Aktiviti Wanita PERKIM

Santapan Diraja Bersama Tengku Permaisuri Selangor Semarakkan Perasmian Mesyuarat Agung Wanita PERKIM Ke-46

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝗔𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚, 𝟮5 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Majlis Santapan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang dengan keberangkatan 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝘀𝘂𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝘀𝘂𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗿𝗮𝘀𝗵𝗶𝗸𝗶𝗻 yang mencemar duli menyempurnakan perasmian majlis berkenaan, malam tadi bertempat di Houseboat by The Lake Glasshouse, dekat sini.

Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat termasuk 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗱𝗶𝗮𝗻𝗮 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱, diikuti 𝗬𝗕𝗠 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗥𝗶𝘇𝗮𝗺 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇, 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗧𝗲𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 serta 𝗬𝗔𝗕 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗗𝗿) 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗢𝗽𝗲𝗻𝗴, 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 merangkap 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Selangor disusuli sesi fotografi bersama Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan dan tetamu kehormat sebelum majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Wanita PERKIM Kebangsaan.

Ia diikuti dengan bacaan doa disempurnakan oleh Timbalan Eksekutif IDIP-KL, Ustaz Abdul Qawi Navine Abdullah bagi memohon keberkatan majlis.

Majlis anjuran bersama Wanita PERKIM Kebangsaan dan Wanita PERKIM Bahagian Negeri Selangor itu diserikan dengan kehadiran 𝗡𝗮𝗶𝗯-𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗿 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dan 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗮𝗸𝗵𝗮𝗶𝗲 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱.


𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 dalam ucapan alu-aluannya merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Tengku Permaisuri Selangor berangkat menyempurnakan majlis tersebut.

“Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merupakan satu penghormatan besar dan akan menjadi kenangan bermakna kepada seluruh warga Wanita PERKIM,” kata Tunku Noor Hayati dengan penuh takzim.

Dalam ucapan sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sokongan dan tajaan yang diberikan, selain menzahirkan rasa bangga atas kehadiran Premier Sarawak selaku Yang Dipertua PERKIM walaupun jadual yang padat.

Mengimbau sejarah, Tunku Noor Hayati menjelaskan bahawa penubuhan Wanita PERKIM pada tahun 1980 adalah hasil ilham Almarhum Ayahandanya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang melihat keperluan khusus dalam memperkasa wanita, khususnya dalam aspek kebajikan dan pembangunan.

“Alhamdulillah, selepas 46 tahun, Wanita PERKIM kini mempunyai lebih 22,000 ahli di seluruh negara meliputi 13 bahagian dan 90 cawangan, dengan keahlian terbesar di Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, Wanita PERKIM terus bergerak aktif melalui pelbagai program termasuk pengukuhan akidah, pendidikan Islam, kebajikan serta kerjasama strategik bersama institusi akademik seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menghasilkan penerbitan penting berkaitan pembangunan wanita mualaf di Malaysia.

Selain itu, usaha inovatif seperti penglibatan dalam platform Global Sadaqah serta kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi kewangan membuktikan komitmen berterusan organisasi tersebut dalam memperkasa komuniti.

Majlis turut menyaksikan gimik perasmian oleh Tengku Permaisuri Selangor serta penyampaian sumbangan cek cura daripada pelbagai pihak sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha dakwah dan kebajikan PERKIM.

Ustaz Haji Muhamad Fitri Abdullah, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor, telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000.00 daripada PERKIM Selangor kepada Premier Sarawak selaku Yang Dipertua PERKIM.

Sementara itu, YBhg. Datuk Dr. Yusof Haslam mewakili SKOP Productions Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000.00 kepada Abang Johari.

Dalam sesi yang sama, beberapa syarikat korporat dan individu turut tampil menyumbang dengan penyerahan cek cura masing-masing sebanyak RM5,000.00 kepada Tunku Noor Hayati.

Mereka terdiri daripada:

* Sajaratul Dura Hamzah mewakili MOOTIARA Sdn. Bhd.

* Nur Fareha Mohamad Yakob mewakili TWKMY Holidays Sdn. Bhd.

* Saidatul Jamilah Tuan Zainuddin mewakili Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) Sdn. Bhd.

* Zawiah Abdul Aziz mewakili Sanggul Event Management Sdn. Bhd.

Selain itu, YBhg. Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin mewakili Gabungan Hartalega Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000.00 kepada Abang Johari.

Sumbangan-sumbangan ini mencerminkan komitmen padu sektor korporat dan individu dalam memperkasa agenda kebajikan serta pembangunan ummah yang diterajui oleh PERKIM.

Turut berlangsung penyerahan sumbangan Wanita PERKIM Kebangsaan yang disampaikan oleh Tunku Noor Hayati kepada IDIP Kota Bharu, Kelantan yang diterima oleh Premier Sarawak, Abang Johari sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha dakwah dan kebajikan pelajar mualaf.

Majlis diakhiri dengan santapan malam yang menghimpunkan para tetamu dalam suasana penuh ukhuwah dan harmoni, selari dengan aspirasi Wanita PERKIM untuk terus memperkukuh peranan dalam pembangunan ummah serta kesejahteraan negara.

