Pengumuman

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69

 

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗦𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘-𝟲𝟵

Bersempena hari yang penuh bermakna ini, saya mewakili seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini bukanlah sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi merupakan amanah besar yang perlu dipelihara dan dipertahankan bersama.

Perpaduan, keharmonian serta semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama merupakan kekuatan utama negara yang perlu terus diperkukuhkan.

Dalam mengharungi cabaran semasa, marilah kita menjadikan semangat kemerdekaan sebagai pemangkin untuk membina sebuah negara yang lebih maju, bersatu dan sejahtera.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu terus menyemai nilai kasih sayang, toleransi, perpaduan dan tanggungjawab, demi memastikan keamanan negara terus terpelihara untuk generasi hari ini dan masa hadapan.

PERKIM akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah, kebajikan, pendidikan, kerjasama dan pembangunan ummah, di samping menyumbang kepada usaha memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk di negara tercinta ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan memperkukuhkan kesatuan hati, menyuburkan semangat patriotisme serta mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘-𝟲𝟵

𝟯𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮! 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮! 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮!🇲🇾

𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙪𝙡𝙪𝙨 𝙞𝙠𝙝𝙡𝙖𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖:
𝙔𝘽𝙝𝙜. 𝘿𝙖𝙩𝙤’ 𝘿𝙧. 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝙈𝙤𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝙈𝙖𝙧𝙯𝙪𝙠𝙞 𝙈𝙤𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝙊𝙢𝙖𝙧
𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖 𝘼𝙜𝙪𝙣𝙜 𝙆𝙚𝙝𝙤𝙧𝙢𝙖𝙩

Related Articles

Back to top button