Maulidur Rasul PERKIM Wadah Hayati Sirah, Bina Jati Diri dan Perkasa Dakwah
๐ค๐ก๐๐: ๐๐๐๐ฟ. ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฟ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ผ๐๐๐ฟ๐
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฎ๐ฑ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjadi wadah memperkukuh kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping mengajak umat Islam menjadikan sirah, akhlak dan sunnah baginda sebagai pedoman kehidupan.
Program yang berlangsung di Surau Jumaat PERKIM, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, bermula jam 8 pagi, dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada saudara Muslim berketurunan Cina, India, Punjabi, Kadazan, Iban, Bidayuh dan Murut, selain warga Filipina, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Kemboja.
Turut menyertai program ialah ahli Kelab PERKIM Universiti, ahli Tadarus al-Quran serta orang awam.
Pengisian utama program ialah ๐๐ค๐ง๐ช๐ข โ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐จ๐ช๐ก๐ช๐ก๐ก๐๐ ๐๐ผ๐, ๐๐๐๐ค๐ข๐๐ฃ ๐๐๐๐๐๐ช๐ฅ๐๐ฃโ yang menampilkan ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐น ๐๐ต๐๐ฎ๐น ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น ๐๐ต๐๐ฎ๐น ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ๐ป (๐๐๐๐๐๐ก๐ฆ), ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ง๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ ๐ก๐ผ๐ฟ ๐๐ณ๐๐ฎ๐ต ๐ง๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ ๐๐ฎ๐บ๐ถ๐น dan ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐, ๐จ๐๐๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ง๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป sebagai panel, manakala ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฒ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต bertindak sebagai moderator.
Majlis dimulakan dengan pengacaraan oleh Nur Syahirah Musa, diikuti persembahan Qasidah oleh ๐ธ๐๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฏ๐ฎ๐ฏ๐๐๐๐ผ๐ณ๐ฎ ๐๐น ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ถ, ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐ช๐ฎ๐ ๐ง๐ถ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต yang mengalunkan beberapa buah qasidah termasuk selawat ke atas Rasulullah SAW, Tolaโal Badru Alaina, Muhammadun, Nabiyuna Rasulullah dan lain-lain.

Mengupas forum sirah Rasulullah SAW, Ustaz Tengku Nor Iftah menegaskan bahawa kelahiran baginda membawa sinar baharu kepada dunia dan menjadi titik penting dalam sejarah manusia apabila Allah SWT mengutuskan baginda membawa risalah Islam.
Menurut beliau, Rasulullah SAW membesar dalam keadaan yatim, namun sejak usia muda baginda dikenali dengan keperibadian luhur sehingga diberi gelaran al-Amin, jauh daripada amalan jahiliah termasuk penyembahan berhala.
Katanya, kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak seharusnya terhenti pada pengetahuan mengenai sejarah kelahiran baginda, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui usaha mengenali sirah, mencontohi keperibadian dan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan.
Beliau turut menekankan bahawa akhlak Rasulullah SAW menjadi antara kekuatan utama dalam penyebaran Islam kerana baginda bukan sekadar menyeru manusia kepada tauhid, bahkan menampilkan keindahan Islam melalui sifat amanah, sabar, lemah lembut dan hubungan baik dengan masyarakat.
Dalam konteks dakwah semasa, beliau mengingatkan bahawa cabaran dakwah bukan sahaja untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam, malah membimbing umat Islam sendiri supaya menghayati ajaran agama secara menyeluruh.