Turut hadir ialah 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿 dan 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶.

 


Ustaz Farhan mengalu-alukan ketika ketibaan Datuk Nakhaie di Houseboat.

 


Dr. Ridhuan Tee berkesempatan bergambar bersama Wanita PERKIM Melaka di Majlis Santapan sempena mesyuarat agung.


Datin Patimah menghadiahkan sejambak bunga kepada Tunku Noor Hayati ketika keberangkatan tiba di Houseboat.


Isteri Menteri Besar Selangor, YBhg. Datin Seri Masdiana Muhamad menerima sejambak bunga daripada Datin Patimah.

 


Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan cendera kenangan kepada Datin Seri Masdiana.

 


Dr. Ridhuan Tee menyambut Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

 


Tunku Noor Hayati dan Dato’ Nur Zarina menyambut keberangkatan tiba DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

 


Wanita PERKIM Bahagian Negeri Selangor berkesempatan bergambar bersama Tengku Permaisuri Selangor dan tetamu kehormat PERKIM.

 


Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan turut diberi peluang bergambar bersama Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan tetamu kehormat PERKIM.

 


Tetamu kehormat berdiri hormat bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Wanita PERKIM.

 


Ustaz Abdul Qawi memimpin bacaan doa pembuka majlis di Majlis Santapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan ke-46.

 


Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Abang Johari dan Tunku Noor Hayati menadah tangan ketika doa dibacakan.

 


Tetamu kehormat dan tetamu tajaan majlis turut mengaminkan doa yang dibacakan.


Tunku Noor Hayati menjunjung kasih atas limpah perkenan Tengku Permaisuri Selangor berangkat menyempurnakan majlis santapan malam.


Menurut Tunku Noor Hayati, Wanita PERKIM kini mempunyai lebih 22,000 ahli di seluruh negara meliputi 13 bahagian dan 90 cawangan dengan keahlian terbesar di Sarawak.

 


Jelas Tunku Noor Hayati lagi, Wanita PERKIM terus bergerak aktif melalui pelbagai program termasuk pengukuhan akidah, pendidikan Islam, kebajikan serta kerjasama strategik bersama UKM.

 


Ulas Tunku lagi, usaha inovatif dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan institusi kewangan membuktikan komitmen berterusan organisasi tersebut dalam memperkasa komuniti.

 


Tengku Permaisuri Selangor melancarkan gimik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 sambil disaksikan oleh Premier Sarawak dan Ketua Wanita PERKIM.

 


Ustaz Fitri selaku Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor (kiri) menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000.00 kepada Premier Sarawak selaku Yang Dipertua PERKIM sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha dakwah dan kebajikan Wanita PERKIM.

 


YBhg. Datuk Dr. Yusof Haslam mewakili SKOP Productions Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000.00 kepada Abang Johari.


Sajaratul Dura Hamzah (kanan) mewakili MOOTIARA Sdn. Bhd. tampil menyumbang dengan penyerahan cek cura sebanyak RM5,000.00 kepada Tunku Noor Hayati.

 


Tunku Noor Hayati menerima cek cura tajaan daripada TWKMY Holidays Sdn. Bhd yang disampaikan oleh Nur Fareha Mohamad Yakob.

 


Saidatul Jamilah Tuan Zainuddin mewakili Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) Sdn. Bhd. menyampaikan cek cura sebanyak RM5,000 kepada Tunku Noor Hayati.


Tunku Noor Hayati menerima cek cura tajaan daripada Sanggul Event Management Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Zawiah Abdul Aziz.

 


Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin mewakili Gabungan Hartalega Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000.00 kepada Abang Johari.

 


Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada Abang Johari bagi pembangunan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kota Bharu sambil disaksikan oleh Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

 


Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Dr Mohamad Marzuki Mohamad Omar dan Bendahari Kehormat PERKIM, Datu Haji Mersal Abang Rosli bersama tetamu kehormat menikmati santapan malam.

 


Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan menikmati santapan malam yang disediakan.

 


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati menyampaikan persembahan Tarian Tradisional Seni Mayesa.

 


Wanita PERKIM Bahagian Negeri Selangor yang berbusana seragam menikmati santapan malam bersama-sama.

 


Delegasi Wanita PERKIM Terengganu menikmati santapan malam.

 


Delegasi Wanita PERKIM Sarawak mengenakan pakaian serba cantik ketika menghadiri majlis santapan malam.

 


Pasukan Caklempong Sri Gerteh menyampaikan beberapa buah lagu ketika para delegasi dan tetamu kehormat menikmati santapan malam.

 


Delegasi Wanita PERKIM Wilayah yang berpakaian seragam menikmati hidangan yang disediakan.

 


Wanita PERKIM Bahagian Negeri Pahang menikmati makan malam yang tersedia.

 


Suasana ketika Majlis Santapan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46.


Urus setia Majlis Santapan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 berkesempatan bergambar bersama Tengku Permaisuri Selangor dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM.

Related Articles

Back to top button