongan yang semakin dikenali masyarakat luar.
โPulau Ketam mempunyai cara hidup tersendiri. Masyarakat di sini sudah biasa dengan kehidupan yang rapat dengan laut dan hasil perikanan. Sebab itu program seperti ini amat baik kerana dapat membawa masyarakat luar datang melihat sendiri kehidupan kami dan pada masa sama mengeratkan hubungan dengan penduduk,โ kata Lee Ching.

Urus setia memasang backdropย program Dialog Harmoni yang bakal diadakan pada esok hari.

Urus setia bertungkus lumus memasang backdrop program Dialog Harmoni di dalam Dewan Komuniti Pulau Ketam.

Azizah Zakaria selaku Jururawat Masyarakat Pulau Ketam menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk โKesedaran Penyakit Buah Pinggang Kronikโ.

Sulaiman Ding (kanan) menterjemahkan ceramah kesihatan disampaikan oleh Azizah dalam Bahasa Mandarin.

Menurut Azizah, antara faktor utama menghidap sakit buah pinggang kronik ialah diabetes, tekanan darah tinggi, pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan serta penggunaan ubat yang tidak berdaftar.

Azizah juga turut menekankan bahawa kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir mungkin memerlukan rawatan dialisis berterusan atau pemindahan buah pinggang.

Yusoff (kanan) menyampaikan pek makanan kepada penduduk Pulau Ketam yang diziarahi.

Penduduk Pulau Ketam menerima sumbangan barangan makanan tajaan MAIWP disampaikan oleh Yusoff.

Setiap pek makanan mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, biskut, tepung, mi segera, bihun, kopi, susu dalam tin, sardin termasuk sabun badan dan sabun pencuci diterima oleh penduduk Pulau Ketam disampaikan oleh Yusoff.

Aizat menyampaikan pek makanan ketika menziarahi penduduk Cina Pulau Ketam.

Jais Mariappan bersama urus setia menyampaikan pek makanan keperluan harian kepada masyarakat kampung Pulau Ketam.

Jais Mariappan menyampaikan pek makanan keperluan harian kepada penduduk kampung di Dewan Komuniti Pulau Ketam.

Aizat Rosli bersama Hajah Umaizah menyampaikan pek makanan kepada penduduk Pulau Ketam.

Penduduk kampung menerima pek makanan daripada Yusoff dan Sulaiman Ding.

Anas, Jais dan Aizat bersedia menghantar barangan keperluan ke rumah penduduk kampung.

Aizat Rosli menyampaikan barangan makanan dan keperluan kepada penduduk minoriti Islam Pulau Ketam.

Sukaneka kerusi berirama yang menjadi satu tarikan bagi golongan dewasa.

Peserta sukaneka dewasa membawa dengan terpaling pantas bola pingpong dengan menggunakan sudu.

Acara memasukan benang dalam jarum antara sukaneka yang paling mencabar.

Peserta mengikuti acara mengoyak kertas sehingga menjadi jalur paling panjang.

Urus setia menilai dan memerika jalur kertas yang terpaling panjang dikoyak.

Peserta kanak-kanak menyertai acara membawa bola pingpong menggunakan sudu.

Peserta kanak-kanak menyertai larian berpasangan dengan kaki diikat.

Kanak-kanak meniup belon dengan sekuat hati dalam acara tiup belon paling besar.

Sulaiman Ding menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka.

Pemenang sukaneka menerima hadiah daripada Jais Mariappan.