Sementara itu, Ustazah Tuty Darlis menegaskan Rasulullah SAW merupakan uswah hasanah, iaitu contoh teladan terbaik yang perlu dicontohi dalam setiap aspek kehidupan.
Menurut beliau, kecintaan kepada baginda perlu dibuktikan melalui perubahan akhlak dan peribadi, bukan sekadar melalui kata-kata atau sambutan tahunan.
Beliau turut menekankan bahawa perjalanan mendalami Islam, khususnya dalam kalangan saudara baharu, merupakan suatu proses yang memerlukan kesabaran, masa dan istiqamah.
โJangan kita membebankan saudara baharu dengan tuntutan untuk menguasai semua perkara dalam tempoh yang singkat. Pembelajaran dan amalan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan,โ katanya.
Beliau menggariskan sifat sabar, lemah lembut, istiqamah dan rahmat sebagai antara nilai utama Rasulullah SAW yang wajar diterapkan dalam kehidupan.
Katanya, mualaf yang berdepan cabaran selepas memeluk Islam termasuk tekanan keluarga dan perubahan persekitaran perlu menjadikan kesabaran Rasulullah SAW sebagai teladan.
Dalam hubungan dengan keluarga yang masih belum memeluk Islam, beliau berkata mualaf tidak seharusnya melihat keadaan itu sebagai pilihan antara Islam dengan keluarga, sebaliknya terus teguh dengan pegangan agama sambil mengekalkan hubungan baik, menghormati dan menyayangi keluarga.
Menurut beliau, perubahan akhlak selepas memeluk Islam juga mampu menjadi bentuk dakwah yang paling berkesan kerana keindahan Islam dapat dilihat melalui perbuatan.
Dalam forum itu, Ustaz Tengku Nor Iftah turut menggariskan lima asas penting untuk membantu saudara baharu membina kehidupan beragama secara berperingkat:
Pertama ialah memelihara syahadah dan akidah dengan memahami makna Lailahaillallah, Muhammadur Rasulullah serta memperkukuh kefahaman asas agama.
Kedua, menjaga solat sebagai tiang kehidupan seorang Muslim dan sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran.
Ketiga, mendekati al-Quran mengikut kemampuan secara konsisten, manakala keempat ialah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Kelima ialah istiqamah, iaitu berterusan melakukan kebaikan walaupun kecil.
Kesemua nilai tersebut, katanya, perlu diterapkan secara beransur-ansur sehingga menjadi sebahagian daripada kehidupan dan jati diri seorang Muslim.

Sementara itu, ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ถ๐ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, menyeru peserta agar tidak menjadikan Sambutan Maulidur Rasul SAW sekadar acara tahunan, sebaliknya mengambil ibrah daripada setiap pengisian yang disampaikan.
Beliau berkata, kehadiran ke program dan mendengar pengisian sahaja belum memadai sekiranya ilmu yang diperoleh tidak diterjemahkan dalam bentuk amalan dan perubahan diri.
โKalau boleh, tahun ini kita ambil sedikit ibrah, kita buat muhasabah dan cuba amalkan apa yang kita dengar daripada ustaz dan ustazah.
โJadilah model ataupun dai kepada sahabat-sahabat kita yang berada di luar sana,โ kata Ustaz Jais Mariappan yang juga Eksekutif Dakwah 1 PERKIM Kebangsaan merangkap Pengerusi Surau Jumaat PERKIM.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MAIWP yang terus memberikan sokongan dalam menjayakan pelbagai program dakwah PERKIM.
Menurutnya, kerjasama antara PERKIM Kebangsaan, MAIWP dan Surau Jumaat PERKIM dalam menjayakan program itu membuktikan kepentingan sinergi antara institusi dalam memperkukuh usaha dakwah dan pembangunan komuniti Muslim.
Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan masyarakat yang lebih besar supaya manfaat pengisian Maulidur Rasul dapat dirasai oleh lebih ramai.

Dalam pada itu, ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ , ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐ต๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฒ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ketika merasmikan sambutan menegaskan bahawa Maulidur Rasul SAW perlu dijadikan momentum untuk umat Islam melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Beliau berkata, sirah Rasulullah SAW tidak sepatutnya hanya dikenang sebagai sejarah, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk perubahan sikap, akhlak dan amalan.
Dr. Ridhuan Tee turut mengingatkan bahawa tanggungjawab PERKIM tidak terbatas kepada penganjuran program rasmi, sebaliknya organisasi itu mempunyai amanah besar dalam meneruskan perjuangan dakwah yang telah dibina sejak sekian lama.
Beliau yang memeluk Islam di PERKIM Kebangsaan pada tahun 1985 berkata, hubungan dengan PERKIM mempunyai nilai yang amat dekat dengan dirinya dan justeru sedaya upaya akan terus menghadiri program serta kegiatan organisasi itu.
Dalam konteks masyarakat majmuk, beliau turut menekankan keperluan mengetengahkan nilai-nilai bersama yang dapat menyatukan masyarakat, termasuk usaha menentang gejala sosial seperti perjudian, zina, arak dan penyalahgunaan dadah.
Dr. Ridhuan Tee juga mengingatkan agar sambutan Maulidur Rasul tidak sekadar meriah dari sudut acara, tetapi benar-benar melahirkan perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat.
โJangan sambut, sambut, sambut, tetapi kita tetap sama. Sambutan Maulidur Rasul mesti membawa kita kepada perubahan yang lebih baik,โ tegasnya.
Beliau berharap sambutan berkenaan menjadi titik tolak untuk seluruh peserta memperbaharui tekad meneladani Rasulullah SAW, sekali gus menjadikan akhlak baginda sebagai asas membina masyarakat yang berilmu, berakhlak, bersatu padu dan sejahtera.
Program kemudian diakhiri dengan jamuan dan solat Zohor berjemaah.
Turut hadir ๐ช๐ง๐ช๐จ ๐จ๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ, ๐๐๐ฉ๐ ๐๐ช๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฎ๐๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐ฃ, ๐๐ข๐ ๐๐ช๐จ๐๐๐ง๐๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ฃ๐, ๐๐ค๐๐๐ข๐๐ ๐ผ๐ฏ๐ง๐ค๐ก ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐ฏ๐ข๐, ๐๐ค๐ง๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ช๐ง๐๐ฉ๐ข๐๐ฃ, ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ผ๐ ๐ข๐๐ก ๐ผ๐ ๐จ๐๐, ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐ช๐จ ๐๐ค๐ข๐ฅ๐๐ฎ๐ค๐จ ๐ผ๐๐๐ช๐ก๐ก๐๐.

