Selamat Hari Raya Aidiladha

๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha 1447H yang penuh keberkatan ini, saya mewakili seluruh warga PERKIM Kebangsaan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar kepada Allah SWT. Semangat pengabdian Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS wajar dijadikan pedoman dalam memperkukuhkan iman, menyuburkan ukhuwah serta meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
Marilah kita menjadikan sambutan Aidiladha ini sebagai medan untuk mempereratkan silaturrahim, menyemai sifat ihsan dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang harmoni, prihatin dan sejahtera.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, keamanan dan rahmat buat negara dan seluruh umat Islam.
โPada takbir yang bergema, tersulam makna pengorbanan; pada ukhuwah yang dipelihara, lahirnya rahmat dan perpaduan ummah.โ
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
YBhg. Datoโ Dr. Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar
Setiausaha Agung Kehormat PERKIM