Saudara baharu mengisi kehadiran ketika menghadiri forum Sambutan Maulidur Rasul 1448H.

Ahli PERKIM dan orang awam tidak melepaskan peluang untuk menyertai Maulidur Rasul anjuran bersama PERKIM Kebangsaan, MAIWP dan Surau Jumaat PERKIM.

Saudara baharu menjamu sarapan yang disediakan selepas selesai mendaftar.

Kumpulan Ahbabussofa Al Muhammadi pelajar dari Madrasah Dar Salamah Wat Tihamah mengalunkan beberapa buah lagu qasidah dan selawat.

Saudara baharu bersama para hadirin mendengar alunan qasidah dan selawat bersempena Maulidur Rasul SAW.

Kumpulan Ahbabussofa mengalunkan selawat sambil berdiri sebagai tanda penghormatan dan pengagungan (takzim) kepada Nabi Muhammad SAW.

Saudara baharu bersama-sama berselawat ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Nur Syahirah mengacarakan majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H di Surau Jumaat PERKIM.

Farhan Tee (tengah) selaku moderator menjayakan Forum Maulidur Rasul 1448H bersama barisan panelis iaitu Ustaz Tengku Nor Iftah (kanan) dan Ustazah Tuty Darlis (kiri).

Ustaz Tengku Nor Iftah menegaskan bahawa kelahiran baginda membawa sinar baharu kepada dunia dan menjadi titik penting dalam sejarah manusia apabila Allah SWT mengutuskan baginda membawa risalah Islam.

Ustaz Tengku Nor Iftah menekankan bahawa akhlak Rasulullah SAW menjadi antara kekuatan utama dalam penyebaran Islam kerana baginda bukan sekadar menyeru manusia kepada tauhid, bahkan menampilkan keindahan Islam

Suasana Forum Maulidur Rasul 1448H di Surau Jumaat PERKIM pada 12 Rabiul Awal.

Ustazah Tuty Darlis menegaskan Rasulullah SAW merupakan uswah hasanah, iaitu contoh teladan terbaik yang perlu dicontohi dalam setiap aspek kehidupan.

Ustazah Tuty Darlis menggariskan sifat sabar, lemah lembut, istiqamah dan rahmat sebagai antara nilai utama Rasulullah SAW yang wajar diterapkan dalam kehidupan.

Mohamad Azrol memimpin doa sempena majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul 1448H.

Dr. Ridhuan Tee selaku Naib Yang Dipertua bersama barisan panelis menadah tangan ketika doa dibacakan.

Ustaz Jais Mariappan menyeru peserta agar tidak menjadikan Sambutan Maulidur Rasul SAW sekadar acara tahunan, sebaliknya mengambil ibrah daripada setiap pengisian yang disampaikan.

Dr. Ridhuan Tee dalam ucapan perasmiannya berkata, sirah Rasulullah SAW tidak sepatutnya hanya dikenang sebagai sejarah, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk perubahan sikap, akhlak dan amalan.

Dr. Ridhuan Tee turut menekankan keperluan mengetengahkan nilai-nilai bersama yang dapat menyatukan masyarakat, termasuk usaha menentang gejala sosial.

Dr. Ridhuan Tee berharap sambutan berkenaan menjadi titik tolak untuk seluruh peserta memperbaharui tekad meneladani Rasulullah SAW.

Dr. Ridhuan Tee menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Ustaz Tengku Nor Iftah sebagai penghargaan.

Ustazah Tuty Darlis menerima plak cenderamata PERKIM daripada Dr. Ridhuan Tee.

Dr Ridhuan Tee menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Kumpulan Qasidah Ahbabussofa.

Peserta mengambil juadah makanan yang disediakan secara bufet.

Urus setia membantu mengagihkan lauk-pauk kepada peserta.



